Monday, July 05, 2010

Gandaan Pahala Sedekah

Allah asy-Syakur yang dengan kemurahanNya sentiasa memberi balasan yang berganda-ganda bagi setiap amalan hambaNya. Allah SWT juga telah menjadikan berbagai cara dan jalan agar hamba-hambaNya boleh menggandakan saham akhirat mereka. Oleh itu, kita selaku hamba yang dhoif lagi banyak dosa dan taqsir hendaklah sentiasa mencari-cari jalan agar amalan kebajikan kita dapat digandakan ganjarannya di akhirat nanti. Jangan hanya tahu mencari-cari jalan menggandakan saham - saham duniawi tetapi mengabaikan bekalan untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat.

Imam as-Sayuthi RHM menjelaskan bahawa sedekah seseorang boleh digandakan ganjarannya seperti berikut:-

Sedekah yang diberi balasan 10 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang yang sihat tubuh badannya serta tidak berhajat kepada sedekah.

Sedekah yang diberi balasan 90 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang buta dan orang yang terkena musibah (yakni yang perlukan bantuan).

Sedekah yang diberi balasan 900 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada kerabat yang berhajat.

Sedekah yang diberi balasan 100,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada ibubapa.

Sedekah yang diberi balasan 900,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang alim atau faqih.

Inilah formula untuk menggandakan pahala setiap pemberian kita.

Moga
dimanfaatkan, jangan hanya pemurah dengan rakan - rakan tetapi kedekut dengan ibubapa sendiri. Hari-hari belanja kawan makan, tetapi ibubapa sendiri seposen haram pun tak merasa titik peluh kita .... Allahu ... Allah.

Dicatat oleh Abu Muhammad

No comments:

TV3 Bersama Pelajar Madrasah Ar-Rabbaniyah, Merlimau Melaka

TV3 Bersama Pelajar Madrasah Ar-Rabbaniyah .Siaran akan berlansung pada hari Sabtu @ jam 9.00 malam , 27hb Mei 2017 sempena Ramadan 1438H ...