Thursday, December 09, 2010

Majlis anak yatim sempena 10 Muharram

Assallamualaikum,


Kepada Tuan / Puan yang dirahmati Allah S.W.T
Kami ingin maklumkan sambutan majlis meraikan anak – anak yatim & fakir miskin .
Seperti tahun-tahun yang lepas, sumbangan daripada org ramai akan
menaja anak-anak ini untuk kembali ke sekolah bagi sesi 2011,penajaan berupa
pakaian seragam, kasut, stokin, beg dan alat-alat tulis dengan ini bermakna
pihak penganjur memerlukan peruntukan yang banyak bagi membiayai majlis ini.

Kami dengan ini merayu tuan-tuan serta puan-puan untuk menyumbang
kepada majlis di bawah atau hadir di majlis tersebut dengan sumbangan
daripada tuan / puan bagi 80 – 100 anak – anak yatim & fakir miskin. Sumbangan boleh
berupa apa saja dan mereka sangat berbesar hati menerimanya. ( Tahun ke 11)


Penganjur : Ikhwan Ahmadiah Al Idrisiyyah & Pertubuhan Murid2 Kitab Turath
Tarikh : 15/12/2010
Bertempat : Al Madrasah Al Hasanah , Pdg Temu , Melaka
Masa : Selepas Solat Maghrib


SEMOGA KEHADIRAN TUAN/PUAN DIREDHAI OLEH ALLAH SWT , KETERANGAN LANJUT
SILA HUBUNGI NAMA DI BAWAH:-

Al Fadil Ustaz Hasbullah Mohd Ali Tel : 012-6887298
Al Fadil Ustaz Fuad Ebnu Ali Tel : 017-6367400
En. Yusri Tel : 012-3700184
En. Kamil Tel : 012-3615747
En. Mohd Puat Tel : 019-6668870

Moga – moga dengan segala sumbangan yang dihulurkan tersebut diterima oleh
Allah s.w.t, sebagai tanda terima kasih kita terhadap rezeki yang dikurniakan oleh
Allah s.w.t. kepada kita selama ini.

MOHON DI PANJANGKAN EMAIL INI KEPADA RAKAN MUSLIM ANDA

Sekian
Otam

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda