Thursday, September 16, 2010

tips2..utk suami panas baran..

1. Surah Ali Imran : 200
Ertinya : "Wahai org-org yg beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dlm mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih drpd kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dgn kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kpd Allah, supaya kamu berjaya."

2.Surah Al-Anbiyaa' : 69
Ertinya : "Kami berfirman : Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kpd Ibrahim."

3. Berusahalah utk berwudhuk ketika sedang marah.

4. Jika sedang berdiri di waktu marah, maka duduklah. Jika sedang duduk ketika marah, maka baringlah.

5. Berbanyakkan beristighfar ketika sedang marah.

6. Selalu ingat dalam hati ketika marah, "Syaitan yg buat aku marah dan dia akan bergembira kalau aku marah. Buat apa nak buat syaitan gembira, siapa dia tu? Buang masa je dan tak ada faedahnya. Ingat Allah lagi berpahala besar. Dialah yg bagi aku rezeki dan segala yg aku ada sekarang. Syaitan tak bagi apa-apa, bagi masuk neraka lagi adalah!"

7. Banyakkan berselawat atas Nabi Muhammad s.a.w. dan zikir kpd Allah. Satu kali kita selawat di atas Nabi s.a.w, 10 kali Allah selawat atas kita. Jadi, kalau dah banyak kali Allah selawat atas kita, mesti kita selamat drpd apa-apa yg Allah tak suka termasuklah semua perangai buruk manusia spt panas baran.


8. Banyakkan berdiam diri, insyaAllah sejuklah hati.

No comments:

Tuhan Itu Wujud.

Mohd Ali Majis Yesterday at 9:44pm · Seorang Ustaz ke Barber Shop untuk gunting rambutnya. Ketika rambutnya sedang digunting, si tukan...