Saturday, January 01, 2011

Fikir-fikirkanlah

> Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
> Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
>
> Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
> Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
>
> Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
> Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
>
> Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
> Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di
dalam hidupnya.
>
> Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
> Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan
teman hidup.
>
> Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
> Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
>
> Sebelum kita mengeluh tentang
anak-anak kita,
> Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi
dirinya mandul.
>
> Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak
mengerjakan tugasnya,
> Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
>
> Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
> Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka
mempunyai pekerjaan seperti kita.
>
> Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
> Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
>
> Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
> Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup

No comments:

MAHAR BERUPA HAFALAN SURAH AN-NUR

Ketika Wanita Palestin Ini Sign Sijil Nikah. Pengantin Lelaki Tutup Muka. Ini Puncanya Buat Ramai TERDUDUK Pernah viral gambar akad nik...