Friday, October 15, 2010

Coretan Santai : Saya dan iPhone 4

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
iPhone-4-4

Saya difahamkan ledakan iphone-4 sedang melanda Malaysia sekarang kini. Kami di United Kingdom telah merasainya sejak tiga bulan yang lepas. Sekarang ini jika dipandang ke kiri dan kanan, sama ada di dalam train atau sebelah kereta lain, amat mudah terlihat ‘mat saleh’ yang menggunakan i-phone 4. Semua kelihatan khusyuk membelek-belek smart phone model baru itu.
Saya adalah salah seorang yang terkena ledakan tersebut. Walau pada asalnya, tiada hasrat tetapi apabila tersebar isu antenna i-phone 4 bermasalah. Saya tergerak untuk mengetahui lebih lanjut perihal isu terbabit lalu mencari hakikat sebenar disebaliknya. Kebetulan CEO Apple Ltd, Steve Jobs baru sahaja membuat sidang media menjelaskan isu tersebut. Video penjelasannya boleh ditonton di web syarikat berkenaan.
Sidang media tersebut mendapat reaksi rencam dari komuniti teknologi komunikasi Ada yang mengecam kerana beliau cuba menyamakan masalah terbabit dengan smart phone keluaran yang lain seperti HTC Desire dan Blackberry (keluaran RIM). ada pula yang berpuas hati. Saya yang ketika itu menggunakan smart phone Nokia E71 juga mendapati bar coverage akan menurun mendadak apabila digenggam.
Saya mula meneliti hujah-hujah Steve Jobs dengan lebih serius, dari semasa ke semasa, disedari saya mula tergerak hati untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan iphone4 dan kelebihannya berbanding iphone 3G dan 3GS sebelumnya. Hasil serba sedikit penyelidikan, bacaan review di internet serta melihat sendiri iklan-iklan iPhone4 yang terdapat di web apple, saya mengambil keputusan membelinya. Khususnya apabila diberitahu berkenaan kebolehan iphone untuk teks Arabic, kitab Arab, Ensaiklopedia Hadis dan Al-Quran. Sudah lama saya memikirkan untuk mencari phone yang boleh membantu saya membuat rujukan apabila tidak berada di rumah, jauh dari kitab-kitab.
Pada 28 Julai 2010, saya menempah sebuah iPhone4 melalui web apple secara terus. Harga yang perlu dibayar adalah £499. Menunggu hampir tiga minggu, iPhone4 yang ditunggu-tunggu sampai jua, iaitu pada 12 Ogos 2010. Namun apakah kelebihan dan kelemahan iphone4 ini?. Saya kongsikan sebahagiannya di dalam artikel ini.
iPhone_4_2
AKIBAT TIDAK CUKUP PERSEDIAAN ILMU
Walau sudah melakukan kajian, namun lucunya keghairahan menikmati kehebatan iPhone4 tergendala. Saya yang sebelum ini, merupakan pengguna setia telefon bimbit dan smartphone jenama NOKIA (sejak 15 tahun dahulu saya telah menggunakan nokia), kini terkena kejutan budaya. Ini disebabkan :-
  1. Sim card yang boleh dimasukkan ke dalam iphone adalah micro sim card. Oleh kerana saya membeli iPhone4 ini tidak melalui mana-mana kontrak telefon. Saya terpaksa mencari jalan untuk memotong sim card saiz biasa kepada saiz micro. Tiada sebarang panduan dari buku yang disediakan berkenaan cara memotong sim card anda. Ini agak mendukacitakan saya, sehingga terpaksa mencari video penerangan di web dan youtube. Rupanya ia boleh dipotong menggunakan alat khas atau gunting dan pisau. Disebabkan bimbang sim card tersalah potong, saya terpaksa melawati sebuah kedai telefon dan terpaksa memebayar £ 3 hanya untuk memotong kad sim dengan alat, sedang proses itu hanya memakan masa selama 10 saat.
