Wednesday, December 01, 2010

Kem Bina Insan Cemerlang , Pondok Pdg Temu Bagi Siri ke 2 (tahun ke 10)

Salam Sejahtera.

Pelbagai masalah sosial menimpa masyarakat seperti gejala mencuri, meragut, penagihan dadah, rogol, samseng sekolah, lumba haram, lepak dan pembu nuha n. Remaja pada hari nampaknya sudah tidak gerun dengan undang-undang negara malah tidak takut jika dipenjarakan dan memandang remeh terhadap permasalahan ini. Masyarakat kini melahirkan rasa bimbang dengan masalah gejala sosial khususnya membabitkan remaja.

Banyak faktor yang mempengaruhi perlakuan remaja melakukan salah laku moral ini dan beberapa pihak harus sama-sama menangani permasalahan ini. Rata-rata remaja yang bermasalah datang daripada keluarga yang tidak bahagia dan kucar-kacir. Rumah bukan syurga untuk mereka meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman”.

Ambil ikhtibar dari sebahagian cetusan peristiwa ini Diambil dari : http://hotmalays.blogspot.com/2010/10/pelajar-dirakam-saat-dirogol-beramai.html#ixzz12Me94D76

Diharapkan kem Bina insan Cemerlang ini menjadi impak positif dalam pembentukan Adab Islam kepada para remaja , baik dari sudut akhlak, ibadah, amalan, cara hidup dan sebagainya dalam dalam mengislahkan masyarakat ke arah yang terbaik dengan menjadikan Allah SWT sebagai tempat tumpuan kecintaan serta Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai ‘role model’ kehidupan dunia dan Akhirat .

Semoga program ini memberi manfaat ke arah mencari keredhaan Allah.

Keterangan kursus serta download borang sila ke website pondok di http://www.pmkt.com.my/

Mohon dipajangkan airticle ini kepada kenalan muslim anda.

Sekian
Otam67

Nota : Hampir 170 remaja muslim yang mendaftar di KBIC 2010- Siri 2  , sila lihat aktivti mrk di bawah , keterangan lanjut rujuk http://www.pmkt.com.my/

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda