Saturday, January 01, 2011

Kenali ciri-ciri lelaki pendera

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tentu anda pernah menonton movie Sleeping with the Enemy lakonan Julia Roberts atau Enough yang dilakonkan oleh si cantik manis Jennifer Lopez. Kedua-dua movie ini mengisahkan suami pendera yang bersikap kejam terhadap isteri sendiri.

Punya suami yang kasar dari segi pertuturan dan tingkah laku, kaki dera mahupun panas baran yang ringan sangat melayangkan kaki dan tangan, pasti mahu dielak oleh semua wanita. Tidak dapat dibayangkan bagaimana seorang isteri boleh duduk di bawah satu bumbung dan tidur pula sekatil dengan suami si kaki tempeleng, gemar caci maki, sepak terajang dan pukulan yang menjadi santapan harian isteri malang .

Tidak kurang juga begitu banyak kes isteri yang dizalimi suami disiarkan di dada akhbar. Lebih menyedihkan, terdapat juga tragedi hitam di mana ada suami yang hilang pertimbangan sanggup memukul isteri dengan kejam sehingga menemui ajal. Senario sebegini ternyata begitu membimbangkan golongan wanita kerana suami yang diharapkan menjadi pelindung, kini tidak teragak-agak meragut nyawa isteri sendiri. Suami menzalimi isteri, mengapa lelaki hilang pertimbangan? Apakah punca ia berlaku dan bagaimana cara untuk mengatasinya?

Sebenarnya, ramai wanita yang sudah dapat membaca ciri lelaki sebegini ada pada pasangan mereka sejak sebelum berkahwin lagi. Akan tetapi, lantaran rasa cinta buta yang mendalam, mereka sering menutup mata dan memekakkan telinga akan kelemahan ini dan akhirnya tindakan poyo ini memakan diri sendiri apabila melangkah ke alam perkahwinan.

Choopp! Nanti dulu! Sebelum anda terjebak dengan suami zalim begini, adalah lebih wajar jika anda kenali ciri-ciri lelaki pendera sebelum anda mendirikan rumahtangga. Apakah ciri-ciri lelaki yang suka mengasari wanita? Bagi wanita yang belum berkahwin, perhatikan 16 sikap yang akan disenaraikan dalam entry ini. Jika sikap sebegini ada pada teman lelaki atau pasangan anda, maka belum terlambat untuk anda mengundur diri.

1 – Extra romantis

Jangan cair bila pasangan terlalu kerap melontarkan kata-kata romantis seperti ‘abang tak boleh hidup tanpamu’ atau ‘abang akan tetap setia selamanya’ ataupun ‘cinta abang sentiasa mekar untukmu’... [NB: uik.. uik... geli pulak BG menaip ayat macam ni.....]

Sebaliknya, cuba berhati-hati dan berfikir dengan waras. Jangan termakan dengan ayat power ‘tangkap leleh’ atau janji manis yang diucapkannya. Perlu diingat, bahawa lelaki yang melakukan kekerasan pada mulanya akan bersikap extra lembut dan penyayang.

2 – Terburu-buru dalam hubungan

Tanda awal yang perlu diperhatikan ialah lelaki ini suka terburu-buru mengajak menjalinkan hubungan dengan lebih serius. Dia selalu kelihatan bersemangat untuk melangkah ke tahap yang selanjutnya lebih ‘advance’ seperti bertunang dan segera menikah, walaupun sebenarnya anda baru saja mengenalinya. Lelaki pendera akan cuba mendesak kerana mereka tahu bahawa mereka tidak dapat mempertahankan perilaku yang baik dan konsisten untuk jangkamasa yang lama.

Jika lelaki ini yang anda temui, tidak salah jika anda berwaspada. Jangan turut brsikap terburu-buru dengan mengiyakan apa saja ajakannya. Fikir dahulu dan ambil lebih masa untuk mengenalinya. Di samping itu, cuba jadi ‘Inspector Gadjet’ untuk mengetahui latar belakang dirinya sebanyak mungkin agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

3 – Asyik berbicara tentang diri sendiri

Lelaki pendera gemar berbicara panjang lebar dan apa saja yang menarik tentang dirinya. Dia sebenarnya cuba memancing dengan mengaburi ‘judgement’ anda dengan pelbagai kebaikan yang ada padanya. Tidak mustahil anda berkongsi minat yang sama iaitu bersamanya.

4 – Ambil berat yang berlebih-lebihan

Lelaki pendera benar-benar ingin mendengar tentang semua masalah yang anda alami pada peringkat awal perhubungan. Dia bahkan mungkin mempunyai masalah yang sama dirinya sendiri. Jadi berwaspadalah, dia mungkin melakukan satu dari dua perkara: dia mungkin sedang belajar semua tentang anda dan tidak mustahil satu hari nanti ia akan menjadi ‘push button’ atau senjata yang terbaik untuk memalukan anda di masa akan datang, atau dia mungkin mendorong anda untuk merasakan bahawa sekurang-kurangnya dia memahami apa yang sedang anda alami.

5 – Cemburu buta

Kata orang, cemburu itu tandanya sayang. Kenyataan ini memang ada betulnya, tetapi jika cemburunya tidak keterlaluan. Jika sikapnya melampaui batas, terlalu mengawal, mengawasi, mengongkong anda dan bersikap cemburu buta yang tidak munasabah, maka anda sememangnya layak untuk berwaspada. Hati-hati apabila pasangan anda asyik cemburu walaupun dengan teman sekerja, teman paling rapat mahupun cemburu dengan keluarga dan saudara-mara anda sendiri.

Selain itu, si dia juga selalu meminta anda meluangkan masa bersama dengannya dan tidak segan silu menagih perhatian anda hanya untuk dirinya sahaja. Dia juga mahu anda report memberikan laporan, ke mana anda pergi, dengan siapa anda keluar, sampai jam berapa dan pendek kata, apa saja yang anda lakukan. Perlu diingatkan, sikap cemburu sebegini boleh menjadikan manusia hilang pertimbangan dan tidak mustahil dia akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan anda sendiri.

6 – Mengawal atau mengongkong

Lelaki pendera lazimnya sangat suka mengawal atau menongkong pergerakan pasangan kerana dia sentiasa memerlukan masa dan perhatian pasangan. Lelaki pendera juga tidak mustahil akan mengawal kewangan kerana dia tidak suka jika pasangannya menunjukkan kemampuan mandiri atau berdikari.

7 – Terlalu emosi

Satu masa dia begitu ceria, gembira dan ramah bercerita, tetapi dalam sekelip mata dia berubah menjadi pemarah, baran dan langsung tidak mahu bercakap dengan anda. Ketika bersama dengannya juga, anda akan berasa tidak bebas. Kebiasaannya anda akan berhati-hati dalam berkata-kata kerana takut tersalah cakap yang akan mengundang amarah besar dirinya. Anda juga rasa keliru dengan sikapnya yang langsung tidak konsisten. Berhati-hatilah dengan lelaki yang bersikap begini kerana tidak mustahil satu hari nanti anda akan menjadi mangsa amarahnya.

Perhatikan bagaimana dia berbicara dengan orang tua anda atau rakan anda. Apakah dia berkasar atau bersikap tidak baik? Lihat juga pola tingkah lakunya. Lelaki yang kasar dalam hubungan sering kejam dalam situasi lain juga seperti melecehkan ahli keluarga yang lain, menyakiti haiwan kesayangan dan seorang ‘road bully’. Atau dia orang yang sama sekali berbeza ketika bersama orang lain di sekeliling anda sehingga dia dilihat seolah-olah mempunyai dua identiti yang berbeza.

8 – Sering merendah-rendahkan

Seharusnya sebagai pasangan, seorang lelaki akan bangga atau memberi sokongan ketika anda menceritakan kejayaan yang anda perolehi. Akan tetapi, berlainan pula dengan lelaki si kaki pendera ini. Dia akan memperlecehkan atau merendah-rendahkan keupayaan anda.

Sebagai contoh, hanya kerana pakaian yang anda pakai tidak kena dengan seleranya, dia mengutuk anda tanpa mengambil kira hati anda, sama ada anda sebagai temanita atau isteri.

Segala kehendaknya juga harus dituruti tanpa kompromi kerana jika tidak, dia akan mengugut dan mengancam. Sikap sebagini sebenarnya memberi kesan kepada pasangan kerana lambat laun, pasangan akan berasa tidak yakin pada diri sendiri. Sekiranya anda tidak mampu bertahan, maka kuatkan semangat, cekalkan hati dan yakinkan diri anda untuk tidak meneruskan lagi hubungan dengan lelaki sebegini.

9 – Tidak boleh dibantah atau dibangkang

Bukan saja kemahuannya harus diikuti, si lelaki pendera juga tidak boleh dibantah atau dibangkang, kerana lelaki jenis ini sukar menerima sebarang penolakan. Jika dibangkang, tidak mustahil anda menjadi mangsanya. Barang rumah dipecahkan, malah dinding dan meja atau kepala anda juga dihentaknya. Ketika ini pasangan akan takut tapi sebaiknya si lelaki pendera akan cepat-cepat meminta maaf dan berjanji tidak mengulanginya. Biasanya dengan pujukannya yang mendayu-dayu, hati pasangan akan cair. Inilah kebiasaan yang berlaku.

10 – Tidak sukar memohon maaf

Lelaki pendera ini memang pandai merayu dan memohon maaf setiap kali membuat kesalahan. Tetapi cara dia memohon maaf atau memberi penjelasan atas sikap salahnya seolah-olah ingin mengatakan bahawa anda turut bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi. Jadi, mahu tidak mahu, anda akan turut merasa bersalah akibat terkeliru dengan alasan penjelasannya.

11 – Sentiasa menyalahkan

Walaupun dirinya yang melakukan kekerasan atau keganasan, namun lelaki ini cuba meyakinkan dengan meletakkan kesalahan tersebut pada orang lain. Lebih serius dahsyat lagi jika dia meletakkan kesilapan itu pada diri anda sendiri iaitu yang menjadi mangsanya. Dia tidak segan silu memberikan apa saja alasan bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu tanpa didorong atau dipengaruhi oleh orang lain ataupun anda sendiri.

12 – Suka memberi hadiah

Semalam dia memarahi anda dengan seteruk-teruknya tetapi hari ini dia meminta maaf dan menghadiahkan anda dengan barang-barang yang anda sukai. Dia mengandaikan yang dia boleh membeli jiwa hati anda dengan barang-barang hingga anda berasa serba salah dan tidak mahu memarahinya lagi atau terus saja memaafkannya. Lelaki pendera biasanya akan cuba menutup kesilapan mereka dengan mengaburi mata pasangan dengan cara begini.

13 – Hubungan kekeluargaan tidak rapat

Hubungannya dengan ahli keluarganya yang lain tidak rapat atau kurang mesra. Mereka mungkin telah mengecewakannya juga.

Lelaki pendera akan sentiasa memberi helah atau alasan untuk tidak menghabiskan masa dengan rakan-rakan dan keluarga. Dia mungkin cuba untuk menghalang anda menghabiskan masa dengan mereka juga. Semakin dia boleh mengasingkan anda daripada orang lain, semakin kuat ‘penguasaannya’ terhadap anda.

14 – Mempunyai sejarah yang disembunyikan

Lelaki pendera biasanya enggan berkongsi sejarah perhubungan dengan bekas teman wanitanya. Dia mungkin mengelak dengan menceritakan yang buruk-buruk tentang mereka. Jika dia tidak segan silu memburuk-burukkan orang lain, bolehkan anda yakin yang anda tidak akan menjadi mangsa selanjutnya?

Dia juga mungkin pernah mengasari seseorang atau pun mendera diri sendiri. Pelaku biasanya mengulangi perbuatan mereka khususnya terhadap seseorang yang tidak melawan dan boleh dikawal. Lelaki yang pernah didera juga cenderung untuk menjadi pendera.

Tidak mustahil juga lelaki pendera pernah menghadapi masalah penyalahgunaan dadah atau alkohol.

15 – Seperti ada udang di sebalik mee

Lelaki pendera mempunyai sikap ‘seperti ada udang di sebalik mee’ kerana dia mengharapkan pulangan besar daripada ‘pelaburan’nya. Dia mungkin nampak gembira untuk memenuhi keperluan dan keinginan anda sebagai keutamaannya, tetapi tidak lama kemudiannya dia mulai berkata, “Lihatlah semua yang saya lakukan untuk anda anda harus melakukan X, Y dan Z untuk saya...”




16 – Memberi peringatan seperti ancaman

Lelaki pendera sering mengingatkan anda akan kebaikan dirinya, kepentingannya dan betapa beruntungnya anda memilikinya. Walaupun dia mungkin juga mengakui bahawa dia berasa ‘kalah’ ketika dia merasa rendah diri kerana menginginkan anda kembali disampingnya

Jika anda mempunyai sebarang keraguan bahawa pasangan anda mungkin seorang pendera, jangan teragak-agak untuk mengundurkan diri daripadanya secara perlahan-lahan. Dengarlah nasihat daripada keluarga dan rakan-rakan yang boleh anda percaya. Jika anda tidak menyukai apa yang mereka katakan tentang dirinya dan anda cuba menidakkan nasihat mereka dengan mengatakan “Tapi kamu tidak mengerti” atau “Kamu tidak memahaminya” atau “Dia tidak seperti itu ...”, besar kemungkinan anda tersasar dan mereka benar.

Berwaspadalah dengan kekerasan dan ancaman yang dilakukan oleh lelaki pendera. Perilaku sebegini tidak boleh diterima sama sekali. Adakah dia pernah terdorong untuk memukul atau mengasari anda atau orang lain secara terang-terangan? Apakah dia pernah melemparkan sesuatu pada anda ketika dia marah? Adakah dia pernah mengancam (acan-acan) untuk melakukannya? Apakah dia secara fizikal mengancam dengan orang lain? Apakah dia menumbuk dinding, pintu atau objek lain?

Cubalah selidik sejarah tingkah lakunya. Jika dia pernah terlibat dalam banyak perkelahian dengan orang lain, anda akan megetahi bahawa dia seorang yang keras dan tidak mustahil seorang pendera. Ini adalah tanda-tanda yang paling jelas bagi seorang pendera.

Demikian ciri-ciri lelaki pendera yang sempat dikongsikan untuk entry kali ini. Jika anda belum berkahwin dan masih dalam peringkat mengenali pasangan dan si dia mempunyai ciri-ciri yang tersenarai seperti di atas, maka masih belum terlambat untuk anda mengundurkan diri. Akan tetapi, jika sudah terlanjur mengahwini lelaki sebegini, maka berhati-hatilah. Jika diri anda dianiaya, jangan biarkan perkara buruk berlarutan. Kuatkan semangat dan buatlah laporan polis atau dapatkan bantuan daripada kaum keluarga.

Semoga bermanafaat!

Rujukan asal telah diubah-suai dan digoreng dengan rangupnya dari : 16-Ways-To-Spot-An-Abusive-Man, Recognize the Signs of an Abusive Man dan MW#1396

No comments:

Jangan terlalu cepat menghukum jika kita sendiri

Jangan terlalu cepat menghukum jika kita sendiri tidak pernah menghulurkan sumbangan pada mana mana Pusat Tahfiz Semoga kita ambil ikti...