  2. Sesudah berjaya memasukkan sim card, tergendala lagi hasrat untuk terus menggunakannya. Saya diberitahu oleh pemilik kedai telefon tadi agar pergi mendaftar iTunes di internet bagi mengaktifkan iphone saya. Hmm, bagi orang yang tidak pernah melibatkan diri dengan barangan apple dan iphone, maklumat itu cukup memeningkan kepala. Apa pula iTunes ? Tiada pula disebut di buku panduan kecil yang disediakan. Pelbagai pertanyaan dan perasaan geram melanda ketika saya memandu pulang dari kedai. Ketika itu, terdetik di minda, betapa susahnya untuk menggunakan iPhone4 ini berbanding telefon jenis Nokia.  Terfikir juga, sukarnya menggunakan iPhone jika rumah anda tiada komputer dan internet, kerana sukar mendaftar iTunes.!
  3. Di rumah, saya mula mencari jalan memuat turun dan mendaftar di itunes, akhirnya, barulah berjaya mengaktifkan iTunes dan juga iPhone4 saya. Barulah ia boleh digunakan seperti biasa.
Begitulah kesukaran yang terpaksa dihadapi apabila kita ingin mencuba sesuatu perubahan. Walau terpaksa memakan masa hampir satu jam sebelum boleh menggunakan iPhone 4. Saya amat berharap, ia berbaloi dan menambah efisyen saya dalam mengakses maklumat, menguruskan sms, telefon, web, facebook dan sebagainya.
iPhone_4_3
KELEBIHAN
Bagi sesiapa yang sedang berfikir-fikir untuk membelinya, mungkin tulisan ringkas saya ini sukar membantu anda, kerana saya bukan pakar dalam bab ini dan saya juga tidak akan memasukkan penilaian secara terperinci. Saya juga tidak akan membuat sebarang perbandingan dengan smartphone lain secara komprehensif. Mudah ceritanya, ini bukanlah sebuah review yang professional tetapi hanya celoteh peribadi. Pun begitu, saya kira ia masih boleh memberi serba sedikit perkara penting berkenaan iPhone4.
Sejak menggunakannya lebih dua bulan yang lalu, selaku orang kebanyakan, saya boleh menyebutkan beberapa kelebihannya iaitu:  
1.       Akses internet sangat mudah dan laju. Selain bergantung kepada kelajuan Wifi di kawasan anda, saya juga dapat melihat kelajuannya apabila menggunakan 3G ketika di luar rumah. Ia jauh lebih laju dari phone Nokia E71 saya sebelum ini. Menurt kajian ini, iphone4 mempunyai  512MB RAM, 1GHz processor (buka sini) . Itu hampir menyamai spesifikasi sebuah netbook.
2.       Touch screennya sangat berkesan dan baik. Ia juga tidak akan selalu 'tertekan' dek kerana tersentuh oleh benda-benda lain seperti kunci, pen dan sebagainya ketika di dalam poket. Ini kerana touch screen iphone hanya berfungsi dengan sentuhan berhaba dari tangan. Saya masih ingat suatu ketika dahulu pernah menggunakan telephone dari jenis touch screen, asyik tertekan dan terdail kerana ia akan berfungsi asal sahaja disentuh screennya, tidak kira jari yang menyentuh atau kertas, kunci dan sebagainya. Cuma lucunya, di Negara sejuk seperti United Kingdom ini, jika kita menggunakan glove sewaktu cuaca sejuk, kita tidak akan boleh menggunakan iPhone kecuali terpaksa menekan menggunakan hidung.!
3.       Screen iPhone 4 sangat cemerlang dari sudut kejelasannya, kualitinya standing sebuah TV LCD.  Menonton kartun yang disewa dan dibeli dari iTunes melalui iPhone4 adalah menakjubkan. Sebuah smartphone yang hampir-hampir menyamai reka bentuk iPhone4 adalah Samsung Galaxy S, harganya lebih murah namun screennya sama sekali tidak mampu menandingi kejelasan Iphone4.  Screen ini juga dibuat dari gelas dan tahan lasak dan tidak calar.  At least, itu pendapat peribadi saya.
4.    Terdapat pelbagai aplikasi Al-Quran di iTunes, yang percuma dan juga berbayar. Menggunakannya sangat mudah dan amat memudahkan untuk membaca, mencari dan merujuk ayat Al-Quran.  
iphone_4_quran
5.     Terdapat pelbagai aplikasi hadis yang juga memudahkan, malah dengan processor yang laju, merujuk hadis di internet melalui browser khusus apple iaitu SAFARI. Khususnya apabila saya boleh melakukan carian dengan teks Arabic.
6.      Baterinya yang tahan namun ia bergantung kepada penggunaan kita, lebih banyak digunakan internet dan 3G atau movie dan muzik, tentunya lebih cepat kehabisan bateri.
7.     Pelbagai aplikasi percuma yang lain turut membantu seperti map yang berfungsi sebagai navigator, telah kerap kali saya menggunakannya sama ada ketika memandu kereta mahupun berjalan kaki. Ia amat membantu, pengalaman saya mencari destinasi  di tengah kota London, sangat memudahkan.
8.      Selain itu, aplikasi Wikipedia, dictionary, kompas arah, kompas solat, nilai pertukaran matawang, facebook, tesco shopping, peta underground London, lampu torch light dan terlalu banyak lagi. Saya juga cukup merasa teruja dengan aplikasi percuma bar code detector (namanya Red Laser) yang membantu membandingkan harga di pasaran hanya dengan melakukan scan bar code, akan diketahui harga barang itu di pasaran dan internet. Banyak lagi aplikasi boleh diperolehi secara percuma, termasuklah games dan lain-lain. Ringkasnya, kebiasaan saya yang sebelum ini hanya menggunakan telephone untuk sms, telefon dan sekali sekala internet, kini berubah. Banyak yang menjadi lebih mudah dengan kehadiran iPhone4 di dalam genggaman.


iphone_hadith
8.    Prestasi gambar yang ditangkap adalah sederhana, layak dengan kualiti 5 megapixel. Walaupun demikian, semua gambar dan video yang ditangkap menggunakan iphone4, akan kelihatan sharp dan cantik, namun sejurus dipindahkan ke komputer desktop. Ia tidaklah secantik ketika dilihat di screen iPhone, mungkin bergantung kepada kualiti screen komputer pula.
9.   Seperti beberapa smartphone yang lain, iPhone4 juga boleh disambung ke laptop anda dan boleh berfungsi sebagai usb modem, namun menggunakannya tidak semudah menggunakan smartphone Nokia seperti E71.
10.  Walau harganya agak tinggi, saya berpuas hati kerana haragnya stabil dan tetap dalam tempoh yang agak lama. Lihat sahaja iPhone 3G dan 3GS, harganya telefon baru kekal sekian lama. Ia memudahkan sesiapa yang memilikinya menjual dengan harga yang masih baik. Buka sahaja ebay jika ingin melihat harganya yang stabil.
11. Anda boleh membaca pdf file di iphone anda tanpa sebarang masalah, ia secara automatis boleh dibuka atau anda perlu install aplikasi pdf reader lite (ia percuma). Tempoh download juga cepat dan pantas. Saya mendownload article ini melalui browser internet di iPhone 4 saya hanya dalam masa 30 saat sahaja. Semua attachment di email yang menggunakan format Microsoft juga boleh dibaca.
Lain-lain kelebihan boleh dirujuk di pelbagai laman web review smartphone yang professional.
KELEMAHAN
Antara kelemahan yang saya rasai dengan paling jelas adalah :  
1.   Fungsi smsnya; jika anda seorang yang kerap dan penghantar sms tegar. Bersms di iPhone4 adalah di bawah paras selesa. Saya katakan demikian kerana :-
  1. Sukar untuk menghantar sms kepada ramai sekaligus. Ia memang boleh dilakukan tetapi susunan senarai contact dan cancel terlalu dekat, sehingga amat kerap setelah saya memilih beberapa ramai individu yang ingin saya hantar sms dari ratusan senarai contact, tiba-tiba apabila tersentuh ‘cancel’, semua hilang sekaligus. Amat mengecewakan.
  2. Jika dihantar kepada ramai sekaligus, tiba-tiba salah seorang dari contact anda tidak valid atau sms tidak dihantar, mesej ‘sending failed’ akan muncul di iPhone4 anda, tetapi tidak dinyatakan dari kumpulan yang dihantar, siapakah diantara mereka yang failed. Anda tidak akan tahu siapa dari kumpulan itu yang tidak menerimanya.
  3. Tiada fungsi draft sms yang saved untuk dihantar kemudian.
  4. Sukar memasukkan contact dalam senarai penerima sms, kerana setiap kali dipilih, kita diperlukan untuk bermula dari huruf A semula. Katalah kita memilih seorang contact kita dengan nama 'zaharuddin', bermakna di huruf Z, tetapi sejurus di tekan, dan apabila kita ingin memasukkan nama 'Zamri', senarai akan bermula dari A semula dan perlu dicari bermula dari atas. Ini menjadikan kerja remeh dan rumit. Bukankah lebih baik jika ia menyeranaikan semua contact dan boleh di’tick’ sekali banyak. Malangnya fungsi itu tiada.
2.   Senarai rekod nama panggilan yang anda dail (call out), panggilan terima (call in) dan missed call tidak tersusun dengan baik. iPhone4 hanya menyediakan senarai missed dan all sahaja. Bermakna jika anda ingin melihat senarai panggilan lalu yang dibuat, pemilik akan terpaksa mencari di senarai keseluruhan (all) yang menggabungkan call out, call in dan missed. Sememangnya ada tanda kecil yang membezakan panggilan keluar dan masuk, tetapi apabila pemilik kerap menggunakan telefon, senarainya terlalu banyak.
3.    Masalah antenna yang diwarwarkan sudah tentu merupakan kelemahan, walau pemilik iPhone4 ditawarkan bumper percuma, namun kelebihan iPhone4 seperti nipis, elegan, ringan sudah tiada erti, kerana apabila terpaksa dipakaikan bumper, ia menjadi tebal, semkain berat dan tidak lagi berkilat malah bercalar kerana terlihat jelas bumper yang calar. Bumper percuma hanya boleh diperolehi setelah membuat permohonan melalui aplikasi khas di iTunes, dan saya terpaksa menunggu dua minggu sebelum menerimanya.
4.     Katalah anda menyewa atau membeli filem dari iTunes, malangnya anda hanya boleh menontonnya di screen kecil iPhone4 atau komputer anda yang mempunyai iTunes. Ia tidak boleh disambung ke TV untuk ditonton dengan lebih selesa. Ya, ia sebenarnya boleh, tetapi anda terpaksa membeli kabel khusus yang tidak diberi percuma. Ia berbeza dengan Nokia N8 yang memberi percuma kabel berkenaan beserta smartphonenya.
5.      Semua jenis iPhone tidak boleh membuka Adobe Flash. Walau ia sebuah kelemahan, namun orang biasa seperti saya tidak begitu merasakan keperluannya.
6.      iPhone4 tidak ada slot sd card untuk mengambil data dan dimasukkan data. Semua mesti melalui itunes.
7.      Anda tidak boleh save sebarang Microsoft word ke dalam iPhone4, kecuali dengan aplikasi berbayar.
8.      iPhone4 juga tidak boleh berfunsgi sebagai usb thumb drive. Tetapi ia boleh menyimpan beberapa document melalui aplikasi simple drive, harganya aplikasi ini adalah £ 0.59 sahaja. Ia adalah kelemahan berbanding Nokia N8 yang dengan begitu mudah boleh berfungsi sebagai usb drive, malah semua pembeli diberikan kabelnya secara percuma. Boleh lihat cara menjadikan iPhone4 anda sebagai usb drive.
KESIMPULAN
Begitulah lebih kurang beberapa info yang mampu saya kongsikan, pun begitu saya tidaknafikan mungkin sebahagian kelemahan yang saya nyatakan telah dijumpai cara penyelesaiannya oleh mereka yang pakar. Jika anda mengetahuinya, silalah berkongsi di sini.
Kesimpulannya, saya masih merasa syukur dengan prestasi iPhone4 yang dibeli, walau sekali sekala ada terdetik rasa rugi disebabkan kelemahan yang saya sebutkan di atas. Ada juga terdetik rasa rindukan keypad, lebih lagi apabila melihat iklan Blackberry Torch. Namun melihat rating yang rendah di sini (Blacberry Torch), minat itu semakin menghilang.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
11 Oktober 2010
London, United Kingdom

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda