Friday, November 26, 2010

Penjaga Kunci Kaabah Meninggal Dunia


Syaikh Abdul Aziz Al-Syaibi (sebelah kiri)

Syaikh Abdulaziz Al-Syaibi, penjaga kunci Kaa'bah telah meninggal dunia pada hari Ahad pagi (7/11) dalam usia 82 tahun. Tubuhnya dimakamkan di pemakaman Maalla setelah disolat jenazahkan di Masjidil Haram.
Keluarga Al-Syaibi telah memegang posisi penjaga kunci Ka'bah sejak zaman Jahiliyah (masa pra-Islam). Jawatan ini diwariskan oleh anggota tertua dari keluarga dan tidak diberikan dari ayah ke anak. Umur merupakan landasan untuk mendapatkan warisan sebagai penjaga kunci Kaa'bah.

Semua penguasa Muslim menghormati keluarga Al-Syaibi yang menjadi penjaga Ka'bah Suci dan kuncinya. Keluarga penjaga saat ini terhubung dengan Utsman bin Syaiba Abithalha yang hidup pada masa Nabi Muhammad (saw).

Keluarga Al-Syaibi telah memegang posisi sejak masa Qusay bin Kilab yang hidup sebelum Nabi Muhammad (saw). Raja Faisal memberikan kunci Ka'bah kepada Syaikh Amin, saudara Abdulaziz Al-Syaibi. Syaikh Abdulaziz Al-Syaibi telah menjaga kunci Ka'bah selama 16 tahun terakhir. Sedangkan keluarga Al-Syaibi telah melayani sebagai penjaga Ka'bah suci selama 15 abad terakhir. Ada 370 anggota keluarga Al-Syaibi dan sebagian besar dari mereka tinggal di Mekkah.

Ka'bah dibersihkan dua kali dalam setahun, sekali dalam pertengahan bulan Sya'ban dan yang kedua di tengah bulan Dzul Qaidah menggunakan air Zamzam yang dicampur dengan air mawar dan wangian dengan Oud.

Menurut Abdulaziz, Kaa'bah tetap terbuka tiga kali dalam sebulan bagi masyarakat untuk masuk dan berdoa di dalamnya. Tetapi ketika jumlah orang yang ingin memasuki bangunan suci tersebut meningkat, Kaa'bah kembali ditutup.

Kunci Kaa'bah tidak berubah dengan perubahan pintu. Selama masa Raja Khalid, pintu telah diubah tetapi kuncinya tetap tidak berubah. Pintu Ka'bah selebar 2,40 meter dan tinggi 1,70 meter.Pintu ini terbuat dari emas murni.(fq/arabnews)

Memikul Nafsu

.Rab, 24 Nov 2010 12:36 | mizz | Editor: RaIdAh

Suatu hari, seorang pemuda diserahkan oleh bapanya kepada seorang guru sufi untuk dididik cara mengawal nafsunya.
"Siapkan bekalan. Mari ikut saya bermusafir," kata guru sufi itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya.
Pemuda itu agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yang jauh ke madrasah guru sufi itu.
"Apa yang perlu saya bawa?"
"Bawa pakaian sehelai dua," jawab guru sufi.
Mereka pun memulakan perjalanan yang agak jauh. Setelah agak lama,mereka menemui satu bukit yang agak tinggi.
"Kita akan mendaki bukit ini."

"Mana jalannya?"
"Kita susuri jalan di tepi lereng bukit," kata guru sufi.
"Nanti, nanti... saya sangat keletihan. Alangkah baik jika ada keldai. Kita boleh menunggangnya."
"Kamu hendak menunggang keldai? Baiklah, mari kita membelinya dahulu."
Dalam hatinya berasa lega, dia tidak akan terpaksa berjalan lagi. Dia sangat-sangat keletihan. Setelah guru sufi membeli dua ekor keldai, dia pun berkata, "Sekarang ada dua ekor keldai. Saya akan menunggang salah seekor daripadanya..."
"Dan saya akan menunggang seekor lagi," pintas pemuda itu.
"Tidak!" kata guru sufi itu.
"Mengapa?"
"Jangan bertanya, patuh saja!"
Pemuda itu terkejut, tapi tidak berani melawan.
"Habis, kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa membawa apa-apa beban?"
"Tidak, sebaliknya kamulah yang akan memikulnya!"
"Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi itu?"
"Ya. Pikul keldai itu dan naik ke atas bukit," jawab guru sufi itu pendek dan tajam.
Maka dengan susah payah, dia memikul keldai itu sambil menyusuri jalan di tepi lereng bukit itu. Termengah-mengah. Dia benar-benar keletihan. Sebaliknya guru sufi bersantai-santai menaiki keldainya berjalan di hadapan pemuda itu. Belum sampai separuh perjalanan,pemuda itu pun jatuh keletihan. Dia hampir pengsan. Setelah merawat si pemuda dan memberinya minuman,guru sufi itu pun berkata, "Anakku,keldai itu umpama nafsumu. Allah ciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggangi olehnya."
"Maksud tuan?"
"Dengan menurut nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati dan badanmu akan kelelahan. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Lepas satu-satu kehendak dan kerenahnya. Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yang tinggi."
Pemuda itu terdiam.
"Sebaliknya, jika kau menunggangi nafsu dengan mengawal dan menguruskannya, kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan. Nafsu berguna selagi dia menjadi hamba tetapi apabila dijadikan tuan, apalagi tuhan, maka hidup kita akan dihancurinya."
"Seperti saya yang memikul keldai tadi?"
"Ya. Dan lihat pula betapa mudahnya menyusuri jalan di lereng bukit itu dengan menaiki keldai. Begitulah nafsu apabila dikawal dan digunakan ke arah kebaikan."
"Ya,ya. Orang yang mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai menaiki bukit!"

PENGAJARAN: Nafsu adalah sebahagian daripada diri kita yang jika tidak dikawal akan menyusahkan kita. Oleh sebab itu, kawallah nafsu bukan kita dikawalnya.

- Artikel iluvislam.com

Friday, November 19, 2010

Pondok Warisan di IKIM.fm

Munyatul Musolli
Adakah anda peminat setia Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia [IKIM]? Walaupun ramai yang mempunyai pendapat Pro & Kontra mengenai kewujudan radio ini. IKIM.fm adalah satu-satunya radio yang berunsurkan Islam di Malaysia. Banyak program-program yang  menarik disiarkan di IKIM.fm ini diantaranya :

  • Tafsir Al-Quran
  • Furqan
  • Hayya Bil Arabiah
  • Durus Arabiah
  • Tafakuh Fiddin
  • Taklimul Quran
  • Tadarus Al-Quran
  • Pondok Warisan
Lihat senarai program penuh di : Jadual Program IKIM.fm
Saya amat tertarik dengan program “Pondok Warisan” yang baru sahaja disiarkan di IKIM.fm mulai tahun 2010 ini. Rancangan ini diterbitkan dengan tujuan untuk menghidupkan kembali kaedah belajar secara bertalaqqi (menadah kitab) seperti yang telah diamalkan di pondok-pondok sejak zaman datuk nenek kita dahulu. Kitab yang digunakan untuk program Pondok Warisan secara talaqqi ini adalah kitab Muniatul Musalli karangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatoni.
ustmadani
Kitab ini akan dibahaskan oleh Dr. Abdul Basit Bin Hj. Abdul Rahman. Beliau merupakan pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Beliau mempunyai blog peribadi iaitu : Abu Anas Madani.
Sejarah Pendidikan Dr. Abdul Basit Bin Hj. Abdul Rahman.
  1. Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan
  2. BA (Syariah) Universiti Islam Madinah
  3. MA (Syariah) Universiti Islam Madinah
  4. Ph.D (Syariah) Universiti Islam Madinah
Slot ini disiarkan selama 1 jam setiap hari Isnin dari pukul 10.00 – 11.00 malam. Saya amat mengesyorkan agar anda dapat meluangkan masa mendengarnya kerana topik dan perbahasannya amat menarik.
545651E8062E086533AE763517E5D958
Nota : Jika di Melaka , anda boleh tadah telinga anda kitab - kitab nie di di pondok Pdg Temu , tiap - tiap malam..www.pmkt.com.my

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

Posted by sk kg dew

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.


Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari-Hans.

MENCARI KESEMPURNAAN DIRI DI DUNIA DAN AKHIRAT

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S. A. W yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.


