Friday, July 16, 2010

Penahanan Sheikh Raed Membakar Semangat Membela Al Quds

July 15, 2010
Keputusan mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara ke atas Sheikh Raed Shalah pada hari Selasa lalu, 13hb Julai, telah membangkitkan kemarahan dan membakar semangat masyarakat Palestin untuk terus berjuang membebaskan al Quds dan Masjid al Aqsa daripada cengkaman Zionis Israel.

Sheikh Raed Shalah, ketua Gerakan Islam di Palestin Jajahan 1948, dijatuhkan hukuman penjara selama 5 bulan bermula 25 Julai. Beliau bakal dimasukkan ke dalam penjara Israel di Ramlah atau Ailon. Persidangan mahkamah jelas bermotif politik, dan apa yang ditetapkan ke atas Sheikh Raed merupakan suatu kezaliman dalam rangka rejim Zionis ingin menghapuskan pengaruh beliau dalam perjuangan membebaskan al Quds dan Masjid al Aqsa daripada ancaman terancang oleh pihak Zionis dan pelampau-pelampau Yahudi.

Kamal Al Khatib, wakil kepada gerakan Islam itu menyebut, “Pengasingan Sheikh Raed daripada kami (kerana dipenjara) tidak akan sekali-kali menghalangi kami daripada meneruskan misi yang beliau bawa. Kami akan meneruskan projek yang telah beliau terajui. Penjara tidak akan sekali-kali dapat menghalang kami daripada menunaikan kewajipan membela al Quds dan al Aqsa”.

Sementara itu seorang lagi pemimpin Gerakan Islam di Palestin Jajahan 1948, Muhammad Zaidan, mendakwa tindakan menjatuhkan hukuman penjara ke atas Sheikh Raed merupakan satu usaha Zionis untuk membuka ruang kepada proses yahudisasi al Quds dan al Aqsa.

Sheikh Raed ketika mengulas tindakan Zionis itu menyebut, “Ini merupakan cara-cara imperialis untuk menyempurnakan perancangan yahudisasi kota al Quds dan yahudisasi masjid al Aqsa, menjurus kepada pembangunan kuil Yahudi dengan meruntuhkan Masjid al Aqsa.” Beliau juga berpandangan bahawa keputusan tersebut telah dikeluarkan oleh kerajaan Zionis yang merupakan institusi tidak sah, dan apa yang dikeluarkan dari insitusi tidak sah hasilnya adalah terbatal dan tidak sah pula. “Mereka tidak akan dapat menghentikan kami satu hari pun untuk meneruskan usaha membela al Quds dan Masjid al Aqsa hingga berakhirnya episod jajahan Zionis, Insya Allah”, ungkap beliau lagi.

Mengulas keputusan rejim Zionis itu, pemerintah Palestin di Gaza meletakkan sepenuhnya kepada Israel sebagai bertanggung jawab ke atas keselamatan Syeikh Raed. Seluruh rakyat dan pihak-pihak berkecuali diseru untuk bersolidariti melawan tindakan dan perancangan Zionis yang bertujuan menghancurkan hak-hak Al-Quds serta rakyatnya.

http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=4047

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda