Sunday, January 30, 2011

JAGA TUJUH SUNNAH NABI

Jaga Tujuh Sunnah Nabi
Hendaklah kita sentiasa menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.
Ketujuh- tujuh sunnah Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu adalah:
1. Tahajjud
- Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari
- Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
3. Jangan tinggalkan masjid
- Masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
4. Jaga solat dhuha
- Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
5. Jaga sedekah setiap hari
- Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah pada setiap hari.
6. Jaga wuduk terus menerus
- Allah menyayangi hamba yang berwudu’. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib, “Orang yang selalu berwudu’ senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.
7. Amalkan istighfar setiap saat
- Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah.
Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula. Oleh itu, setiap waktu harus ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual
dan ibadah ajaran Islam lainnya.
Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling berzat dan dengan berzikir pelbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia
dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT ( JANGAN SOMBONG UNTUK BACA DAN JANGAN KEDEKUT UNTUK BERKONGSI )

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT ( JANGAN SOMBONG UNTUK BACA DAN JANGAN KEDEKUT UNTUK BERKONGSI )
Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Dosa Datang Dalam 4 Peringkat

Dosa Peringkat Pertama

Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua.

Dosa Peringkat Kedua

Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.

Dosa Peringkat Ketiga

Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya. Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. "Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.

Dosa Peringkat Keempat

Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN. Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri.

Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat-cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang-orang yang bertaqwa disisi Allah.

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam yang lengkap ini." Rasullullah menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap." Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut". Rasulullah menjawab, "Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."

Teknik Mendisiplinkan Diri

1.Tetapkan Niat kerana Allah SWT dan matlamat perlu
Realistik

2.Fokus terhadap cara pencapaian matlamat anda.

3.Tulis matlamat anda dan jika boleh, lekatkannya di tempat
yang sesuai.

4.Ambil langkah-langkah untuk mencapai matlamat anda.

5.Lakukan dalam keadaan "enjoy" tetapi jangan biarkannya membantutkan pencapaian matlamat anda.

6.Catat dan kaji perkembangan pencapaian matlamat dan
baiki atau hapuskan sebarang kelemahan yang wujud.

7.Jadikan moto "Insya Allah Saya Pasti Boleh!" sebagai prinsip hidup anda.

Mana buah ilmumu? Mana tanda ubudiyyahmu?

Oleh : Sheikh Abdul Qadir Al Jailani


Saudara! Dahulukan kepentingan akhirat atas kepentingan dunia. Nescaya kau akan mendapat keuntungan dari kedua-duanya. Bila kau mendahulukan kepentingan dunia atas kepentingan akhirat, maka kau akan rugi. Rugi dunia, dan rugi akhirat. Ini, merupakan seksaan bagimu. Mengapa kau sibuk dengan sesuatu yang tidak diperintahkan? Jika kau tidak sibuk dengan urusan dunia, nescaya Allah s.w.t. akan melimpahkan Ma'unah (pertolongan) kepadamu. Juga akan memberikan Taufiq, dan kesempatan mengambil sebahagian kecil daripadanya. Nescaya akan menjadi berkat.
Orang mukmin beramal untuk kepentingan dunia dan akhiratnya, Amal dunianya akan dapat menghantarkannya ke darjat yang ia inginkan. Ia menerima sedikit dunia, sebesar bekal untuk naik kenderaan. Ia tidak ingin mengumpul kekayaan sebanyak-banyaknya.
Orang jahil, kepentingan utamanya adalah Syurga. Sedangkan orang Arif, kepentingan utamanya adalah akhirat, kemudian Allah Azza Wajalla. Bila kau telah menghasilkan sepotong roti, lalu nafsumu berusaha merebutnya dan syahwat-mu juga ingin memintanya, maka fikirlah, siapa kira-kira mampu memecahnya. Engkau tidak akan beruntung, selagi belum berhasil memerangi nafsumu, di sisi Allah Azza Wajalla. Orang-orang yang jujur, satu sama lain saling bantu membantu, saling bertolak ansur dan bertanggungjawab.
Hai orang yang berpaling dari Allah Azza Wajalla!!. Hai orang-orang yang berpaling dari Shiddiqin!!! Hai orang yang berkiblat kepada makhluk dan dengan yang bersekutu dengan mereka!!!. Sampai bila kau menghadap mereka? Apa yang memberi manfaat kepadamu? Tiada manfaat itu dengan segala sesuatu yang jumud.
Zat Yang Merajai segala-galanya adalah Wahid (Esa). Zat Yang Memberi Mudhorat adalah Wahid. Zat Yang Memberi Manfaat juga Wahid. Demikian pula
Yang Menggerakkan,
Yang Menenangkan,
Yang Mengusahakan,
Yang Manaklukkan,
Yang Memberi,
Yang Mencegah,
Yang Menciptakan dan
Yang Memberikan Rezeki.
Dialah Allah Azza Wajalla. Dia Zat Yang Qadim, Azali dan Abadi.
Dia Wujud sebelum makhluk, sebelum ayah ibu mu dan orang-orang kayamu.
Dia jualah Pencipta langit, bumi dan seisinya:
Firman Allah s.w.t.:
"Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai Dia, dan Dia Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (Asy-Syura, 1).
Sungguh sayang!!!. Hai makhluk Allah, mengapa kamu tidak mengenal Penciptamu dengan sebenarnya? Bila aku di hari Qiyamat kelak memiliki sesuatu di sisi Allah s.w.t. Sungguh aku menanggung beban-beban beratmu,dari orang pertama sampai orang akhirmu. Hai pembaca!!! Bacakanlah aku. Tanpa ditunjukkan kepada penghuni langit dan bumi. Setiap orang yang beramal soleh, tentu akan dibukakan pintu yang ada di antaranya dan antara Tuhannya. Sehingga ia dapat dengan mudah memasukkan Qalbunya ke dalam pintu itu. Sedang kau, hai orang Alim, selalu sibuk berdebat !!!, berbantah-bantah!!!, memupuk kekayaan!!!, sehingga lupa mengamalkan ilmumu!!! Hal itu akan jatuh di hadapan/ditanganmu dalam bentuk lahir tanpa batin.
Jika Allah Azza Wajalla menginginkan salah seorang hamba-Nya menjadi baik, maka ia tentu Mengajarnya, kemudian Mengilhamkannya dengan amal dan ikhlas li-wajhillah. Dia akan mendekatkan, mengenalkan dan mengajarkan kepadanya ilmu hati sirri yang telah dipilihkan untuknya, sebagaimana memilih Musa a.s.
Firman Allah s.w.t.:
"Dan Aku telah memilihmu untuk diriku".(Surah.Thaha, 41)
Bukan untuk selain-Ku.
Bukan untuk syahwat dan hal-hal yang tidak berguna,
bukan untuk bumi dan bukan untuk langit.
Bukan untuk kerajaan, juga bukan untuk kerosakan.
Tiada suatu pun yang mengikatmu dari-Ku,
tiada sesuatu selain-Ku yang menyibukkanmu,
tiada suatu gambar atau benda lain yang menghalangimu dari-Ku.
Juga tidak ada syahwat yang menyebabkan kau tidak memerlukan sesuatu dari-Ku.
Saudara!, Janganlah kau putus asa dari rahmat Allah Azza Wajalla, akibat melakukan maksiat. Tetapi, basuhlah pakaian agamamu dengan air taubat secara bersambungan dan ikhlas. Berilah pakaian agamamu itu minyak makrifat. Waspadalah terhadap kedudukan yang kau sandang ini. Sebab, bila saja kau berpaling, di sekitarmu pasti ada haiwan buas yang siap menyerbumu. Di mana saja kau berada, di situlah datang berbagai fitnah di sekitarmu. Kembalilah kepada Allah Azza Wajalla dengan Qalbumu.
Janganlah kau makan dengan tabiatmu, syahwat dan kesenanganmu. Janganlah kau makan, kecuali ada dua saksi adil yang mengawasimu. Yakni kitab Allah dan Sunnah Nabi.
Kemudian, carilah dua saksi lain, iaitu Qalbumu dan Perbuatan Allah Azza Wajalla. Jika Al-Kitab, As Sunnah dan Qalbumu telah mengizin, maka lihatlah saksi yang keempat. Iaitu Fi'lullah (perbuatan Allah Azza Wajalla). Janganlah kau seperti pencari kayu bakar di waktu malam. Ia mencari kayu ke sana ke mari, tapi tidak mengetahui apa yang jatuh ditangannya.
Hanya Pencipta Yang Diciptakan saja yang Ada. Ini, suatu "hal" yang tidak akan datang dengan
berhias
Tamanni (lamunan),
Takalluf (memperberat beban) dan
Tasannu' (mengada-ngada).
Tetapi, ia adalah sesuatu yang bersemayam dalam dada dan dibuktikan dengan amal. Yakni, amal yang dilakukan karana Allah Azza wajalla semata.
Saudara! Kesihatan akan datang tanpa di cari. Kekayaan akan datang tanpa dicari-cari, ubat pun demikian. Ubat segala penyakit adalah berserah diri kepada Allah Azza Wajalla dan memutuskan sebab-sebab lahir dengan Qalbumu. Ubat segala penyakit terletak pada Mengesakan Allah s.w.t. dengan Qalbu, bukan dengan lisan saja. Tauhid dan Zuhud terletak pada Qalbu. Demikian pula Makrifat kepada Allah, Mahabbah dan Qurban kepada- Nya.(Semuanya terletak pada Qalbu)
Jadilah kau orang yang berakal. Janganlah kau gila. Dan jangan memperberat beban. Kau gila, cerewet, dusta, riak dan munafik. Semua kepentinganmu hanya untuk menarik perhatian kepada dirimu. Tidakkah kau tahu, setiap kau melangkah kepada makhluk dengan Qalbumu, tentu kau akan jauh dari Tuhanmu? Kau mengaku sebagai pemohon Allah Azza Wajalla. Tetapi, kenyataannya, kau bermohon kepada makhluk sesamamu. Gambaranmu seperti orang yang mengatakan, "Aku ingin pergi ke Mekah," tetapi ia menuju ke Khurasaan.
Dengan demikian, ia justeru jauh dari Mekah. Kau mengatakan, bahawa Qalbumu telah keluar dari lingkungan makhluk, padahal, kau masih saja takut dan mengharapkan segala keperluanmu kapadanya. Lahirnya zuhud, tetapi batinmu rakus. Lahirmu cinta Allah Azza Wajalla, tetapi batinmu cinta makhluk. Ini suatu "hal" yang tidak dapat datang dengan ocehan lidah. Keadaan ini tidak mengenal makhluk, dunia, akhirat dan segala sesuatu selain Allah Azza Wajalla.
Dia Esa, tidak menerima sesuatu kecuali Esa,
Dia Maha Esa, Tidak Menerima Sekutu.
Dialah Yang Mengatur segala urusanmu.
Kerana itu, terimalah apa yang difirmankanNya. Semua makhluk itu lemah. Tidak boleh memberi mudhorat dan manfaat terhadap dirimu. Allah yang mengutuskan hal itu, Dia mengatur hal itu untuk dirimu dan untuk diri mereka. Segala sesuatu yang manfaat dan yan g mudarat bagimu sudah dicatat oleh Ilmu Allah s.w.t.
Orang-orang yang Mengesakan Allah Azza Wajalla dan yang Sholeh adalah 'hujjah Allah' atas seluruh makhluk. Di antara mereka ada yang lahir dan batinnya sunyi dari kesibukan duniawi. Ada yang hanya batinnya saja. Dalam batinnya tidak terlihat sesuatu . Inilah hati yang bersih dan suci. Barang siapa dikurniakan hati seperti ini, bererti telah diberi kerajaan dari makhluk. Ia dikategorikan pahlawan yang gagah berani.
Orang yang gagah berani ialah orang yang hatinya suci dari sesuatu selain Allah Azza Wajalla. Orang yang selalu berdiri di atas pintu-Nya dengan membawa pedang Tauhid dan senjata syarak'...... .Syarak dapat membersihkan lahir. Sedangkan Tauhid dan Makrifat dapat membersihkan batin.
Saudara, apa yang dikatakan mereka dan yang kita katakan, tidak akan memberi pengaruh sama sekali, kau mengatakan, "Ini haram", tetapi kau lakukan. Kau mengatakan, "Ini halal", tetapi tidak kau lakukan, engkau gila!!!.
Dari Nabi Muhammad s.a.w, Baginda bersabda yang bermaksud: "Orang bodoh celaka sekali. Orang alim celaka tujuh kali".
Celaka sekali untuk orang bodoh, kerana ia tidak tahu. Celaka tujuh kali untuk orang alim ini, kerana ia tahu tapi tidak mahu mengamalkan ilmunya. Berkat ilmunya hilang, yang masih ada hanya hujjah-hujahnya.
Berlajarlah, kemudian amalkan. Lalu, menyendirilah di tempat yang sunyi. Sibuklah dengan Mahabbah(cinta) Allah Azza Wajalla. Bila Muhabbahmu dan Uzlahmu telah benar-benar beres, nescaya Allah Azza Wajalla akan mendekatkan dirimu kepada-Nya. Jika berkenan, ia akan Memperkenalkan dan Mengorbitkan dirimu kepada seluruh makhluk. Juga akan menolakmu untuk menuntut bahagian-bahagian duniawi. Ini menurun angin ketentuan takdir dan ilmunya untukmu. Kemudian, meniup pagar tembok 'khalwat'mu. Lalu kau menujunya dan Allah s.w.t. melihat urusanmu kepada makhluk.
Engkau terpengaruh hak-hakmu, tanpa bersikap ceroboh, buruk dan teruk. Allah Azza Wajalla mengembalikanmu, kepada bahagian-bahagianmu, agar undang-undang ilmu-Nya mengenai dirimu tidak batal. Engkau terpenuhi semua bahagianmu. Sedangkan Qalbumu masih tetap bersam Allah Azza Wajalla. Dengarlah! ketahuilah! hai orang-orang bodoh terhadap Allah Azza Wajalla dan kekasih-kekasih-Nya.
Hai orang-orang yang selalu mencerca Allah Azza Wajalla dan Wali-wali-Nya!!! Yang Maha Benar adalah Allah swt. Yang batil adalah kamu, hai makhluk. Kebenaran terletak pada kalbu, Sanubari dan batin. Sedang kebatilan terletak pada nafsu, kesenangan, tabi'at adat istiadat, dunia dan segala sesuatu selain Allah Azza Wajalla.
Qalbu ini tidak akan beruntung, selagi belum sampai ketingkatan Qurban dengan Allah Azza Wajalla Yang Maha Qadim, Azali dan Abadi selamanya. Janganlah suka mendesak hai munafik!!!. Apakah yang kau miliki itu lebih baik daripada yang dimiliki selainmu??? Engkau adalah hamba rotimu, hamba lauk paukmu, manisanmu, kudamu, dan kekuasaanmu Qalbu yang jujur pergi menghindar dari makluk menuju kepada Allah Azza Wajalla. Ia melihat kepada sesuatu di tengah jalan. Tetapi, tidak terliur sedikit pun. Ia terus berjalan di tengah lembut. Sampai ke tempat tujuan.
Allah s.w.t. berfirman;
".........seperti keldai yang membawa kitab-kitab tebal". (Al-Jumaah:5)
Asfar adalah kitab-kitab tebal yang berisikan ilmu. Dapatkah keldai memanfaatkan kitab-kitab ilmiah? Kitab-kitab itu hanya merupakan beban berat yang memayahkannya. Barangsiapa bertambah ilmu pengetahuannya, hendaklah bertambah pula ketaatannya. Hai orang yang mengaku berilmu!!!
Mana tangis kerana takut kepada Allah Azza Wajalla?
Mana kewaspadaanmu?
Mana pengakuan dosa-dosamu?
Mana usahamu menghapuskan kegelapan dengan cahaya taat Allah Taala?
Mana didikanmu kepada jiwamu?
Mana usahamu memerangi nafsu berahimu?
Kepentinganmu terletak pada gamis dan serban, makan, minum, nikah, rumah, kedai dan bersenang-senang bersama makhluk. Singkirlah dirimu dari himmah seperti itu. Kalau memang kau memiliki bahagian daripadanya, tentu akan datang tepat pada waktunya. Hatimu terlepas dari keluh kesah menanti kedatangannya. Hatimu selalu tertuju kepada Allah Taala. Apa yang menjadi milikmu tiada hubungannya dengan keluh kesahmu. Jadi...kepayahannmu adalah sia-sia.
Saudara!!! Khalwatmu belum benar!!! Masih najis, belum suci. Apa yang kau amalkan? Tauhid dan ikhlasmu belum ada di dalam hatimu.
Wahai orang-orang yang lalai!!!
Hai orang-orang-orang yang berpaling!!!
Hai orang-orang-orang yang meninggalkan segala-galanya!!!
Hai orang yang tidak mengenal Allah Taala dan Rasul UtusanNya!!!
Hai orang-orang yang tidak mengenal ulama Mutakaddimin dan Ulamak Mutakhirin!!!
Kamu bagaikan kayu balak yang melintang di tengah jalan. Tidak dapat dimanfaatkan sama sekali.

Sunday, January 23, 2011

MENGUAP MENURUT ISLAM

MENGUAP MENURUT ISLAM

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya”. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka”. Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu”. Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin”. Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan “Alhamdulillah”, dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah”.

5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.

Sekian, wallahu a’lam

...Hikmah berwuduk dgn niat

Bismilllahhirrahmannirrahim..
> >
> > Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
> >
> > "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
> >
> > Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak
> > berfaedah.
> >
> > Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
> >
> > "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau
> > hitamkan muka ku ini".
> >
> > Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
> >
> > Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
> >
> > "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
> >
> > Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan
> > kanan.
> >
> > Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
> >
> > "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
> >
> > Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan
kiri
> > .
> >
> > Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
> >
> > "Ya Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan
> > Arasy Mu".
> >
> > Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di
> > atas kepala.
> >
> > 6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
> >
> > "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
> >
> > Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah
dll.
> >
> > 7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
> >
> > "Ya Allah,permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
> >
> > Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
> >
> > 8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
> >
> > "Ya, Allah,bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan
> > tempat-tempat maksiat"
> >
> > Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
> >
> > Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang
> > dituntut dalam Islam
> >
> > mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
> >
> > Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
> >
> > Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati
> > Islam?
> >
> > Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
> >
> > Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
> >
> > Wasallam.

KETAWA DALAM ISLAM

KETAWA DALAM ISLAM
Dari : Riwayat Abu Daud

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Celakalah
orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta
agar orang lain tertawa. Celakalah !"

i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan
sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang
dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya
adalah jenaka, lawak dan gurau senda.


ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah
termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah
s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga
dan para sahabat baginda.

iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab
tertentu yang telah digariskan oleh Islam
seperti:

a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan
jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah
s.a..w .

b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau
cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan
menyebut kekurangannya.

c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti
memburukkan seseorang individu dengan niat
hendak
merendah-rendahkannya.

d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu
sebagai kebiasaan.

e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-
buat.

f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya
kerana adalah tidak manis bergurau di waktu
seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain
ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak)
kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya
hati.

iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa
baginda hanya menampakkan barisan gigi
hadapannya
sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah,
mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan
maksud
bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah
sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata
yang sepatutnya.

Lihat Kelemahan kita dahulu

KITA terlalu banyak memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai orang menginginkan orang lain berubah.
Malah, kadang-kadang kita berkeinginan tetapi tidak kesampaian. Kita mahu negara kita berubah. Kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita tetapi malangnya anak isteri kita tidak mampu diubah.
Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya kita tidak pernah memberi masa bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri.
Rahsia mengubah orang ialah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya tidak dimulakan dengan diri sendiri ia akan menjadi hampa.
Kadangkala hasrat untuk mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap tidak serupa bikin yang kita laungkan.
Sebagai perbandingan elok juga kita fikirkan perbandingan ini. Kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak kita bina.
“Mulakan dengan dirimu,†kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri.
Ramai orang berani melihat kekurangan orang tetapi jarang orang berani membincangkan kelemahan diri sendiri.
Sebenarnya mengubah diri dengan penuh sedar adalah juga mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatannya yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain.
Memang pengaruh dari kegigihan mengubah diri tidak akan spontan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain.
Makin lama orang akan simpati dan terdorong juga untuk turut sama berubah. Lantas bagaimana kaedah mengubah diri?
Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Bagaimana mungkin kita mengajak orang berubah sedangkan kita tidak berubah. Jadilah seperti ‘ketam mengajar anak berjalan betul’ nanti cakap tidak serupa bikin.
Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara yang kecil-kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar-besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar diawali dengan titik-titik hujan yang kecil.
Ketiga: Mulakan sekarang (Do it now). Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil-kecil akan jadi besar jika dibiarkan.
Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.
Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.
Keenam: Kena ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang kebaikan sehingga sebati dengan diri. Wassalam.

Keep away from No. 8

Keep away from No. 8


Note the #s on the Fruit Label

Conventional Fruit Labels
Four digits starting with 4

Organic Fruit Labels
Five digits and starts with number 9

Genetically Modified Fruits
Start with the digit 8


So next time you go shopping, remember these critical numbers and know how to avoid purchasing inorganic and GMO fruits. Shop Safe :
This is good to know because stores aren't obligated to tell you if a fruit has been genetically modified .

So if you come across an apple in the store and it's label is 4922, it's a conventional apple grown with herbicides and harmful fertilizers.

If it has a sticker 99222, it's organic and safe to eat.

If it says 89222, then do not buy!!!! It has been genetically modified (GMO).

Friday, January 21, 2011

Doa untuk teman

Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh..teman semua semada yang menbenci maupun yang kenali diriku seadanya..

Jangan mengaku kawan kalau dia jatuh kamu palingkan wajah. Jangan mengaku kawan, kalau dia tersesat kamu membiarkan. Jangan mengaku kawan kalau dia berbuat salah, kamu tidak menegur, sebaliknya mengumpat di belakangnya..

Banyak orang tidak sedar kesalahan sendiri, maka itulah perlunya kawan yang baik, untuk saling melengkapi dan mengasihi. Kerana Allah.

Jangan menunding jari, mencari salah orang dan menyalahkan orang lain sebelum muhasabah diri dan periksa diri sendiri. Jangan menganggap diri terlalu sempurna dan terlepas dari sebarang kemungkinan untuk melakukan kesilapan. Jangan lupa bahawa sesungguhnya kita manusia sukar untuk nampak kesalahan sendiri, malah sebaliknya cenderung untuk nampak kesalahan dan keburukan orang lain. Bak pepatah orang dulu-dulu. Lebih kurang begini bunyinya;

"Gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang diteropong."

"Kain sendiri koyak tak perasan, kain orang yang koyak kita nampak."

Rahsia Allah, kita tidak tahu. Perjalanan hidup kita, samada yang telah kita lalui ataupun bakal kita tempuhi, semuanya dalam pengetahuan-Nya. Kita tidak tahu apa-apa. Namun itu bukan alasan untuk kita mudah berputus asa dan menyalahkan takdir. Bukan juga alasan untuk kita berpeluk tubuh dan membiarkan masa terus berlalu begitu sahaja. Kita punyai usaha dan kudrat, akal dan minda, naluri dan perasaan, kehendak dan keinginan. Kita punyai jasad dan tulang empat kerat. Segalanya adalah anugerah dari-Nya. Teruskanlah mara ke hadapan. Berusahalah.

Sungguh kita tidak tahu apa yang bakal menanti kita di hadapan. Namun janganlah risau, usah gentar. Allah sentiasa ada bersama kita. Sebelum kita lahir ke bumi, Dia kirimkan Rasul dan Al-Quran untuk membawa cahaya dan menunjukkan jalan yang lurus buat kita.

Dan Dia tidak ciptakan kita sebatang kara. Kita punyai ibu dan ayah. Kita ada abang dan kakak, adik-adik dan saudara mara. Kita punya kawan-kawan. Semua orang perlukan teman. Begitu juga saya perlukan anda semua, kawan-kawan saya.

Seiring dengan peredaran masa. Kawan datang dan pergi. Ada yang sentiasa setia di sisi, namun jumlahnya tidak banyak. Beruntunglah andai kita miliki kawan yang setia itu. Biarpun diperlimbahan sekalipun, cahayanya tetap berkilauan. Tidak kira susah atau senang, dia akan sentiasa bersama. Andai kita terjatuh, dia akan menarik kita ke atas. Andai kita tersesat, dia akan menunjukkan jalan yang betul. Andai kita terbuat silap, dia akan menegur dan memperbaiki kesilapan kita. Dia akan menutup aib kita. Dia akan melindungi kita dari kedukaan. Dia tidak akan memperbesar-besarkan kekurangan kita. Dia tidak akan menyakiti hati kita sewenang-wenangnya. Dia akan sentiasa mendoakan kita. Sentiasa.

Sebagai manusia yang punyai kekurangan dan kelemahan. Saya juga perlukan kawan untuk terus berdiri teguh. Nobody can live alone. Terima kasih Tuhan kerana meminjamkan kawan-kawan yang sentiasa setia di sisi, mendoakan dan memberi pendorong untuk diri ini meneruskan kehidupan, biar susah atau senang.

Saya juga berterima kasih, kepada teman yang sudi kirimkan doa ini..

"Oh Allah, i don't know of all challenges this person has, but You know everything.. I hear her silence, You hear her plead.. I hear her laughter, You see her tears. Isee when she gives, You see what has been taken from hers.. I see her appearance, You see her soul. I experience her faith, You knew hers doubts. I pray to you, is to give her everything she needs and bless her abundantly for all the times to come.. Amin.."

Ya Allah Ampuni Dosa Kami


~Bismillahirahmanirahim~
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kami rahsiakan dan apa yang kami nyatakan
semoga Engkau terimalah kelemahan2 kami
Sesungguhnya Engkau Mengetahui hajat2 kami maka Engkau memakbulkanlah hajat2 kami dan Engkau mengetahui dosa2 kami maka Engkau mengampuni dosa2 kami
Ya Allah tetapkan iman kami dan sesungguhnya yg berlaku itu adalah takdirMU
dan berikan kami keyakinan lalu padaMU sahaja kami bertawakal

Dengan nama Allah Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Selawat ke atas Rasulullah SAW berserta ahli keluarganya dan para sahabat
Tunjukkanlah kami jalanMU yg lurus yang Engkau Redhai
Amin Ya Rabbal 'Alamin

DO'A

Do'a adalah ibadah yang sangat agung, yang tidak boleh dipalingkan kepada selain Allah. Hakikat do'a adalah menunjukkan ketergantungan kita kepada Allah dan berlepas diri dari daya dan upaya makhluk. Do'a merupakan tanda Ubudiyah (penghambaan diri secara total kepada Allah). Do'a juga merupakan lambang kelemahan manusia. Di dalam ibadah do'a terkandung pujian terhadap Allah. Disamping itu terkandung juga sifat penyantun dan pemurah bagi Allah. Oleh sebab itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Doa itu adalah ibadah." (HR. Tirmidzi).

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah seorang yang banyak berdo'a, memohon dan menunjukkan ketergantungan kepada Allah. Beliau sangat menyukai kalimat-kalimat yang ringkas namun sarat makna dan juga menyukai ucapan-ucapan do'a.

Di antara do'a Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam adalah:

"Ya Allah, tolonglah daku dalam menjalankan agama yang merupakan pelindung segala urusanku. Elokkanlah urusan duniaku yang merupakan tempat aku mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhiratku yang merupakan tempat aku kembali. Jadikanlah kehidupanku ini sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematianku sebagai ketenangan bagiku dari segala kejahatan."
Amin Ya Rabbal 'Alamin

(HR. Muslim).

Di antara do'a beliau adalah:

"Ya Allah, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Ya Rabb Pencipta langit dan bumi, Rabb segala sesuatu dan yang merajainya. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku, kejahatan setan dan bala tentaranya, atau aku melakukan kejahatan terhadap diriku atau yang aku tujukan kepada seorang muslim lain." Amin Ya Rabbal 'Alamin

(HR. Abu Daud).

Demikian pula do'a berikut ini:

"Ya Allah, cukupilah aku dengan rizki-Mu yang halal (supaya aku terhindar) dari yang haram, perkayalah aku dengan kurniaan-Mu (supaya aku tidak meminta) kepada selain-Mu." Amin Ya Rabbal 'Alamin

(HR. At-Tirmidzi).

Di antara permohonan beliau kepada Allah:

"Ya Allah, ampunilah dosaku, curahkanlah rahmat-Mu kepadaku dan temukanlah aku dengan teman yang tinggi darjatnya."
Amin Ya Rabbal 'Alamin

(Muttafaq'alaih)

Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam senantiasa berdo'a memohon kepada Rabb Ta'ala baik pada waktu lapang maupun pada saat sempit. Pada peperangan Badar, beliau berdo'a kepada Allah hingga jatuh selendang beliau dari kedua pundaknya, memohon kepada Allah agar menurunkan pertolongan bagi kaum muslimin dan menjatuhkan kekalahan atas kaum musyrikin. Beliau sering berdo'a untuk dirinya sendiri, untuk keluarga dan ahli bait beliau, untuk sahabat-sahabat beliau bahkan untuk segenap kaum muslimin.

********************************************************************************

Wanita cantik melukis kekuatannya lewat stiap masalahnya, ia mampu tersenyum di saat tertekan, tertawa saat hati sedang menangis, memberkati disaat terhina, mempesona karena memaafkan... Wanita cantik, mengasihi tanpa paksaan, penat atau lelah & bertambah kuat dlm doa & pengharapan...khusus utk wanita cantik nan solehah kepunyaan Allah...amin...


"Sekiranya ingatan pdmu mendekatkanku dgn Allah SWT, maka aku tidak rela berpisah dgnmu buat selama2nya namun kiranya hadirku dalam ingatanmu hanya menjauhkanmu dari Allah SWT maka jauhilah diriku"

Romantiknya Rasulullah S.A.W

Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita serta tauladan yang dapat diambil marilah kita bersama-sama talaudani kisah ROMANTIK RASULULLAH SAW bersama isterinya.


Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu
kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi".

Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:
"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka"

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.

Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda kesyurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman..."

Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin/JM

Posted by tok_aji

Ya Robbana,Robbana,Robbana

Ya Robbana,Robbana,Robbana
Ya Robbana,Robbana,Robbana
Ya Robbana,Robbana,Robbana

Ya Tuhan kami yang menguasai hati
Kami tlah lupa senantiasa bersalah
Hanya padaMu hati ingin kembali
Kami tlah sesat kami tlah aniaya

Jika tanpa ampunanMu
Jika tanpa Rahmat dan cintaMu
Sesungguhnya kami adalah orang merugi

Ya Robbana,Robbana,Robbana
Ya Robbana,Robbana,Robbana

Ya Tuhan kami yang Maha Mengampuni
Tiadalah tempat untuk kami kembali
Kami yang lemah tiada daya upaya
Hanya padaMu diri ini berharap

(2x)
Jika tanpa ampunanMu
Jika tanpa Rahmat dan cintaMu
Sesungguhnya kami adalah orang merugi

Ya Robbana,Robbana,Robbana
Ya Robbana Zholamna Anfussana
Wa illam taghfirlana
Wa tarhamna lanakunanna
Minalhorsirinnn.....

Ya Robbana,Robbana,Robbana
Ya Robbana Zholamna Anfussana
Wa illam taghfirlana
Wa tarhamna lanakunanna
Minalhorsirinnn.....

by
adir0ck@yahoo.com
sue2976@yahoo.com

Senarai makanan serta hikmahnya

1)Rujukanku:http://halaqah.net/v10/index.php

Roti (khubz)
- Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.

Jintan Manis (anisun)
- Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
- Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
- Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
- Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya’ir)
- Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
- Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
- Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
- Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
- Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah
- Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)
- Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
- Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati”. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa “ia” itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
- Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa
paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
- Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
- Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta’)
- Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)
- Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)
- Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan”. Nabi
s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
- Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
- Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

“Endive” (hindiba)
- Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan “makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan
air syurga tidak jatuh ke atas hindiba”.

Fenugreek (Hulbah)
- Nabi s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

Buah Ara fig (fin)
- Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga”. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
- Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan

Bawang putih (thum)
- Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.”

Minyak sapi (samn)
- Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
- Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)
- Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a’sal)
- Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.” Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah
madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a’das)
- Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
- Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)
- Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut-turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.

Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

2)Rujukanku:http://www.myetiqa.co.cc/2009/07/makanan-dari-tumbuhan-yang-terbaik.html

TUMBUHAN DALAM AL-QURAN DAN HADIS

1.MADU

Mungkin diantara kita tertanya-tanya mengenai kaitan dintara madu dan tumbuhan.ebenarnya madu dan tumbuhan mempunyai kaitan yang sangat rapat di mana ianya diterangkan dalam Al-Quran. Madu juga merupakan ubat yang istimewa sehinggakan terdapat satu surah yang khusus menceritakan tentang madu lebah .Bagi orang –orang yang berfikir sahaja yang dapat mengetahui kelebihan yang Allah berikan dalam kandungan madu lebah ini. Dalam surah ke-16 iaitu surah An- Nahl yang bermaksud Lebah,

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Allah menurunkan dari langit air (hujan) dan air itu dihidupkan-Nya bumi sesudah mati-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran tuhan bagi orang-orang yang mendengarkan(pengajaran).

“Dan sesungguhnya pada binatang ternakan itu benar-benar terdapat pengajaran bagi kamu .Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya. “Dan dari buah kurma dan anggur , kamu membuat minuman yang memabukan dan rezeki yang baik . Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesarab Allah) bagi orang- orang yang memikirkan.

“Dan tuhanmu mewahyukan kepada lebah : ‘buatlah sarang di bukit-bukit , di pohon-pohon kayu dan ditempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ,keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya . Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia . Sesungguhnya ,pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan .” (an –Nahl:65-68)

Kelima-lima ayat di atas mempunyai hubungan iaitu Allah menerangkan bagaimana air yang diturunkan daripada langit telah menyuburkan tumbuh-tumbuhan dan sekaligus telah menghasilkan berbagai-bagai bunga yang mana dari bunga tersebutlah keluar buah-buahan. Kemudian Allah telah memerintahkan Lebah untuk menikmati madu yang terdapat dalam bunga .Akhirnya keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warna dari perutnya . Dalam surah tersebut juga Allah telah menerangkan bahawa madu juga boleh dijadikan ubat kepada manusia selain daripada dijadikan makanan .Ayat 68-69 juga dinamakan ayat syifa’ iaitu ayat penyembuh.

HADIS YANG MENYOKONG

Terdapat 2 hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim iaitu :

1.”Diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya:’ Seorang lelaki datang lalu berkata kepada Nabi ;’ Sesungguhnya saudaraku sakit perut ‘.Lalu Rasulullah s.a.w bersabda “berilah dia minum madu ,”Kemudian lelaki tersebut memberi minum saudaranya madu.Lalu dia datang semula lalu berkata ;’Saya telahpun memberinya minum madu tetapi penyakit tidak Berkurang bahkan semakin bertambah.’ Rasulullah s.a.w menyuruhnya minum madu hingga tiga kali. Kemudian lelaki itu datang lagi untuk kali yang keempat dan menyatakan bahawa saudaranya masih belum pulih lagi tetapi semakin teruk. Akhirnya Rasulullah s.a.w bersabda: ’Allah benar ,dan perut saudaramu itu berbohomg.’ .Lalu Rasulullah s.a.w sendiri yang memberi lelaki itu minum madu.Akhirnya dia sembuh.

2.” Al-Husain menceritakan kepadaku ,Ahmad bin Mani’ menceritakan kepada kami, Marwan bin Syuja’ menceritakan kepada kami , dari Sa’id bin jubair, dari Ibnu Abbas r.a. katanya ;”Rasulullah s.a.w bersabda;” Ubat terbahagi tiga :minum madu ,berbekam dan membakar dengan api, dan umatku dilarang membakar dengan api.”

KEHIDUPAN LEBAH
Lebah madu mempunyai kelompok yang elit dan peraturan yang luar biasa .Tempat mereka menjalinkan hubungan sesama mereka dinamakan sarang .Di dalam sarang ini tinggal sekumpulan lebah pekerja yang jumlahnya puluhan ribu yang diketuai seekor raja betina. Di dalam sarang itu biasanya terdapat telur, anak lebah dan remaja. Dan golongan yang tiga ini dinamakan asuhan.Di dalam sarang itu juga ada makanan penting yang mencukupi, yakni madu dan biji-bijian yang tersimpan dalam indung berbentuk segienam. Indung diperbuat daripada lilin yang keluar dari kelenjar lebah tersebut. Lebah terdiri daripada:

1)Raja Betina Lebah
Tubuhnya lebih besar dan panjangnya dua kali panjang lebah pembantu. Sayapnya lebih kecil daripada panjang tubuhnya.Di hujung perutnya yang berbulu terdapat alat bertelur yang melingkar dan mempunyai gigi yang lemah. Tugasnya adalah untuk bertelur dan mengatur pembantu-pembantu dan semua urusan di dalam sarang lebah seperti mengatur segala yang berlaku di dalam sarangnya. Ini hanya dapat di lakukan kerana raja memiliki bau tertentu yang dikeluarkannya melalui kelenjarnya di mana bau ini menarik hati pekerja-pekerja hingga dapat menyatukan mereka.

Disekeliling Raja terdapat pengikut atau pengiring raja yang bertugas membersihkan tubuh sang raja, membuang kotoran ,memberi makannya dan tugas-tugas lain yang disuruh oleh raja. Raja diberikan makanan yang khusus yakni bahan yang dikeluarkan oleh lebah pekerja dari kerongkong yang berupa kelenjar dan kadang-kadang ditambah dengan air ludahnya. Makanan ini dipanggil hidangan Raja.Hidangan ini adalah bertujuan supaya raja dapat bertelur. Selain itu ianya juga diberikan kepada remajanya,pekerja dan jantan pada hari pertama dan kedua kelahirannya . Ini supaya usia remajanya panjang bertambah. Hidangan raja ini merupakan benda keras,pekat bewarna krim,dan rasanya pahit serta mempunyai bau tersendiri .Ia terdiri daripada zat gula ,protein minyak dan asam.Sebahagian saintis berpendapat makanan raja ini mengandungi zat-zat yang istimewa yang mengakibatkan raja boleh hidup lama dan melahirkan pegantinya.

Sang raja kahwin di udara ketika terbang dengan beberapa Jantan. Kemudian ia memelihara bibit itu selama hidupnya yang berkemungkinan sampai beberapa tahun .Bibit-bibit tersebut dusimpan disalah satu anggota yang dinamakan tempat menyimpan sperma. Telur raja disimpan dalam indung dan disusun tegak dengan alat yang melekat seperti gam yang dikeluarkan ketika bertelur.Raja dapat bertelur kira-kira 1500-2000 biji setiap hari atu lebih daripada itu jika ia rajin. Usia raja lebah sekitar 3-4 tahun.Raja muda lebih produktif bertelur berbanding dengan raja tua yang umurnya melebihi 2 tahun Setelah raja lebah mati,raja baru akan dicari dalam masa 17 hari. Ini kerana ,Lebah tidak boleh hidup tanpa raja.

2.) Jantan –jantan lebah
Lebah yang kedua besar ialah lebah jantan ..Ianya juga tidak mempunyai penyengat untuk mempertahankan dirinya. Tugas jantan hanyalah mengahwini raja.

3.)Lebah pekerja
Ianya adalah lebah betina yang dilahirkan dari telur yang tidak dikahwinkan. Lebah ini tidak bertelur tetapi kadang-kadang ia bertelur dan telur ini menghasilkan jantan-jantan lebah. Ia adalah lebah paling kecil dan paling banyak. Tugasnya adalah Untuk mengumpul air madu dari bunga dan biji-bijian untuk dijadikan makanan lebah-lebah lain.Lebah pekerja juga mengumpul gam dari kelompak –kelompak tumbuh-tumbuhan dan dan kulit pohon-pohon tertentu. Gam itu digunakan untuk memperkuat indung-indung,menampal dan menutupi yang retak dan berlubang dan banyak lagi.

PEMBENTUKAN MADU

1.Mengumpul Air madu dari bunga
Lebah pekerja menghisap tetesan-tetesan air madu dari satu bunga ke satu bunga yang lain dengan menggunakan belalai hingga penuh perut besarnya dan kemudian balik ke sarang.Bau bunga adalah faktor penting lebah mendatanginya.

2.Membuat madu
Perut besar pada lebah berfungsi untuk menyimpan air madu.Zat gula dalam air madu bertukar menjadi gula tunggal kerana tindakan zat ragi dan air liur lebah tersebut. Pertukaran tersebut terjadi semasa perjalanan pulang ke sarang. Apabila sampai di sarang zat tunggal ini akan di keluarkan dan dikentalkan dengan mendedahkan air Madu tersebut di udara luar. Zat tunggal yang telah dikentalkan dimasukkan ke dalam indung. Kemudian lebah pekerja akan menutup dengan lilin lebah. Madu dikelaskan mengikut jenis bunga yang banyak terdapat di kawasan lebah mendapatkan air madu.Contohnya madu rumput Birsim.

KANDUNGAN MADU
Madu lebah mengandungi gula, air ,vitamin,air belerang, zat-zat, protein, ragi,enzim dan lain-lain.Kadar zat-zat yang terdapat dalam madu lebah:

Air 18%
Gula buah-buahan(frucose) 4%
Gula Anggur (glucose) 34%
Gula tebu(sugarose) 0.4%
Dextrose 0.4%
Gula Gandum 0.4%
Gula yang lain 0.4%
Protein 0.3%
Nitrogen 0.4%
Garam 0.2%
Zat-zat yang lain 3.46%

Selain dari zat-zat di atas ,banyak lagi zat yang terdapat dalam madu.Ini menyebabkan madu adalah makanan yang paling baik.

ANTARA KHASIAT MADU

Madu boleh menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh pelbagai faktor.

· Madu dapat menyegarkan tubuh
· Madu dapat membersihkan gigi dan memelihara kesihatan nya dan ia malah dapat mempercantikkan rambut dan memanjangkannya
· Madu boleh mengeluarkan racun
· Madu dapat mengeluarkan ubat-ubat yang tidak baik dari tubuh dan ia membersihkan ubat-ubat itu darinya.
· Madu berfaedah untuk mengawet mayat manusia supaya tidak berbau busuk
· Madu juga dapat membunuh kuman-kuman yang mremudaratkan tubuh atau menyebabkan penyakit.
· Makanan yang disukai oleh pinggang dan hati
· senang dihadamkan

ANTARA PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN
· Penyakit kulit

· Terbakar

· Jerawat
· Gatal-gatal
· Luka
· Kanak-kanak lumpuh
· Kurap
· Sakit gigi
· Sakit mata
· Sakit jantung
· Selesema

2.BUAH TIN DAN ZAITUN

Selain daripada madu , terdapat dalam satu surah iatu surah At-Tin di mana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dam zaitun sehinggakan Allah bersumpah di atasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah ini. Antaranya: i)Riwayat dari Abu Zar r.a.

Bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu NabiSAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia.Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

ii) Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tinkerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalm Syurga.

KHASIAT BUAH TIN

Buah ini dapat menyembuh beberapa jenis penyakit,antaranya ialah:
· Penyakit Buasir
· Sakit-sakit dan bengkak-bengkaka badan
· Batuk yang berpanjangan
· Melawas kencing

RAHSIA BUAH ZAITUN


Ianya dijadikan kayu siugi oleh para Nabi termasuklah Rasulullah SAW sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah yang berbumyi:

“sebaik-baik kayu sugi ialah zaitun,Ia adalah pokok kayu berkat.Ia membersihkan mulut dan menghilangkan kuning-kuningan gigi. Ia adalah kayu sugiku dan kayu sugi para nabi sebelumku.”

Rasulullah juga bersabda yang berbunyi : “Gunakanlah minyak Zaitun untuk masak makanan ,berminyaklah dengannya untuk rambut,badan dan seumpama dengannya kerana sesungguhnya ia adalah daripada pokok yang berkat.”

Dalam masyarakat moden hari ini , minyak zaitun digunakan dalam berbagai-bagai kegunaan termasuklah dijadikan sabun mandi untuk melembutkan kulit dan sebagai minyak rambut untuk melebatkan rambut.


KHASIAT BUAH ZAITUN
Antara khasiat buah zaitun ialah:

· Membaik pulihkan perut
· Mengeluarkan cacing
· Menjadi penawar racun
· Minyaknya menghaluskan kulit
· Minyaknya melambatkan tumbuh uban
· Minyaknya apabila dicampurkan dengan garam boleh menghilangkan melecur kena api.

3.KURMA/TAMAR

Walaupun tiada surah khusus untuk buah kurma tetapi Allah menerangkan tentang kegunaan buah kurma dalam surah Maryam iaitu dimana Maryam sakit ketika hendak bersalin , Allah memerintahkan Maryam dalam ayat ke25 supaya makan buah kurma yang masak. Di sini ianya berfungsi sebagai analgesik(tahan sakit) dan sekaligus dapat memberikan Maryam tenaga untuk melahirkan anak.

Menurut pandangan Islam , apabila ibu yang hamil diberikan tamar, insyaallah anak yang dilahirkan seorang yang penyabar dan bersopan santun.Buah tamar juga disunatkan makan ketika berbuka puasa.

Rasulullah juga suka makan tamar bersama timun . Ini kerana kedua-dua dapat mengimbangkan kedua-dua sifat tersebut iaitu dimana buah timun sejuk dan tawar , manakala buah tamar panas dan manis.

4.HABBAH AS-SAUDA

a.Hadis Rasulullah mengenai Habbah as-sauda: Daripada Buraidah , katanya ; Rasulullah SAW bersabda ; ‘Pada habbah as-sauda terdapat ubat segala penyakit, kecuali maut.’ Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam kitad “al-tibb”,dalam himpunan hadis-hadis sahih.

Habbah as-sauda adalah sejenis rumput , warnanya hitam dan bermusim tahunan . Ianya tumbuh di negara-negara sekitar laut tengah dan di India.Daun-daunnya kecil serta halus, bunganya bewarna biru, buahnya berbungkus dan didalamnya terdapat biji kecil bewarna hitam yang boleh dijadikan ubat.Bijinya keras dan rasanya pedas. Biji ini juga boleh dijadikan minyak.Apabila bijinya ditumbuk ianya mengeluarkan bau yang harum.

Penyelidikan moden tentang khasiat Habbah as-sauda telah mendapati bahawa pada biji ini terdapat ubat yang boleh mengubati sesetengah penyakit. Antaranya ialah:

· Sepahnya boleh meringankan beban orang yang sesak nafas
· Dapat mengubati penyakit lelah dan batuk berterusan
· Mengeluarkan angin dalam perut
· Menambah ghairah seks
· Melancarkan pengeluaran darah haid ,air besar dan air kencing
· .Dapat melangsingkan badan ibu-ibu dan dapat menambah air susu bagi para ibu

Selain daripada itu juga, ianya boleh dimasukkan dalam kuih untuk menambahkan kesedapannya. Walau bagaimanapun ianya amat berkhasiat sekiranya dimakan mentah-mentah.Ini kerana , jika ia dimasukkan dalam api khasiatnya akan hilang. Khasiatnya juga akan hilang apabila terkena cahaya matahari. Ini kerana minyaknya yang berkhasiat akan mengewap ke udara. Selain daripada khasiat yang diterangkan diatas , banyak lagi kegunaan Habbah as-sauda yang masih menjadi rahsia yang memerlukan kajian yang lebih lanjut lagi.

Habbah as-sauda juga istimewa kerana penggunaanya tidak mendatangkan kesan sampingan dan tiada unsur racun di dalamnya . Ini tidak seperti ubat-ubat moden yang lain. Oleh sebab itu ianya lebih selamat digunakan.

C. KESIMPULAN
Selain daripada khasiat yang di sebut di atas, masih terdapat banyak lagi keistimewaan yang belum kita ketahui mengenai Madu ,buah Tin, Zaitun ,Kurma dan Habbah as-sauda.Islam menggalakkan umatnya menggunakan keempat –empat tumbuh-tumbuhan di atas agar kita dapat manfaat dari penggunaannya.

Ini sekaligus membuktikan kepada kita kebenaran Al-Quran kerana mana mungkin manusia di zaman jahiliah dapat mengetahui tentang keistimewaan tumbuh-tumbuhan di atas.

~ by sirasain on August 21, 2010.

Wednesday, January 19, 2011

HIDUP = 3 HARI + 2 NAFAS

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.

Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.

Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
.. . Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.

By : KING

Monday, January 17, 2011

Fahaman Syiah di Malaysia (Shiites)

Malaysian religious police raided a three-story shop-house last month and detained more than 100 Shiites who had gathered to mark the death of one of their most beloved saints, Prophet Muhammad's grandson, who was killed in the year 680.

It was one of the largest such sweeps in years, sparking outrage and fear in the country's small but growing Shiite community. Some religious scholars see it as a worrying sign that Islamic authorities are becoming more hard-line.

"Malaysia is trying to become a country a la Taliban that only allows one school of thought," said prominent scholar Asri Zainul Abidin.

"We are the oppressed people," said Kamil Zuhairi Abdul Aziz, the Iranian-trained religious leader for the Lovers of the Prophet's Household, the Shiite group raided by the religious police on Dec. 15.

Kamil estimates there are at least 40,000 Shiites among Malaysia's 16 million Muslims, though the number could be higher as many conceal their faith to avoid trouble. A few have been detained in the past, and some sent to faith rehabilitation centers, but there is no official data on the number of arrests.

Malaysia's ban was issued in 1996 by the National Fatwa Council of top Islamic clerics and seen as unusual in the Muslim world. The council comes under the government's Islamic Advancement Department, so its decrees are de facto law.

The 3 million Shiites in neighboring Indonesia are able to practice freely, though they are often harassed on hard-line Sunni websites. In Bahrain, the government cracks down on Shiite activists, fearing they could be a backdoor for Iranian influence.

Sunni extremists have bombed Shiite gatherings in Pakistan, and much of the violence in Iraq has been between Sunni and Shiite militias as the two sides vie for power.

It's not clear what prompted the recent raid in Malaysia, but Islamic officials defend the ban as crucial to prevent unrest among Muslims.

"Shia is an Iranian sect," said leading cleric Harussani Zakaria, a member of the National Fatwa Council. "It has expanded secretly and now has many supporters who are starting to practice their faith in public. We don't want any religious differences. They are a threat to Muslim unity in Malaysia."

In defense of the raid, several Islamic officials said Shiism could give rise to fanatics as it permits the killing of Muslims from other sects, a claim denied by the Iranian embassy and Shiites here. Home Minister Hishammuddin Hussein, responding to reporters, said that Shiites don't pose a threat to national security.

The Iranian embassy issued a statement urging the government to prevent the spread of such false information. "Currently, there are about 400 million followers of the radiant path ... in the world and such baseless statements are utter disrespect to all of them," the statement read in part.

Some Malaysian Shiite families have practiced for generations while many others were exposed and subsequently converted to Shiism after the 1979 Islamic Revolution in Iran.

Many meet in one of 40 "hauzars," or "houses of knowledge." The one that Kamil leads, the most prominent and largest with 500 members, is on the top floor of a shop-house in a suburb of the city of Kuala Lumpur.

On Dec. 15, religious police arrived in trucks and detained about 125 people, including some 30 foreigners, mostly from Pakistan. Most were released on bail and given hearing dates at the Shariah court, which adjudicates religious cases.

Officials have said the foreigners are expected to be let off, but the Malaysians could be charged with following the teachings of a deviant movement, which carries a penalty of up to two years in prison.

Kamil has been charged with insulting Islamic officials, with his hearing set for Feb. 17.

Some 100 followers filed in for prayers on the first Tuesday of the new year. A wall mural depicting Noah's Ark greeted them as they entered a long carpeted hall draped with banners in Arabic and separated into sections for men and women.

Saturday, January 15, 2011

101 Alasan Mengapa Saya Pakai Tudung

by Kumbang Jingga

Entry ni untuk pompuan...sama2 kita renungkan

1. Menjalankan syi’ar Islam.
2. Berniat untuk ibadah.
3. Menutup aurat terhadap yang bukan muhrim.
4. Karena saya ingin ta’at kepada Allah yang telah menciptakan saya, menyempurnakan kejadian, memberi rezki, melindungi, dan menolong saya.
5. Kerana saya ingin ta’at kepada Rasul-Nya, pembimbing ummat dengan risalah beliau.
6. Untuk memperoleh Redha Allah (InsyaAllah).
7. Merupakan wujud tanda bersyukur atas nikmat-Nya yang tiada putus.
8. Seluruh ulama sepakat bahwa hukum mengenakan tudung itu wajib.
9. Agar kaum wanita menutup auratnya.
10. Bukan karena mahu bergaya.
11. Bukan karena mengikut trend.
12. Bukan karena berlagak baik.
13. Bukan kerana mahu menyembunyikan dosa .
14. Tidak sekadar bermaksud agar berbeza dari yang lain.
15. Meninggikan darjat wanita dari belenggu kehinaan yang hanya menjadi objek nafsu semata. 16. Tudung sesuai untuk semua wanita yang mau menjaga dirinya dari objek nafsu semata.
17. Saya ingin menjadi wanita solihah.
18. Saya tengah berusaha mencapai darjat taqwa.
19. Tudung adalah pakaian taqwa.
20. Tdung adalah identiti wanita muslimah.
21. Diawali dengan mengenakan tudung, saya ingin menapak jalan ke surga.
22. Menjauhkan diri dari azab panasnya api neraka di hari kemudian.
23. Istri-istri Rasulullah berbusana muslimah.
24. Para sahabiah (sahabat Rasulullah yang wanita) juga berbusana muslimah.
25. Mereka merupakan anutan seluruh muslimah, begitu juga saya.
26. Semoga Allah memberikan kepada kita balasan jannah yang sama seperti mereka.
27. Untuk meninggikan izzah Islam.
28. Untuk meninggikan izzah (kemuliaan) diri sebagai wanita (muslimah).
29. Tudung lebih melindungi diri.
30. Membuat saya lebih merasa aman.
31. Menjaga diri dari gangguan lelaki gatal.
32. Menjaga diri dari obyek pandangan lelaki yang hanya ingin ‘cuci mata’.
33. Menjaga diri dari objek syahwat lelaki.
34. Menjaga diri dari mata lelaki yang bernafsu.
35. Menjaga diri dari tangan-tangan lelaki yang ingin meraba.
36. Menghindar dari zina mata dan zina hati.
37. Merupakan pencegahan dari perbuatan zina itu sendiri.
38. Tudung dapat menghindari saya dari sikap-sikap yang negatif.
39. Tudung dapat menghapus keinginan-keinginan yang menyimpang.
40. Membuat saya lebih bersahaja.
41. Membuat saya lebih khusyu’.
42. Mejauhkan saya dari perbuatan dosa (insyaAllah).
43. Membuat saya malu bila berbuat dosa.
44. Mendekatkan saya pada Allah.
45. Mendekatkan saya pada Rasulullah.
46. Mendekatkan saya pada nabi-nabi-Nya.
47. Mendekatkan saya pada sesama muslim.
48. Mendekatkan saya pada ajaran Islam.
49. Membuat saya tetap ingin belajar tentang Islam.
50. Membuat saya selalu merasa haus akan ajaran Islam.
51. Membuat saya tetap ingin menjalankan ajaran Islam.
52. Ajaran Islam berlaku sepanjang masa, tidak ada yang kuno.
53. Tudung bukan sesuatu yang kuno.
54. Mengatakan Tudung itu kuno berarti telah menggugat undang2 Allah.
55. Allah Yang Maha Mengetahui lebih tahu apa yang terbaik bagi ummat-Nya.
56. Tudung, berarti menandakan kemajuan penerapan ajaran Islam di masa kini.
57. Merupakan satu barometer telah terbentuknya suatu lingkungan yang Islami.
58. Membezakan diri dari penganut agama lain.
59. Memudahkan dalam mengenali sesama saudari seiman.
60. Memperkuat tali silaturahmi dan ukuwah sesama muslimah.
61. Menghilangkan keraguan saya bila ingin menyapa saudari muslimah.
62. Memudahkan menanamkan rasa sayang-menyayangi sesama saudara/saudari seiman.
63. Membuat saya lebih terlihat anggun.
64. Membuat saya terlihat menyenangkan.
65. Membuat saya lebih terlihat wanita.
66. Tidak terlihat seperti laki-laki.
67. Membuat saya selalu berada dalam lingkungan yang Islami.
68. Tudung menjaga saya dari pergaulan yang salah.
69. Memudahkan saya, dengan ijin Allah, mengenal lelaki yang salih.
70. Wanita yang baik (solehah) dengan lelaki yang baik (solih) pula.
71. Mudah-mudahan saya diberi jodoh lelaki yang salih.
72. Jodoh merupakan urusan Allah.
73. Dengan keta’atan pada Allah, Allah akan memberikan kemudahan-Nya.
74. Memudahkan saya dalam berdakwah..
75. Membuat lebih mudah bergerak.
76. Tudung menjagaku sehingga tidak terlihat lekuk-lekuk tubuh
77. Sangat susah bila memakai pakaian wanita seperti trend saat ini (yang ketat).
78. Saya tidak suka memakai celana jeans.
79. Celana jeans yang ketat dapat menyebabkan cancer rahim karena suhu di sekitar rahim tidak beraturan (Panas).
80. Jimat masa dalam berpakaian.
81. Jimat masa dalam berhias.
82. Tidak perlu susah-susah selalu berusaha mengikuti trend mode yang berkembang.
83. Jimat biaya untuk membeli pakaian yang sedang trend.
84. Jimat biaya untuk membeli make up.
85. Melindungi kulit wajah dari make up yang dapat merusak kulit.
86. Melindungi kulit dari sengatan sinar matahari.
87. Meminimalkan penyakit cancer kulit.
88. Sengatan matahari dapat mengurangi kelembaban kulit sehingga kulit jadi kering.
89. Meminimalkan munculnya bintik-bintik hitam pada permukaan kulit akibat perubahan pigmen di usia tertenu.
90. Melindungi rambut dari debu-debu yang berterbangan.
91. Debu-debu itu dapat mengotori rambut dan menyebabkan rambut mudah kotor yang menyebabkan kebotakan.
92. Menuntun saya untuk hidup lebih sederhana.
93. Menghindari hidup yang membazir.
94. Membuat diri tidak silau dengan kemegahan dunia dan segala perhiasannya.
95. Membuat saya lebih memikirkan hal lain selain model dan perhiasan.
96. Menempatkan wanita menjadi subjek dalam proses pembangunan ummat.
97. Lebih mudah dalam menabung.
98. Memiliki kesempatan untuk melakukan ibadah haji.
99. Memiliki kesempatan lebih banyak untuk berinfaq dan sedekah.
100. Itu berarti lebih banyak beramal untuk bekal di hari kemudian.
101. Membuat saya merasa menjadi wanita seutuhnya. .

Sebenarnya, pasti alasannya lebih dari 101, lebih banyak dari itu...amin

Friday, January 14, 2011

Tips To Wake Up For Fajr "

Bismillahir Rahmanir Raheem

Assalamu Alaikum Wa Rahmath UllAhi Wabarkatahu

1 - Go To Sleep With Wadu.Perform Two Rakahs Salah And Ask Allah For Hidayah And Guidance.
2 - Recite At Least 10 Ayah Of The Holy Quran, Because Rasulullah Said To Recite Atleast 10 Ayah Of The Quran So You Don't Get Counted Amongst The Neglectful And Be in The State Of "ghaflah" (neglect).
3 - Catch The Jamat in The Masjid.Invite Others To Also Catch it.Rasulullah Says, Who Ever Performs Salatul Isha With Jamat And Performs Salatul Fajr With Jamat will Get The Ajar And Thawab (reward) For Doing Worship All Night. The Following Link Provides Further information About importance Of Salah With Jamat, click here.
4 - Make Sincere Dua To Allah Talah To Give You The Ability To Wake Up.Make Big intentions. Not Just "oh Allah Please Give Me The Ability To Wake Up For Fajr." Instead make intention for Tahajjud and/or catching Takbirullah in the Masjid.
5 - Do The Tasbeeh Of Fatimah Before Going To Sleep.
Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x & Allahu Akbar 33x. It Comes in The Narration That By Doing This Tiredness Will Be Removed After Waking Up.
6 - Go To Sleep Early Without Wasting Time And indulging in Frivolous Activities.It is Best To Go To Sleep immediately After Isha. Best Way To Feel Tired And Push One Self To Go To Sleep Early is When You Do Wake Up For Fajr, Stay Up And Not Go To Sleep Afterwards. By Doing This You Will Notice That By The Time You Hit Nightfall You Will Feel Tired And Automatically Fall Asleep.
7 - Avoid Using The Shaytaan Button
(the snooze button). The Only Thing This Does is Make You Miss The Time Of Fajr.
8 - Keep The Alarm Clock Away From Easy Reach. By Doing This, You Will Have To Get Out Of Bed.
9 - Don't Eat Late. Try To Eat AtLeast 2 Hours Before Going To Sleep. If You Eat And Go Straight To Sleep, You Will Feel Tired When Waking Up.
10 - SubhanalCreate A Cycle Of Calling And Ringing One Another. By This if Someone Does Wake Up And Perform Salatul Fajr, We Will Get The Ajar And Thawab (reward), Subhanallah!!!
11 - A Really Effective "wakerupper" is Doing Some Quick Pushups And Sittups. This Gets The Body immediately Rejuvenated.
12 - Ask Someone To Come And Wake You Up. For Example: Wife, Mother, Daughter, Husband, Etc.
13 - As Soon As You Wake Up, Rub Your Face With Your Hands. By Doing This, Sleep Will Ward Off. It is Sunnah To Do This And Recite Verses 190 - 194 From Surah Al-Imraan.
14 - Fight The Nafs And Get Up. Nafs Will Say " Few More Minutes." Those Few More Minutes Will Lead You To Miss Salah Completely.
15 - If The Above Tips Are Not Working, Make Your Bed Less Comfortable Atleast For Few Days..

Artikel lama dicadangkan untuk pembacaan

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Menjelang tahun baru, ramai yang menyambutnya. Samada hari pertama Januari ataupun Muharram, Islam tidak pernah menetapkan sambutan khusus buat tahun baru.

Tiada ibadat khas sempena tahun baru seperti solat tahun baru, atau puasa tahun baru. Ya, tidak menjadi masalah jika manusia ingin menyiapkan diri mereka menghadapi tahun baru. Mungkin mereka ingin menetapkkan sasaran, perancangan dan idaman.

Jika perancangan itu untuk kebaikan, seseorang akan memperolehi pahala. Begitulah sebaliknya. Jika tahun baru tidak datang pun, waktu dan hari tetap terus berputar dan tiada bezanya antara tahun lepas dan tahun ini. Ia terus berjalan seperti biasa sehingga sampai detik ia berhenti.

Umur setiap kita akan terus bertambah, samada menjelang tahun baru ataupun tidak. Jika tidak bertambah tahun, ia bertambah bulan. Jika tidak bertambah bulan, ia bertambah hari. Jika tidak bertambah hari, ia bertambah jam dan minit dan akan terus meningkat ke hari, bulan dan tahun.

Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.

Ya, hari dan waktu akan terus datang dan pergi. Jika jam, matahari dan bulan berhenti, masa tetap berjalan. Tiada makhluk yang dapat menghalang kedatangan waktu dan hari. Demikian tiada siapa pun yang dapat menahan ia pergi. Samada manusia menunggu untuk menyambut kedatangannya atau tidak mempedulikannya, ia tetap menjelang.

Demikian juga, waktu dan hari akan terus pergi sekalipun kita menyayanginya dan mengharapkan ia terus tunggu. Entah berapa banyak diari yang dicatatkan, entah berapa banyak sanjungan yang diberikan, entah berapa banyak kejian yang dilontarkan, dengan berlalunya waktu, ia menjadi sejarah dan kenangan.

Maka, entah berapa ramai manusia yang dipuji semalamnya, dilupai pada hari ini. Entah berapa ramai yang diperlekehkan semalam, disanjung pula pada hari ini. Berapa ramai mereka yang bongkak dan sombong semalam, hari ini berbicara bagaikan pengemis yang merintih simpati.

Demikian juga, entah berapa ramai yang diketepikan semalam, mungkin berkuasa atau diangkat pada hari ini. Wajah-wajah yang dahulunya comel dan cantik boleh berubah menjadi kusam dan masam. Tempat yang hening dan indah juga boleh bertukar menjadi sungul dan usang. Pemuda yang gagah akan bertukar menjadi orang tua yang mengah. Gadis yang cantek akan bertukar menjadi nenek. Perjalanan waktu dan masa adalah keajaiban ciptaan Tuhan.

Ramai orang lupa bahawa masa itu adalah makhluk Allah. Kita diciptakan dan diletakkan dalam perjalanan makhluk masa ini. Masa itu tiada siapa yang dapat menongkah pusingannya. Ia merubah segala-gala. Dari yang tiada kepada ada. Dari yang ada kepada tiada. Tiada siapa yang mampu menghalangnya melainkan Tuhan yang menciptakannya. Masa mengubah kita. Mengubah anggapan manusia sesama mereka. Ia mengubah perasaan dan rasa. Ia mengubah benci dan cinta. Ia mengubah gembira dan duka.

Namun waktu tidak boleh mengubah hakikat sesuatu di sisi Allah. Di sisi Allah, insan yang mulia tetap mulia walaupun manusia menghinanya. Insan yang keji tetap keji, walaupun manusia memberikannya kuasa dan harta. Seorang raja atau sultan yang meraikan harijadi setiap kali menjelang musimnya dengan menganugerahkan darjat dan pangkat kepada orang lain, belum tentu dia sendiri mendapat darjat dan pangkat yang tinggi di sisi Allah.

Mungkin belanja hari jadinya itu akan menjadi beban kepadanya pada hari akhirat kelak; dari mana wang itu datang dan bagaimana ia digunakan?! Seorang miskin di ceruk yang terpencil, mungkin tiada siapa yang mengambil tahu hari lahirnya dan tiada pula anugerah atau hadiah yang diperolehi.

Namun, itu bukan tanda kehinaan buatnya. Bahkan jika dia hamba Allah yang baik, umurnya dan waktunya dilimpahi pahala dan keberkatan. Ya, waktu dan masa akan terus menjelang, mengejar sang raja, juga mengejar si miskin yang tiada apa-apa. Mengejar kita semua untuk sampai ke perhentian masing-masing. Pabila sampai ke detik penghabisan, kita bertemu Tuhan. Ketika itu yang dinilai adalah hakikat yang sebenar, antara insan yang beruntung dan insan yang rugi.

Untuk itu Allah bersumpah dengan masa dan mengingatkan kita, siapa yang untung dan siapa yang rugi. Firman Allah dalam Surah al-‘Asr: (maksudnya)

“Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3).

Demikian Tuhan Pencipta masa memutuskan bahawa insan yang hidup dalam sistem masa ini akan kerugian. Apa yang dapat menyelamatkan mereka adalah apabila mereka penuhi ciri-ciri yang disebutkan; iman, amal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Ertinya, hidup bukan sekadar beriman dan beramal, tetapi hendaklah memperjuangkan tuntutan iman dan amal dengan melakukan peringatan, dakwah, seruan kepada kebenaran dan kesabaran. Kebenaran yang diajar oleh Allah dan rasulNya dan sabar dalam membahterai perjuangan kebenaran itu.

Jika sebahagian pengkaji cuba memahami dan membuktikan apa yang disebut oleh Albert Einstein dan Newton tentang teori relatif masa (relativity of time), Islam pula telah lama memperkatakan tentang keberkatan umur dan waktu. Mereka yang meterialis barangkali tidak dapat berfikir bagaimana mungkin masa seseorang insan dengan seorang yang lain berbeza. Bagaimana mungkin sejam si A lebih panjang daripada sejam si B?. Mereka kehairanan dan pemikiran materialistik memang tidak dapat menerima hal ini.

Dalam Islam ada istilah berkat atau barakah. Al-Quran berulang-ulang menyebut tentang keberkatan. Antaranya firman : (maksudnya)

“Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka keberkatan-keberkatan dari langit dan bumi”. (Surah al-A’raf, 96).

Allah perintahkan Nabi Nuh: (maksudnya)

“Dan berdoalah: Wahai Tuhanku, Turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat”. (Surah al-Mukminun 29).

Kata Nabi Isa: (maksudnya)

“Allah menjadikan aku ini diberkati di mana sahaja aku berada..” (Surah Maryam, 31).

Apakah itu berkat atau barakah dalam bahasa Arab? Asal perkataan barakah ialah bertambah atau berkembang. Juga boleh bermaksud berkekalan. Al-Asfahani (meninggal 425H) menyatakan ia bermaksud kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu. (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam).

Maka barakah adalah penambahan atau kelangsung kebaikan atau kurniaan Allah kepada sesuatu. Jika Allah berkati masa kita bererti berlaku penambahan dan kebaikan. Maka sejam yang diberkati tentu berbeza dengan sejam yang tidak diberkati. Setahun yang diberkati tentu berbeza dengan setahun yang tidak diberkati. Insan-insan yang berkhidmat untuk kemaslahatan manusia, Allah berkati umur mereka. Hasil yang dikeluarkan dan jasa ditaburkan kadang-kala tidak dapat dilakukan oleh orang lain walaupun jika berikan masa yang berganda.

Kita tidak boleh mengubah masa, tetapi kita boleh menjadi masa itu berkat dengan doa dan usaha-usaha yang ikhlas dan baik. Untuk merentasi kehidupan dan belantara masa banyak perkara kita tidak dapat duga. Kita mungkin merancang dengan perancangan yang hebat, tapi siapa yang dapat menjamin ia akan terjadi seperti yang dirancangkan.

Berapa banyak rancangan buruk orang kepada kita, Allah tukar ia menjadi keuntungan dan kebaikan. Betapa banyak rancangan yang hebat, Allah tukar ia menjadi kerdil.

Dunia ini bukan kita sahaja yang hidup. Berbagai rupa dugaan dan kerenah manusia yang lain. Saya yang dhaif ini sejak sekian lamanya amat tersentuh dengan doa Nabi s.a.w

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Telah saya kongsi ia dengan pembaca dulu. Doa ini sering menjadi teman di sepanjang waktu. Di setiap kesempatan yang mulia, saya lafazkannya. Saya kira saudara pembaca juga demikian. Menjelang tahu baru, moga Allah memberkati umur kita dan membantu segala urusan kita. Kita tidak boleh menongkah masa. Kita tidak boleh menghalang putaran masa. Kita tidak boleh menghentikan masa. Kita tidak boleh keluar dari sistem masa. Kita tidak boleh mengembalikan masa. Namun kita boleh memohon kepada Allah agar masa kita diberkati.

GEREJA KRISTIAN TERBESAR DI ASIA - BUKIT JALIL !!

Aku tergerak tuk buat entry pasal ni sebab aku pon bru tau td..d akhir tazkirah ustaz bgtahu pasal gereja ni..yg tgh proses nk disiapkan kt bukit jalil...korg tgk la sendiri !! n pikirlah mane yg baik utk korg semua n utk agama ISLAM kita !! aku takut sgt tgk web pasal gereja ni.. http://www.carvary.org.my/ aku rasa NWO (new world order) diorg da makin hampir pada saatnya...moga kamu semua bersedia mghadapi golongan pemuja dajal tu semua...ni bukan mende main2...mereka makin dekat...mereka ada dikalangan kita...beringatlah...kuatkanlah pegangan agama kamu...sentiasalah berzikir..menyebut nama ALLAH..moga hati kamu terhindar dari fitnah dajal...

bacalah! tgklah! fikirlah! sedarlah!! bertindaklah!

The Calvary Convention Centre Bukit Jalil
The Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities.

These activities include the hosting of international, regional and national conventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation’s young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia.

The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements.

The CCC is a non-profit project that is being developed by Calvary Church in line with the principles of the Rukun Negara, i.e. to inculcate spiritual values, right morals, good behaviour, social and civil responsibility.

The Calvary Convention Centre when completed will have a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational environment.

Location
The Calvary Convention Centre is located on a 4.9 acre piece of land within the identified International Zone at Bukit Jalil, in the southern part of Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. It is surrounded by parks and established institutions and is accessible by an excellent network of highways.

now in progress !!

location



tgk la ni !! nk tidur lagi keeee ???!!!!!!!!!!!!!!!! bangunlaaaa woooiiiiii !!!!!!!!!!




kamu tgkla ni semua....kenapa kamu masih xsedar?? kamu yakin ke kamu mampu hadapi fitnah dajal nanti? kamu tgklah...negara yg kamu bangga2kan dgn pembangunan ni!!! kamu tengokkk!!!!!!!! ni ke yg kamu semua cari ??? ni ke yg kamu semua nakkkk???

kamu yakin ke keluarga kamu nanti yg berada dekat dgn kwsn ni kuat tuk melawan syaitan2 tu semua???
kamu yakin ke anak2 kamu akan selamat d sana??? kamu tahu x slogan die ape???

"reaching the city of kuala lumpur and beyond"

tolonglah bangun dari angan2 kamu...
YA ALLAH....selamatkanlah kami semua daripada fitnah almasih aldajal...
kuatkanlah hati kami,,YA ALLAH...

sampai bila kamu masih mahu terus tidur???

sampai bila??

sampai ada dikalangan kamu yg tukar agama??

atau kamu ingin melihat saja??

atau kamu bangga dgn pembangunan negara membina gereja kristian terbesar di asia??

tolong kembali berpegang teguh pada
KALAM ALLAH..
KITAB SUCI ALQURAN...
kuatkan hati kamu semua...
kasihanlah pada iman kamu sendiri...
kamu ada aqal ke xde?
u choose!

Jangan terlalu cepat menghukum jika kita sendiri

Jangan terlalu cepat menghukum jika kita sendiri tidak pernah menghulurkan sumbangan pada mana mana Pusat Tahfiz Semoga kita ambil ikti...