Maka baginda S. A. W telah berkata kepadanya Tanyalah apa yang engkau kehendaki :

1. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S. A. W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

2. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S. A. W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

3. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S. A. W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

4. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S. A. W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

5. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah
Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

6. Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S. A. W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

7. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin
(baik )
Baginda S. A. W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin

8. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda S. A. W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

9. Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S. A. W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

10. Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Baginda S. A. W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

11. Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S. A. W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

12. Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu

13. Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S. A. W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

14. Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

15. Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu

16. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S. A. W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

17. Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat
Baginda S. A. W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

18. Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S. A. W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

19. Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Baginda S. A. W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

20. Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S. A. W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

21. Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S. A. W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )

22.Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S. A. W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

23. Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Baginda S. A. W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang

24. Dia berkata: Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S. A. W menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanfaat selain hadis ini....

Masjid tahan serangan bom atom dan gempa bumi!









Mengenai artikel di isuhangat kisah Masjid yang terselamat dari bencana tsunamisemalam, saya dibuzz oleh seseorang yang memberitahu mengenai masjid yang selamat dari bencana gempa bumi di Jepun. Setelah membrowsing saya terjumpa masjid yang dinyatakan tersebut iaitu Masjid Kobe di Jepun, tapi maklumat yang saya dapat lebih memeranjatkan dan menunjukkan kekuasaan Allah Taala. Masjid Kobe di Jepun bukan sahaja tahan gegaran gempa bumi tetapi masjid ini terselamat dari bom atom! Subhanallah!



Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku.

Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua. Serangan Jepun atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika Syarikat telah membuat kerajaan Amerika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama kali dalam sejarah dunia.

Jepun pun menyerah kalah, tentera Jepun yang berada di Malaya pun sama terlibat turut pulang. Dua bandarnya, Nagasaki dan Hiroshima dibom dengan bom atom oleh Amerika. Semasa itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya. Boleh dikata Kobe menjadi padang jarak padang terkukur.

Ketika bangunan di sekitarnya musnah sama sekali, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca tingkapnya pecah. Bahagian luar masjid

menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di bilik bawah tanah masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat pelarian mangsa perang.



Kerajaan Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana membaikpulih dalam jumlah yang besar. Kaca-kaca tingkap yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela baru yang didatangkan terus dari German. Sebuah lampu hiasan baru digantungkan di tengah ruangan solat utama. Sistem pengatur suhu bilik juga diletakkan di masjid ini.

Sekolah yang hancur akibat perang kembali dibaikpulih dan beberapa bangunan tambahan pun mula dibina. Umat Islam kembali menikmati kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Kobe.

Krisis kewangan sering menghimpit ahli jawatankuasa masjid. Cukai bangunan yang tinggi membuat jawatankuasa masjid perlu mengeluarkan cukup banyak bayaran dari simpanannya. Banyak sumbangan dihulurkan untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan mengubah suai masjid ini. Sumbangannya menjadikan Masjid Kobe menjadi semakin berkembang.

Pada tahun 1995, kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan gempa bumi paling dahsyat. Tepatnya pada pukul 5.46 pagi, Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lain-lain.


Meski hanya berlaku selama 20 saat, namun gempa ini mengorbankan seramai 6,433 orang, yang sebahagian besarnya merupakan penduduk bandar Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar bandar seluas 20 km dari pusat gempa.

Gempa bumi itu adalah kedua terburuk di Jepun selepas gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak gempa bumi besar Kanto 1923 yang mengorbankan 140,000 orang.

Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak bergoyah meskipun dilanyak dari berbagai bencana. Semoga dakwah Islam di Jepun seteguh masjid ini.

Gambar Masjid Kobe sekarang.





Thursday, November 18, 2010

Apabila muslimah berani beraksi

Siapa di sini yang tidak pernah mengenali youtube, satu medium perkongsian video yang cukup terkenal sekali. Jika mulanya kita sekadar menonton video-video orang lain, tetapi kini kita sudah berani mengupload video sendiri. Pelbagai kegunaan dipraktikkan, baik dari segi hiburan, pendidikan, komersial, malah juga untuk tujuan dakwah. Namun, sejak akhir-akhir ini pula muncul satu trend untuk mempopularkan diri dengan youtube. Mereka ini muncul dengan pelbagai kreativiti, antaranya menyanyi, menari, malah miming juga turut dijadikan modal untuk menjadi popular. Amat malang sekali apabila trend sebegini telah menjangkiti kaum muslimah yang kita sayangi. Dikalangan mereka ini, ada yang muncul dengan membawa imej islamik, penampilan dengan baju kurung serta bertudung labuh sambil memegang gitar!

Respon ramai yang membimbangkan
Apabila melihat jumlah bilangan yang telah menonton video aksi muslimah tersebut telah mencecah hampir 100,000, di sini lahir suatu kehairanan. Betapa jumlah mereka yang tertarik pada video sebegini lebih tinggi mengatasi video-video lain yang cukup hebat seperti video kuliah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim, Dr. Maza dan lain-lain lagi. Jumlah bilangan yang ramai ini seolah-olah memberi restu kepada penggiat video-video sebegini sehinggalah mereka berani tampil membuat fan page sendiri seperti yang terdapat di laman sosial facebook.
Terlampau banyak komen disalurkan tanda sokongan mereka. "suara awak ni sedaplah", "comel la awak ni", "pandai awak main gitar", "jarang perempuan bertuduh labuh macam awak" dan macam-macam komen pujian melangit diberikan. Dan si muslimah tadi, tersipu-sipu malu kononnya tidak mengharapkan pujian-pujian sebegitu tetapi berani pula berjanji untuk berusaha membuat persembahan video yang lebih baik lagi.
Apabila muncul si pengomen-pengomen yang menegur akan tindakan muslimah itu, maka si pengomen yang mempertahankan si muslimah tadi akan mencantas mereka. “Malaikat internet!”, itulah gelaran yang diberi mereka. Pelbagai hujah diberi untuk mempertahankan si muslimah tadi dengan mengatakan suara bukan aurat, membandingkan dengan pertandingan tilawah quran, menyatakan dakwah cara baru dan sebagainya. Alangkah jahilnya mereka menyempitkan definisi penutupan aurat. Bagi mereka, asalkan memakai tudung, maka telah terlepasnya tanggungjawab penutupan aurat. Buat mereka ini, saya berharap anda tidak membawa ‘fatwa’ baru dan dinasihati merujuk pada ustaz yang lebih arif lagi sebelum menjadi penyokong tegar!

Mainan sentimen
Apabila si muslimah ini yang bertindak sebagai perintis tampak berjaya di pentas, muncul pula si peniru-peniru yang lain, berharap dapat muncul popular seperti yang dihadapi oleh si perintis itu. Cubalah buka satu video si muslimah ini, nescaya akan muncul suggestions di belah tepi mempamerkan deretan pelbagai wajah muslimah, bertudung sambil memegang gitar.
Malangnya segelintir daripada mereka tidak mengalami nasib yang sama. Apakan daya, selain suara tidak sedap, wajah pun kurang comel, maka mereka dikritik begitu teruk sekali. Berderet fan page anti beliau diwujudkan di facebook semata-mata kerana menyampah akan muslimah seorang ini.
Di sini, jelas kita boleh melihat betapa berbezanya respon terhadap dua ‘darjat’ muslimah ini, padahal hukum agama yang perlu ditegakkan adalah tetap sama. Apakah masyarakat kita lebih ‘redha’ akan kemunculan wajah yang lebih komersial berbanding wajah kampungan? Mereka ini memang lebih suka meletak ke tepi hukum hakam, asalkan dapat memenuhi kepusan nafsu diri sendiri terlebih dahulu!

Pelaburan dosa
Buat muslimah yang sudah terjebak, ketahuilah terdapat sesuatu yang unik mengenai salah satu fungsi youtube iaitu total views. Tahukah anda, ianya mempamerkan bilangan pengunjung yang telah menonton sesuatu video? Apa signifikannya fungsi ini? Ya, ianya dapat menganggar dosa anda! Jikalau 1 view adalah bersamaan dengan 1 pandangan lelaki bukan mahram, maka 1 view juga adalah bersamaan dengan 1 dosa (anggaran). Sudahkah anda dapat mengganggarkan jumlah dosa anda sekiranya view video tersebut mencecah 100,000 views? Ini belum lagi, ditambah dengan video yang diupload secara berasingan di laman-laman sosial seperti facebook dan juga blog. Malah sekiranya, penonton mendownloadnya secara peribadi dan ditonton berulang-ulang serta diedar kepada kawan-kawan yang lain, tentu lebih padah lagi!
Juga buat peminat-peminat mereka ini, cukuplah dengan ‘keredhaan’ anda itu. Sekiranya anda berterusan menyokong kebathilan tersebut, secara tak langsung anda turut menyumbang kepada pelaburan dosa tersebut. Kita sangat bimbang sekiranya fenomena itu berlaku secara berterusan, akan menyebabkan sesuatu kebiasaan muslimah menonjolkan bakat terpendam mereka dikhayalak ramai. Cukuplah dengan suggestions video yang berlambak-lambak itu, benar-benar mencemarkan imej seorang muslimah itu sendiri.
***
Youtube, suatu teknologi ciptaan yahudi yang cukup hebat sekali. Namun, bukanlah untuk menyalahkan yahudi, juga bukan untuk menafikan hak anda untuk menggunakan youtube. Tetapi setiap penggunaannya, hendaklah dilaksanakan dalam kerangka yang betul. Islam tidak pernah menghalang kita untuk berhibur, bergembira dan berseronok tetapi hendaklah di dalam patuhan syariat yang ditetapkan. Mengapa perlu memberi tahu seluruh dunia akan kelunakan suara, kecomelan wajah, kemantapan skil bermain gitar dan kemahiran-kemahiran lain anda yang mengagumkan itu? Cukuplah sekadar keluarga, kawan-kawan sejantina serta bakal suami anda sahaja yang menyaksikannya.

Sudah tiba masanya anda memahami bagaimana dosa anda dapat digandakan hanya dengan satu upload video!

Gelang

Assalamu'alaikum.....


Untuk renungan dan perbincangan bersama..... Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh  menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.:
Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki
berkenaan. "Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri
anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya."
Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 dan sewaktu denganya  pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan
pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya
faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet atau tangsten kabite
6) Gelang Besi Tabung Haji atau mana - mana besi (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat,maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

wallhualam.
Ustaz Zainuddin Hashim

Sunday, November 14, 2010

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki.........Hmmmm Benar ???

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.  

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. 

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

 22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

 27. Senjata wanita adalah airmata!! 

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Saturday, November 06, 2010

Sebab2 Kenapa Lelaki Suka Tengok Badan Wanita !!!

budakjengka_88@yahoo.com
 
Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.
 
Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu
dapat memikat hati lelaki.
 
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
 
Jadi untuk mengawal nafsu,
mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah
dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
 
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.
 
Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat
seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut
wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki
akan rambut wanita berkenaan.
 
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup,
maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan
melabuhkan tudungnya.
 
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung
tidak kelihatan,dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga
terlihat bentuk pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar,
kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,
walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,
walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan,
entah tak tahu Kenapa?
 
Mata lelaki ini nakal,
setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan melabuhkan kain,
atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah,
agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada
pandangan lelaki.
 
Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah,
kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh,
takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.
 
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,
iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan
jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada
pada perempuan.
 
Maka oleh itu wahai perempuan,
tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah,
jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu,
dan perlu diingatkan,
jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai,
perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,
keluarlah dengan mahram,
atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar,
mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.
 
Seperti firman Allah,
"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat,
dan pada kaum lelaki,
mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah,
kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
 
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…
 
wasalam………………….
 
ini la cerita serba ringkas tentang perempuan yang memperhambakan diri sendiri utk lelaki yg tak meminta(tapi dah rezeki kat depan mata,bodoh la sapa yang menolak.. )..
__._,_.___

Tuesday, November 02, 2010

Jadi Ayah Yang Berkesan

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:




Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan







Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen ?penyelesai masalah' yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya

Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri

Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.





Rahsia Jadi Ayah Yang Berkesan





Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai `kebapaan' ada beberapa rahsia menjadi ayah yang berkesan:-



Bapa yang komited dan bertanggungjawab.



Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab



Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga ? jangan lah sampai bapa tu sendiri confuse dgn peranan dia



Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumahtangga, disamping ibu mereka ? setakat beritahu tak cukup, tunjuk tu yang penting, nih basuh pinggan pun tak, kesian kat bini, nanti anak ingat basuh pinggan je keje mak dia. Tak jatuh nye macho kalau basuh pinggan..



Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika anda terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah ? ini tidak bila anak tegur kita naik angin sedangkan dia perlu tahu yang mana kesilapan dan cara untuk mengelakkannya. .



Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas dirumah. Bayangkan `hadiah' atau `anugerah' yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang! ? ini bukan setakat saja-saja taknak kasi anak jadik jahat ke pelik ke tapi adalah untuk menunaikan amanah ALLAH



Kenali anak anda.



Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda



Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka ? malang sungguh bagi bapa yang hanya diam tak beri respon dgn setiap kelakuan anak. Belajarlah berkomunikasi dengan anak



Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing ? yang ni memang penting sbb dengan cara ni, anak2 tidak akan pergi jauh dari kita dan kita pulak banyak reporter tentang sebarang kelakuan mereka. Lagipun, kan lebih baik rumah kita dijadikan port untuk anak2 dan kawan mereka dari mereka membuang masa di tempat yang kita tak tau



Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka



Istiqamah (tetap pendirian)

Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten. Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu



hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan) ? ini tidak, sikit2 melenting macam nak rak padahal salah anak ciput aje. Bab ni, mungkin suami isteri perlu saling tegur menegur tentang cara komunikasi dengan anak-anak



sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan) ? buatla agenda harian (eg solat jemaah subuh), agenda mingguan (eg ramai2 ke pasar), bulanan (eg gotong royong) dan jadilah orang yang paling disiplin sekali supaya anak mesra dgn kita



kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti



Melindungi, menyara dan mendoakan ? doa kita dan restu kita akan mengiringi anak2?sayangilah mereka



Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah



Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya `mengajar' anak menangani krisis



Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat



Mencintai ibu mereka. Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna



Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan `keibubapaan' , bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak. Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.



Menjadi pendengar yang baik



Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia



Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan



Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka berhak untuk didengari dan diberi perhatian



Jadikan diri anda `pemimpin' kerohanian.



Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan `keimanan' dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama



Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah



Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid



Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit

Penilaian Dalam Hidup Perlukan Berbandingan Positif

Bismillahirahmanirr ahim

Dalam hidup perlukan berbandingan positif. Positif yang bagaimana? Positif dalam keadaan sekeliling kita. Melihat dan membuat andaian. Begitu juga dalam penilaian dan mengatur cara dengan sebaiknya. Bukan sahaja dalam bentuk aspek nasihat tapi juga bicara.


Disini kita dapat berbandingan dengan berapa contoh dibawah ini:-

1. Penilaian yang seimbangan dalam membentuk kejayaan dan Motivasi dalam jiwa kita dan niat kita terletak dengan niat seikhlasnya.

2. Penilaian dalam segi mentaliti dan pendidikan, baik pada keluarga, anak anak, teman teman dan semua golongan.

3. Penilaian dalam berbandingan bercorakan positif samaada dalam kata contoh, kiasan, peribahasa dan lain lain.

4. Penilaian kita dalam pemikiran yang bisa mencernakan masalah dengan cara yang baik.

5. Penilaian dari segi aspek keperibadian contoh yang bisa dipengaruhi dengan cara kita menyampaikan sesuatu bukan dengan cara peribadi tapi cara Body Language dan akhlak kita.

6. Penilaian yang panjang untuk kita berusaha mencari jawapannya bukan ambil jalan Short Cut.



Dari tausiyah kelas tafsiran Ustaz Shafi Dari surah Yassin ayat ke 13 :

Wadlrib lahum matsalan ashhaabal qarya, idz jaa-ahal mursaluun.

Dan buatlah bagi mereka suatu perumpamaan, yaitu penduduk suatu negeri ketika utusan-utusan datang kepada mereka.

Wadlrib bermaksud buatlah, contohilah dan sampaikanlah bukan sahaja dari segi penyampaian dakwah tapi juga dalam segi aspek berpendidikan dalam keluarga juga anak anak. Berkaitkan berbandingan itu dengan kejadian sejarah sejarah yang pernah berlaku dan juga orang orang sekeliling kita

Seperti saya tulis 6 penilaian yang membolehkan kita menjadikan nasihat. Sebagai contoh keperibadian. Kalau kita menyampaikan nasihat dan sebagainya. Lihat apakah kita melakukannya bersama, dimana kita sekarang ini berada dan apakah kita juga melakukannya? Itu penting .. seperti umpama Ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus tapi dia masih berjalan serong. Penilaian dalam sampaian haruslah seimbangan dan boleh masuk akal juga tidak menyakitkan. Berbandingan yang tidak pada negatif pada negatif tapi negatif pada positif. Seumpamanya lagi dalam pepatah melayu yang tidak bisa jadikan teladan. Kerana Nila setitik, Rosak susu sebelangah dan kita perlukan bersikap positif Dalam setandang pisang tidak semuanya busuk. Itulah cara kita perlu sampaikan sesuatu mesej pada sesiapa sahaja perlukan ada penilaian yang positif dan terus bermotivasi supaya tidak ada perasaan putus asa. Wallahualam

Wabillahi Taufiq wal hidayah, assalamualaikum wr. wb



Jazakillah Khair

Salbiah Sirat


"Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn majah,

Rasulullaah menyatakan jika cinta disandarkan kepada

harta boleh menyebabkan sombong diri,

jika disebabkan kedudukan ataupun kemuliaan yang sementara,

Allah akan memberikan kehinaan di pertengahan dan jika cantik yang menjadi

sandaran boleh mendatangkan kecelakaan".

Tahukah Anda 77 Petua Ini

1. JANGAN BERLAPAR




Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle' (otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi





2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN





Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.





3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI





Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.





4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS





Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.





5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM





Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.





6. AMBIL SARAPAN PAGI





Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi.





Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.





7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN





Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.





8. Kunyah makanan kepada cebisan lebih keci Kunyahlah makanan kepada





cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.





9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya





sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.





10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.





11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.





12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.





13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.





14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet





15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.





16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.





17. Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda.





Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.





18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.





19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.





20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!





21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.





22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.





23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.





24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.





25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing





i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki





tidak melecet dan sihat





ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik





tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif





iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas





yang dalam





iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi





yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah





v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang





lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.





PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING





Berat yang Berlebihan





Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.





26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.





27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.





28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas.





Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.





29. Nak Turunkan Berat Badan Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu





30. Badan Langsing Selepas Bersalin





Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut





:





Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.





Tumbuk kesemua sehingga lumat.





Perahkan air Limau Nipis.





Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.





31. Mengurangkan buncit





Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati.





Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.





32. Mengempiskan Perut





Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum.





Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.





Selamat mencuba





33. Kempiskan Perut Anda





Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam.





Insyaallah perut anda akan lebih menarik.





PETUA KECANTIKAN WAJAH





34. Menghilangkan Parut Jerawat





Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.





35. Menghilangkan Tahi Lalat





Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!





36. Bibir Merah Semulajadi





Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.





37. Melebatkan Bulu Kening





Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.





38. Licin Berseri





Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.





39. Naikkan Seri Wajah/Muka





Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu.....







40. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.





41. Menghilangkan Lebam Bawah Mata





Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.





42. Melicinkan Wajah





Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.





43. Memerahkan Bibir Yang Hitam





Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.





44. Menghilangkan Lebam di Bibir





Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu.





Selamat mencuba.





45. Memerahkan Bibir





Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik.





Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih





46. Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening Caranya mudah saja...ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.





47. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak





1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan





sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.





2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum





pada setiap pagi insyaallah mujarab.





48. Mencantikkan Kulit Muka





Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.





1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering





2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali





lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari





insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.





49. Menyerikan Wajah





Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.





50. Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang...tapi kena rajin mengamalkan nya...Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.





51. Petua Awet Muda





Bangun pagi dari tidur...minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.





52. Muka Berseri





Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.





53. Sentiasa Muda





Ramai wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi





) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda





54. Nampak Muda





Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.





55. Sentiasa Awet Muda





Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.





56. Kulit Sentiasa Tegang





Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka.





Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.





57. Muda Jelita Sentiasa





Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam





- ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.





58. Wajah Jelita





Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain





59. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah... ...lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.





60. Memutihkan Kulit Muka





Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.





61. Menghaluskan Kulit Muka





Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan. Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.





PETUA DAN KESIHATAN JANGKA PANJANG





Menurunkan Darah Tinggi





62. Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.





63. Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.





64. Makanlah biji buah Peria.





65. Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.





66. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.





67. Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.





68. Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.





69. Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.





70. Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.





71. Juga Untuk Menurunkan Darah Tinggi





Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.





72. Menghilangkan Kencing Manis





Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan.





Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadapi penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal.





73. Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit Gastrik Jika anda kerap mengalami masalah gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual), amalkan makan tepat pada masanya, contoh : jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan. .. insyallah gastrik akan hilang... ia daripada pengalaman saya sendiri...kini gastrik tiada lagi!





74. Tajamkan Penglihatan





Amalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.





75. Melawaskan Kencing





Untuk melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum ayer itu. InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.





76. Menurunkan Darah Tinggi





Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari, Insyaallah dengan izin Allah, selamat mencuba.





77. Menghilangkan Sakit Kencing Manis





Jika ada mengalami sakit kencing manis, sila ambil beberapa helai daun jarak rebus sehingga mendidih dan bersanguhlah/ bertengkumus ( bertengkumus maksudnya berselubung ) selama setengah jam, sehingga badan berpeluh pada setiap pagi iaitu sebelum matahari terbit. ( Semasa bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa memakai baju). Dan amalkanlah selama satu bulan.

100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

01.  Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02.  Bersabar apabila mendapat kesulitan;

03.  Tawakal apabila membuat perancangan;

04.  Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati tenggelam dalam
     kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08. Jangan cemburu dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri hati di atas kejayaan
     orang;

10. Jangan sombong kalau memperolehi kejayaan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu
     kedudukan;

13. Jangan hancur kerana kezaliman;

14. Jangan goyah kerana fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang
    melebihi kemampuan diri;

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri daripada dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa
    kecil;

22. Perbanyakkan berkunjung ke rumah Allah
    (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu';

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah
    di masjid;

25. Biasakan solat malam;

26. Perbanyakkan zikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada
    Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak
    berlebih-lebihan;

32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah
    kerana Allah;

33. Berlatihlah mengawal fikiran;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan
    mintalah maaf apabila tidak dapat dipenuhi
    kerana sesuatu sebab ;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan
    iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlalu takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlalu takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

42. Berlakulah adil dalam segala urusan;

43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

46. Perbanyakkan silaturrahim;

47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

48. Bicaralah secukupnya;

49. Beristeri/bersuami/berpoligami kalau sudah siap
    segala-galanya;

50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan
    waktu;

51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;

53. Sediakan waktu untuk bersama dengan keluarga;

54. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan
    tidak berlebihan;

55. Hormatilah guru dan ulama;

56. Sering berselawat ke atas nabi;

57. Cintai keluarga Nabi saw;

58. Jangan terlalu banyak berhutang;

59. Jangan terlalu mudah berjanji;

60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar
    bahawa kehidupan dunia adalah sementara;

61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang
    tidak bermanfaat seperti mengucapkan ungkapan
    yang tidak berguna;
62. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan
    beristighfar;

64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah
     mampu;

65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada
    kita;

66. Jangan berdendam dan jangan ada keinginan
    membalas kejahatan dengan;

67. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan
    pendiriannya;

68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

69. Berlatih untuk berterus-terang dalam
    menentukan sesuatu pilihan;

70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah
    mereka yang mendapat kesulitan;

71. Jangan melukai hati orang lain;

72. Jangan membiasakan berkata dusta;

73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan
    mendapatkan kerugian;

74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

75. Laksanakan segala tugas dengan penuh
    keikhlasan dan kesungguhan;

76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;

77. Jangan membuka aib orang lain;

78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada
    kita;

79. Ambilah pengajaran dari pengalaman orang-orang arif
    dan bijaksana;

80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang
    sudah dilakukan;

81. Jangan bersedih kerana miskin dan jangan
    sombong kerana kaya;

82. Jadilah manusia yang selalu berbakti kepada
    agama, bangsa dan negara;

83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula
    kelebihan orang lain;

84. Jangan membuat orang lain menderita dan
    sengsara;

85. Berkatalah yang baik-baik atau jangan berkata
    apa-apa;

86. Hargai pemberian orang;

87. Jangan habiskan waktu untuk hiburan dan
    kesenangan;

88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun orang yang
    bersangkutan tidak menyenangkan;

89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai
    dengan batas-batas agama dan keadaan diri kita;jgn pakai soluar pendek & skirt Ramlah Ram

90. Jangan berbuat sesuatu yang boleh menyebabkan
    fizikal atau mental kita terganggu;

91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan
    pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang
    lain terganggu dan jangan berkata sesuatu
    yang dapat menyebabkan orang lain terhina;

94. Jangan cepat percaya kepada berita buruk
    berkaitan dengan teman kita sebelum dipastikan
    kebenarannya;

95.. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan
    kewajiban;

96. Sambutlah huluran tangan setiap orang(muhrim) dengan
    penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

97.. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu
    yang diluar kemampuan diri;

98. Waspadalah akan setiap ujian, dugaan dan
    cabaran. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

99. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan
    kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;

100 Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan
     memiskinkan orang;

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda