Friday, August 27, 2010

Syukur Nikmat

Satu hari nabi (selawat dan salam kepadanya) duduk bersama sahabat-sahabat dan berkata ( lebihkurang maksudnya): " Ada seorang umat sebelum kamu, beribadat kepada Allah disebuah pulau, ditumbuhkan Allah kepadanya sepohon pokok (delima kalau x silap) dan dipancarkan ditepinya matair. Lalu beliau hidup menikmati rezki kurniaan Allah dan melakukan ibadah kepada Allah sehingga 500 tahun. Beliau berdoa kepada Allah agar mematikannya dalam keadaan bersujud kepada Allah dan diharamkan jasadnya daripada dimamah oleh tanah..Lalu Allah memakbulkan doanya dan dimatikannya dalam keadaan bersujud dan jasadnya tidak menjadi tanah.. Apabila tiba dihari kiamat (nanti) Allahpun memerintahkan para malaikatnya dengan berfirman:

" Wahai malaikat bawalah hambaku ini dan masukkanlah dia kedalam syurga dengan Rahmatku..".
Tiba-tiba sihamba Allah ini berkata; " Wahai Tuhanku, masukkanlah aku kedalam syurgaMu dengan sebab amal ibadahku"
Allah berfirman ; " Wahai malaikatku..bawalah dia kesini dan hitungkan amalannya" (Allah Maha Mengetahui..)

Lalu malaikatpun mula menghitung amalannya dan menjawab:

Ya Allah Ya Tuhan Kami : " Amal ibadahnya selama 500 tahun hanya menyamai nikmat sebeleh biji mata yang dikurniakan kepadanya sahaja".
Lalu Allah berfirman : "Wahai malaikatku.. bawalah hambaku ini dan humbankan dia kedalam nerakaku".

Tiba-tiba sihamba Allah ini berkata: " Wahai tuhanku, ampunkan dosaku.. masukkanlah aku kesyurgamu dengan Rahmatmu"..

Lalu Allah bertanya : " Wahai hambaku. siapakah yang telah menciptamu"? Jawabnya ;" Engkau Ya Allah"
Allah bertanya lagi: " Wahai hambaku, siapakah yang memberikan makan minummu"? Jawabnya ;Engkau Ya Allah.
Allah bertanya lagi: " Wahai hambaku, siapakah yang memberi hidayah kepadamu:? Jawabnya Engkau , Ya Allah.

Lalu Allahpun memerintahkan malaikatnya memasukkan hambanya kesyurga... Tamat.

Carilah keikhlasan
Hanya dengan keikhlasan dalam amalan menyelamatkan kita.
Berilah kemaafan kerana kita semua amat memerlukan kemaafan.
Berilah harapan..kerana Allah sentiasa membuka pintu taubatnya
Tamatkan persekengtaan kalau ia hanya kerana secebis dunia yang fana
Kerana syurga hanya dihuni oleh mereka yang berjiwa tenang, reda pada ketentuan Allah dan Allah reda kepada mereka.

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda