Sunday, June 27, 2010

SYARIAT, THORIQAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT

SYARIAT, THORIQAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT

(diadaptasi drp laman suluk98)

"Hakikat tidak akan muncul sewajarnya jika Syariat dan Thorikat belum betul lagi kedudukannya. Huruf-huruf tidak akan tertulis dengan betul jika pena tidak betul keadaannya."

Fakir Suluk mulakan bicara dengan Taufiq yang diberikan oleh Allah Taala Yang Ampunya Pengetahuan.

Adapun perkataan Syariat, Thoriqat, Hakikat dan Makrifat walaupun ianya berlainan pada sebutan tetapi dari segi tujuannya adalah satu jua iaitu sekelian itu "Syariat". Berlainan pada lafaz atau sebutan-sebutan ini adalah kerana berlainan hantaran jua seperti yang akan dibincangkan dalam bab ini Insya Allah. Kata Sheikh Al-Islam Sulaiman bin Shodiq رحمه الله تعالى dalam kitabnya Mizaan Al-'Aqala' bahawa tiap-tiap satu daripada perkara-perkara tersebut ada dua hantaran maknanya iaitu;

  • Makna Lughowi (dari segi bahasa) dan
  • Makna Istilah (dari segi syarak)

Adapun tiap-tiap satu daripada empat perkara itu atas sekira-kira makna lughowi(bahasa) iaitu;

  • Syariat adalah kenyataan
  • Thoriqat adalah jalan
  • Hakikat adalah sebenar
  • Makrifat adalah mengenal.

1. Penerangan Mengenai Syariat.

Adapun makna istilah atau pengertian mengikut syarak bagi syariat ialah;

"Undang-undang Tuhan yang dihantarkan untuk kebaikan hamba daripada sekira-kira suruh dan tegah dan harus".

  • Maka "suruh" itu dua bahagi iaitu, pertamanya wajib dan keduanya sunat.
  • dan "tegah" itu dua bahagi juga iaitu haram dan makruh
  • dan "harus" itu satu jua

dimana berjumlah semuanya lima perkara iaitu;

  • Wajib
  • Sunat
  • Haram
  • Makruh & harus

    Adapun erti wajib itu ialah sesuatu yang diberi pahala pada mengerjakannya dan berdosa apabila meninggalkan ia. Sunat itu pula ialah sesuatu yang diberi pahala pada mengerjakannya dan tiada berdosa apabila meninggalkan ia.

    Adapun haram itu ialah berdosa pada mengerjakannya dan diberi pahala pada meninggalkan ia dan makruh itu tiada berdosa mengerjakan ia dan diberi pahala apabila meninggalkan ia dan harus itu bersamaan jua sama ada mengerjakan ia atau meninggalkan ia iaitu tidak diberi pahala atau dosa..
    Inilah yang dinamakan Syariat atau Syarak.

Maka tiap-tiap yang keluar daripada perbuatan kita atau perkataan kita atau niat kita semuanya yang mencakupi zahir dan batin tidak terlepas malah akan terkena dengan salah satu daripada tiga perkara itu iaitu;

  • adakalanya kebajikan atau
  • tidak kebajikan atau
  • tidak kebajikan dan tidak kejahatan

Maka tiga perkara ini merupakan penimbang syariat; di mana tak dapat tidak (mesti) akan terkena pada tiap-tiap seseorang. Maka yakinilah bahawasanya thoriqat, hakikat dan makrifat ketiga-tiganya itu adalah syariat juga; tiada keluar sekali-kali daripada nama syariat. Ia hanyalah bersalahan pada nama dan sebutan jua dan sebab yang demikian itu adalah kerana Thoriqat itu maknanya pada istilah atau syarak ialah "WASILAH" dan erti wasilah itu ialah tiap-tiap sesuatu yang boleh menyampaikan dan menghasilkan kehendak seperti kapal atau kereta dan lain-lain di mana sekelian itu merupakan "WASILAH" atau "THORIQAT" yang menyampaikan kepada tempat yang diqasadkan.

2. Penerangan Mengenai Thoriqat

Adalah tujuan kehendak "SYARIAT" itu dua perkara sahaja iaitu;

  • Pertamanya "Takliyah" ( تخلية dan
  • Keduanya "Tahliyah" ( تحلية )

Adapun erti Takliyah itu ialah "membersihkan dan menyucikan daripada segala kejahatan zhohir dan batin" dan erti Tahliyah itu ialah menghiasi dan bersepakai dengan kelakuan dan perangai yang baik zhohir dan batin.

Maka kejahatan yang sehabis-habis jahat dan keji itu ialah lupa atau lalai kepada Allah Taala dan kebajikan serta kelakuan perangai yang sehabis-habis baik itu ialah "Dawaamul Hudur" ertinya sentiasa ingat akan Allah Taala.

Firman Allah Taala;

وَللَّهِ ٱلْمَشْرِقُ وَٱلْمَغْرِبُ فَأَيْنَمَا تُوَلُّواْ فَثَمَّ وَجْهُ ٱللَّهِ إِنَّ ٱللَّهَ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

"Kemana sahaja mereka memalingkan muka mereka, di situ ada Wajah Allah". (Al-Baqarah:115).

Maka dua perkara inilah yang dituntut pada syarak kepada seorang hamba untuk/supaya mencarikan jalan thoriqat yang boleh menjauhkan kejahatan itu dan menyampaikan kepada sehabis-habis kebajikan itu dengan apa-apa jalan (thoriqat) yang ada. Maka jalan yang ada itu tersangatlah banyak sehinggakan ada antara ulama yang mengatakan;

"Bermula jalan yang boleh menyampaikan kepada Allah itu amat banyak dengan sebilang-bilang nafas sekelian makhluk".

Dan lagi firman Allah Taala dalam Surah Al-Imran:31

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ

Maksudnya:

Katakanlah Ya Muhamad kepada umat engkau, jika ada kamu kasih akan Allah, maka ikutilah aku(Rasulullah SAW.) supaya kasih pula Allah Taala akan kamu.

Dari maksud Firman Allah ini membuktikan segala amalan dan perbuatan yang telah baginda lakukan dan tinggalkan atau yang baginda "syariatkan" adalah merupakan "Thoriqat" untuk mencapai keredhoan Allah Taala. Dan untuk memperihalkan segala amalan baginda itu, semuanya telah umum kenyataannya dari hadis-hadis dan riwayat hidup baginda serta dari kitab-kitab fekah yang diasaskan oleh empat mazhab yang memang diakui kebenarannya..

Dalam hal ini, eloklah kita lihat penegasan mengikut pandangan hakikat dari hambanya yang telah Washil ilaLah (sampai kepada Allah). Telah menyebut oleh Al-Arif Al-Rabbani Kamil Mukamil Wali Qutub Sheikh Abi Madyan رضى الله عنه dalam kitabnya "Kanzul Manan" sebagaimana berikut;

"Diharamkan mereka itu sampai kepada Allah kerana meninggalkan mengikut "Thoriqat Muhammadiyah" (iaitu amalan dan perbuatan Rasulullah SAW. di samping suruhan dan tegahannya) dan berjalan mereka itu dengan keinginan mereka".

Maka segala jalan yang ditentukan oleh syarak yang di bawa oleh Rasulullah SAW. itu tiada keluar daripada pekerjaan yang disuruh ertinya mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah. Maka setengah daripada jalan itu ialah dengan membanyakkan sembahyang sunat dan puasa dan zikirullah dan membanyakkan membaca dan mengkaji Al-Quran, memperdalami ilmu agama, berbuat kebajikan kepada golongan fakir dan lain-lain lagi daripada yang disuruh dan menjauhkan apa yang ditegah.

Dengan demikian, mengerjakan apa-apa yang tersebut itu dikatakan "Thoriqat" dan orang yang menjalankannya dan mengerjakan yang demikian itu dinamakan dia "Ahli Thoriqat". Maka difaham daripadanya, jelaslah dan nyatalah bahawasanya thoriqat itu ialah syariat juga dan tiada keluar sekali daripada nama syariat di mana ianya telah ditegaskan oleh Allah Taala dalam firmanNya dalam Surah Al-Hasyr:07

وَمَآ آتَاكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَٱنتَهُواْ

Maksudnya:

"Dan apa-apa yang telah mendatang ia akan kamu oleh Rasulullah itu maka ambil oleh kamu dan apa-apa yang menegah ia akan kamu, maka berhentilah oleh kamu jangan dikerjakan".

Itulah sebenar-benar Thoriqat; iaitu Syariat dalam erti kata melaksanakan dan menjunjung akan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang ditegah. Bukanlah ditentukan dengan kehendak dengan thoriqat itu semata-mata atau khusus dengan "Thoriqat Naqsyabandiyah" atau "Thoriqat Khulwatiyah" atau "Thoriqat Ahmadiyah" atau lain-lain lagi.

Adapun yang dimasyhur dengan thoriqat-thoriqat tersebut adalah semata-mata disandarkan kepada orang yang mula mengasaskan dan mengerjakan pekerjaan itu hingga masyhur namanya dan dikatakanlah thoriqat itu Thoriqat fulan-fulan. Ini adalah "salah satu cara atau jalan" untuk sampai kepada Allah di samping banyak lagi jalan-jalan lain yang ada mengikut sebilangan nafas yang ada pada makhluk ini.

Perlu ditegaskan bukan kita menafikan akan kebenaran Thoriqat khususiah ini, tetapi kita ingin menjelaskan bahawa itu adalah salah satu jalan dari jalan-jalan lain yang ada. Bukanlah semestinya dengan jalan yang ini sahaja dan janganlah dinafikan jalan yang lain kerana menafikan jalan yang lain samalah seperti menafikan anugerah Rahmat Allah yang lain.

Janganlah terkeliru dengan istilah Thoriqat ini sehingga ada yang sanggup menidakkan atau mempelekehkan orang-orang yang tidak ikut dalam Jamaah Thoriqat Khususiah yang tertentu dengan tuduhan-tuduhan liar sebagai orang yang "suka makan kulit sahaja" atau "orang yang tidak mengamalkan ilmunya" atau "golongan syariat yang jahil tentang thoriqat dan makrifat" atau "orang yang tidak mengikut jalan yang sebenar" atau tuduhan-tuduhan lain hanya kerana mereka tidak ikut berthoriqat secara khususiyah mengikut mana-mana nama thoriqat seperti di atas. Tujuan mereka adalah sama sahaja iaitu untuk sampai kepada Allah dan berbeza mungkin pada jalan-jalannya sahaja.

Jangan....jangan sekali dipersempitkan keluasan Allah dan dikurangkan Kekayaan Allah Yang Maha Meliputi di atas setiap penzhohiran yang ada. "Kemana sahaja mereka memalingkan muka mereka, di situ ada Wajah Allah". (Al-Baqarah:115). Jangan pula kita lupa kepada pandangan hakikat dan orang-orang yang bermakrifat bahawa untuk "sampai kepada Allah" itu adalah dengan limpah rahmatNya jua.

Telah diceritakan daripada seorang lelaki berkata kepada Sheikh (Guru)nya. Katanya; Wiridkan olehmu kepadaku suatu wirid. Mendengar pertanyaan lelaki itu, maka marahlah Sheikhnya kerana bodohnya permintaan tersebut. Katanya (sheikh); Adakah aku Rasul yang mewajibkan segala yang wajib dan segala fardu itu telah maklum dan segala maksiat itu telah masyhur.

  • Maka peliharakan bagi segala fardu dan
  • tinggalkan segala maksiat itu dan
  • peliharalah olehmu akan hatimu daripada berkehendak kepada dunia dan kasih kepada perempuan dan
  • lemahkan kepada syahwat. dan
  • redholah engkau pada bahagian Allah bagimu yang keredhoaan.(dari amal dan ibadatmu). Maka jadikan olehmu bagi Allah syukur dan
  • apabila datang bagimu kedukaan maka jadikan olehmu sabar. [Petikan dari Kitab Hikam Ibni Athoillah]

..bersambung

Kisah kasih seorang ayah

“Kasihnya ibu membawa ke Syurga, kasihnya ayah…” lirik lagu P. Ramlee ini sudah sebati dengan kita.

Di dalam budaya kita, filem Anakku Sazali adalah suatu fenomena. Seorang bapa yang menafsirkan kasih sayang sebagai “beri apa sahaja yang anak mahu” telah akhirnya menghasilkan manusia sejahat Sazali.

Tetapi tragedi 23 Mac 1994 memberikan teladan yang lebih dahsyat. Ketika itu saya berada di tahun satu pengajian di Jordan. Berita mengenai tragedi ini sampai melalui berita yang saya tonton di TV. Dalam banyak-banyak teladan yang saya temui berkaitan dengan pengalaman bermusafir di ruang udara, kisah yang satu ini paling menggugat rasa. Kerananya juga, saya tidak jemu melayan taklimat keselamatan sebelum pesawat berlepas. Kisah itu juga menghentak suatu pengajaran besar bagi saya selepas menjadi bapa.

Aeroflot

Pesawat Aeroflot penerbangan 593 dari Moscow ke Hong Kong menceritakan segala-galanya. Jika dahulu saya hanya dengar-dengar sahaja tentang dahsyatnya kejadian itu, kini saya dapat menyaksikan lakonan semula yang disiarkan melalui dokumentari National Geographic Channel.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Penerbangan Kebangsaan Rusia ini memang mempunyai reputasi keselamatan yang teruk. Ia sering menjadi bahan senda gurau, terutamanya kepada anak-anak Malaysia yang pulang bercuti dengan bajet rendah. Mereka menaiki pesawat dari London ke Kuala Lumpur melalui Moscow, sebagai penerbangan yang paling menjimatkan walaupun banyak cerita yang tidak enak dibualkan.

Tetapi kejadian 23 mac 1994 menjadikan segalanya bukan lagi satu gurauan.

Pilot yang mengendalikan pesawat Airbus A310 itu, Yaroslav Kudrinsky, membawa bersama dua anaknya bercuti ke Hong Kong kerana Aeroflot ketika itu menawarkan diskaun buat kakitangannya untuk membawa ahli keluarga terbang ke mana-mana destinasi dunia. Aeroflot pula ketika itu sedang rancak dengan kempen rebranding mereka pasca kejatuhan Soviet Union.

Penerbangan itu adalah penerbangan yang penuh dengan kasih sayang. Si bapa, amat teruja membawa anaknya Yana dan Eldar pergi bercuti. Kedua-duanya yang seronok duduk di belakang, gembira dan berasa bangga kerana pesawat yang mereka naiki itu dipandu oleh ayah mereka sendiri. Namun keseronokan itu diperpanjangkan lagi dengan lawatan mengejut Yana dan Eldar yang ditemani oleh bapa saudara mereka ke cockpit di hadapan. Mana-mana sahaja penumpang, pasti ghairah untuk masuk ke bilik kawalan pesawat. Segala peralatan yang canggih, juga pemandangan daripada tingkap depan pesawat, ia sangat eksklusif. Yana dan Eldar bertuah berbapakan seorang juruterbang.

Yaroslav sangat menjiwai dirinya sebagai seorang bapa. Lantas beliau bertindak di luar jangkaan.

Kasihnya sebagai seorang bapa, telah membawa beliau menawarkan tempat duduknya kepada Yana. Anak perempuannya itu sangat gembira. Tetapi Yana sekadar menyentuh kolum kawalan. Apabila Yaroslav mengajak anak lelakinya Eldar mengambil tempat Yana, beliau begitu gembira dengan pelawaan ayahnya. Yaroslav terlupa bahawa pesawat itu sedang memecut pada kelajuan ratusan kilometer sejam. Lupa kepada posisi pesawat yang berada pada ketinggian puluhan ribu kaki dari paras bumi. Lupa kepada nyawa manusia yang dipertaruhkannya.

Eldar telah menolak kolum kawalan dengan kuat dan tindakannya itu menyanggah sistem autopilot selama 30 saat. Apa yang tidak diketahui sesiapa, tindakan Eldar itu sebenarnya telah memutuskan pesawat daripada sistem autopilot yang mengawal penerbangan.

Biar pun lampu amaran telah menyala, tiada sesiapa pun yang menyedarinya kerana nyalaan itu berlaku tanpa bunyi amaran. Kecuali Eldar. Beliau telah memanggil bapanya dan ketika itu semua orang tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku.

Pesawat telah membelok setajam 45° dan terus menerus membelok. Kesan g-force telah menghalang Yaroslav untuk kembali ke tempat duduknya dan memegang kembali kolum kawalan pesawat. Setelah puas berusaha, akhirnya Yaroslav dan pembantunya berjaya mengawal pesawat tetapi kedudukannya sudah terlalu rendah hingga tidak memungkinkan ia diselamatkan. Airbus A310 bersaiz gergasi itu menjunam dan terus menjunam.

Penerbangan Aeroflot 593 terhempas di pergunungan Siberia!

Seluruh kakitangan dan penumpang maut terbunuh. 75 nyawa maut dalam pelukan kasih seorang bapa bernama Yaroslav.


Sesungguhnya dalam kejadian yang amat dahsyat itu, kasih seorang bapa benar-benar membawa ke ‘NERAKA’!

Semoga menjadi iktibar buat semua.


Sumber:
ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Mewarasi Kemarahan, Bagaimana?

Marah menjadi sejenis emosi negatif jika tidak dikawal. Petrol di dalam botol dibakar semberono boleh meletup membunuh, petrol di dalam enjin dibakar secara terkawal dan berseni (cam campro CPS) menghasilkan pacuan tork yang tinggi.

We cannot manage/control thing we cannot measure. We cannot measure thing that we don't know. Jadi apakah marah itu?

Marah adalah hasilan daripada konflik antara akal dan realiti yang menimbulkan gangguan pada fisiologi – emosi. Emosi ini pula akhirnya mengganggu akal. Seperti arus hasilkan haba, haba itu pula hasilkan rintangan pada arus.

Kita boleh merasai marah tetapi sampai satu-satu tahap sahaja sebelum kita dirasuk jin Bukit Tengkorak mengamuk dan sedar-sedar kekasih hati di depan sudah merah meleleh air matanya.

Emosi benar-benar menggelapkan akal, bukan?

Ketika marah akal menjadi pendek bahkan gila. Apa tidak gila kalau marahkan suami pinggan mangkuk dipecahkan? Betul tak? Marahkan orang di telefon, telefon itu yang dihempas ke dinding sampai berkecai. Ish, tak logik betul! Marahkan isteri, isteri itu dilempangnya, apa tidak gila? Marah isteri kerana apa? Kerana sayang! Kalau sayang kenapa lempang? Marah! Bukan marah tapi gila. Kalau marah sebab sayang, ada cara-caranya.

Emosi mengaburi akal menjadikannya hampir gila atau gila terus.

Jadi ketika akal kita digelapkan emosi amarah, bagaimana kita nak bersikap rasional? Tentulah tidak boleh bukan? Akal dah gelap, kita nak berfikir macam mana?

Maka kita kena tahu bahawa kita bukan akal kita. Akal cuma anggota seperti tangan dan kaki yang perlu ada ‘kita’ untuk gerakkan ia atau diamkan ia. Di sini, kita perlukan kuasa hati (Emotional Intelligence, EQ). Ketika marah membuak-buak, akan ‘tercetus’ di akal kita untuk maki hamun, sepak terajang, pecah barang, atau mengamuk. Apakah semua yang dicetuskan akal itu perlu kita 'ikut'?

Cetusan & perbuatan. Di antara keduanya hati berdiri.

Kita sudah biasa merasai ruap-ruap marah biasa yang boleh kita tahan. Kali ini saya cuma mahu korang merasai ruap-ruap atau aura-aura marah gila yang melebihi tahap normal itu. Girls yang tengah period tu memang 'spesimen' terbaik untuk latihan ini.

Terlebih dahulu, ringkas berkenaan hati. Hati (EQ) berfungsi mengawal akal. Hanya 'hati' mampu mengawal 'diri' dari mengikut kata 'akal'.

(diri = kamu yang nampak di dalam cermin seketul itu tolak jasad kamu tolak minda kamu tolak perasaan hati kamu = the soul, the spirit, ruh yang ditiupkan)

Hati lemah, orang akan jadi panas baran. Hati lemah bermakna EQ lemah iaitu ketidak-upayaan mengawal emosi-emosi yang dicetuskan oleh ketidak-serasian akal dan realiti.

Akal memantikkan bahawa kita sepatutnya dipuji tetapi realitinya saat ini kita dikeji, akal akan mencetuskan pemberontakan. Hati yang lemah akan mengikut. Hati yang kuat akan mengawal cetusan-cetusan akal dan menjernihkan emosi untuk memikirkan perkara-perkara yang lebih luas yang boleh difikirkan terang-terang ketika tidak marah.

Untuk mengawal marah kita perlu tahu untuk 'mengukur' marah itu. Bagaimana? Suhu diukur pada pengembangan merkuri. Tekanan udara diukur dengan turus air. Marah hendak diukur pada apa?

Ya, tahap gangguan fisiologi itu sendiri. Aliran darah menderau-derau, pengembangan bronkus dan bronkiol paru-paru sampai bernafas semacam naga, remangan roma, kekacauan akal yang mendesak-desak aksi-aksi sadis seperti menengking, menyumpah, merosakkan, menampar dan sebagainya, dan juga haba pada telinga barangkali boleh. Ini semua fisiologi dalaman yang boleh korang rasakan dan pastikan sendiri.

Maka selepas ini kalau ada orang buat korang marah. Gila-gila punya marah. Di saat itu, di saat dia memaki korang, di saat dia menampar korang, di saat dia menghempas fail di atas meja korang, di saat telinga korang berdesing "Zziiiiiiinnggggg..."; cuba buat perkara-perkara berikut:

1) Diam. Cuma diam. Jangan bercakap. Jangan berpaling. Jangan gerakkan kaki dan tangan. Just don’t do anything. Sebaliknya, rasai apa yang sedang berlaku di dalam diri. Rasai sebaiknya. Hayati rasa-rasa itu menyelinap. Di telinga, di paru-paru, di tangan dan di kepala yang paling penting.

2) Untuk menghayati rasa-rasa ini korang perlu sedar, sensitif, dan otak korang pada saat itu tidak boleh membuat sebarang proses berfikir (computation), berkhayal atau mengakses memori-memorinya. Jangan hairan, otak yang sibuk mengakses memori membolehkan korang memandu sejauh 10km tanpa sedar tetapi tepat. Ketika marah dan diam itu jangan benarkan otak mengakses memori supaya ia boleh mengakses perkara-perkara yang sedang terjadi iaitu rasa-rasa mencucuk di dalam diri agar akal korang boleh manganalisa rasa-rasa itu.

3) Selepas hamba Allah itu selesai urusannya membuat korang marah itu, cepat-cepat tulis satu persatu ayat-ayat ‘lahanat’ yang mahu korang hamburkan tetapi korang diamkan untuk merasai emosi gila tadi.

4) Selepas puas hati, pergi ambil wuduk, ambil oksigen segar, dan tengok kembali ayat-ayat ‘lahanat’ tadi. Cuba gubah untuk jadi baik sikit. Cuba fikir kelemahan beliau yang marah korang tadi, mak abah beliau, kucing beliau, bulu ketiak beliau yang berjerubu tidak sempat dicukur, perkara-perkara bodoh yang beliau buat atau dibuat ke atas beliau.

5) Ada perbezaan pada dua versi ayat tersebut? Praktis membuahkan kesempurnaan (practice make perfect). Lama-lama korang boleh melakukan ini di dalam satu nafas.

6) Jumpai beliau dan bincang dengan baik.

Bos saya pernah dimarahi kontraktor yang punya banyak alasan untuk melengahkan kerja. Kontraktor yang dapat kontrak daripada syarikat kami, boleh dia marah klien dia. Anehnya, saya yang panas telinga mendengarnya, bos saya boleh senyum. Kemudian dia berkata, “terima kasih, encik pun tahu saya boleh batalkan kontrak ni bila-bila masa. Saya rasa kontrak ini saya akan batalkan. Terima kasih datang.”

Semasa dua hari Absyar bayi comel saya pulang ke rumah, sukar untuk isteri saya bagi dia susu badan. Kekok isteri saya satu hal, kekok budak tu nak menghisap pun satu hal. Melihatkan senario itu entah kenapa saya jadi emosional. Rasa nak marah. Panas. Anak lapar dan menangis. Sampai kata-kata pun jadi sedikit meninggi menyuruh isteri saya betulkan sini, ampu sana, tonyoh sini. Menyedari serangan emosi, saya keluar daripada bilik. Sedut oksigen, basuh muka dan kendurkan paru-paru. Lima minit saya dapatkan isteri saya balik untuk membantu dia menyusukan Absyar sambil senyum.

Sampai sekarang ni bila laptop ni buat hal, pernah juga saya tekan-tekan ctrl alt del semacam orang gila. Hish. Nafsu memang azali dalam badan, rendam dalam neraka ribu-ribu kali pun tak mati dia.

Bila dah dapat anak ni, saya mulai sedar untuk mendidik diri agar menangani anak itu bukan dengan emosi tetapi cinta.

Kadang-kadang memang kita marah sebab sayang anak. Tetapi itu ‘general/overall mental statement’ yang kita boleh jawab bila-bila masa apabila ditanya, saat waras. Yang dipertikaikan di sini, adalah ketika atau di saat-saat marah itu sendiri. Ketika marah itu, ketika kita mengangkat tangan untuk memukul itu, adakah sebab sayang atau melepas geram?"



Thursday, June 24, 2010

Komando Israel Calon Terima Anugerah

oleh Ibnuyaacob

flotilla_attacked

The Times Online melaporkan bahawa komando Israel yang menyerang hendap kapal misi bantuan kepunyaan Freedom Flotilla telah disenaraikan sebagai antara calon pilihan penerima anugerah khas dari Kerajaan Israel iaitu Medal of Valor.

Serangan yang menyebabkan 9 orang aktivis meninggal dunia itu mendapat perhatian dunia dan ia dikecam dari pelbagai media serta masyarakat.

Medal of Valor atau dalam bahasa Hebrew disebut Itur HaGvura ialah pingat khusus yang membawa gelaran Hero of Israel kepada penerimanya. Pemegang pingat ini bukan sahaja bergelar ‘hero’ tetapi juga akan menerima kelebihan-kelebihan tersebut:

  • Pengurangan cukai pendapatan
  • Jemputan ke majlis-majlis kehormat pegawai kerajaan
  • Mayatnya akan ditanam di Helkat Gedolei Ha’Uma iaitu kawasan perkuburan tempat Dr. Theoder Herzl (Pengasas Pertubuhan Zionis Antarabangsa) ditanam

Wednesday, June 23, 2010

HARTA DAN DIRI HANYA PINJAMAN

Bismilahirohmanirohim

TERDAPAT empat golongan manusia yang tidak akan merasa runsing atau gelisah, ketika seluruh manusia menempuh kegawatab pada hari kebangkitan di Mashsyar kelak. Malah golongan berkenaan akan ditempatkan oleh Allah SWT di suatu bukit “ KASTURI” yang sangat harum dan nyaman. Betapa mewah dan selesanya keadaan mereka sebelum memasuki syurga lagi.

Golongan bertuah itu seperti dijelaskan oleh Sabda Rasulullah S.A.W.sebelum yang bermaksud:

1) “Seorang yang membaca al-Quran semata-mata untuk mendapat keredaan Allah SWT.
2) Orang yang menjadi iman(imam solat atau pemimpin masyarakat) dalam situasi disenangi(diredai) orang ramai.
3) Seseorang yang melaungkan azan di masjid dan berdoa kepada Allah Azza wa Jalla semata-mata untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT.
4) Seseorang yang dibala dengan harta(sama ada kemisikinan atau kekayaan) di dunia, tetapi ujian harta tersebut tidak menjejaskan amalan akhirnya”.

Golongan pertama, ialah mereka yang penuh keyakinan bahawa membaca al-Quran adalah ibadat yang disukai Allah SWT. Mereka senantiasa membacanya, bukan untuk berlagu dan menarik perhatian orang ramai, sebaliknya hanya untuk mendapatkan reda dari Allah SWT.
Disamping membaca, mereka berusaha memahami maksud dan mengambil hidayah, hukum hakam, iktibar serta peringatan daripada wahyu Allah SWT yang dibacanya itu.

Golongan Kedua, ialah orang yang jadi imam kepada sesuatu kaum, sama ada imam solat atau imam sebagai pemimpin masyarakat. Dalam keadaan orang ramai reda dan menyukainya, disebabkan akhlaknya yang mulia, nasihatnya yang baik dan menepati kehendak Allah SWT serta kepimpinannya yang adil.

Golongan Ketiga, ialah seorang lelaki yang azan di masjid, musalla atau di mana jua kerana Allah Taala, semata-mata azan untuk mendapat pahala kerana sebutan pertama dalam azan adalah menyebut nama Allah SWT dan Rasul-Nya.
Mereka melaungkan azan kerana terdapat didalam azan perkataan dan seruan yang baik, mengajak manusia mendirikan solat ( hayya alas solah) dan mengajak manusia mencapai kejayaan ( hayya alas falah ). Nasihat yang baik termasuk seruan “As Solatu Khairun Minan Naum” ( sembahyang lebih baik daripada tidur).

Golongan Keempat, ialah seorang yang ditimpakan bala(ujian) harta oleh Allah SWT di dunia ini, tetapi bala itu tidak menjejaskan amalan akhiratnya. Diuji dengan rezeki sama ada miskin ataupun kaya. Kemiskinan sememangnya menyusahkan seseorang . Tetapi kekayaan juga boleh jadi ujian yang berat kepada manusia.

Kekadang-kadang orang yang kaya sangat berat untuk menderma, kerana walaupun hartawan kadangkala hatinya miskin (bakhil). Berat untuk mengeluarkan harta bagi kebajikan orang lain.
Namun golongan keEMPAT yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW, itu, bala rezeki sama ada miskin atau kaya tidak menjejaskan kerja amalannya untuk akhirat.
Dalam susah kerana dibalakan dengan kemiskinan, mereka masih mampu menyenarai dan memperuntukkan sebahagian hartanya untuk menderma bagi kepentingan agama walau sedikit tetapi ikhlas untuk pahala akhirat, di samping untuk keperluan diri dan rumah tangganya.
Kekayaan juga kadangkala menjadi malapetaka kepada seseorang, mereka terlalu sibuk untuk mengurusnya hingga lupa kebajikan jiran tetangga dan ahli masyarakat yang miskin serta memerlukan.

Sebahagian hartawan pada umumnya merasa kehidupannya amat selesa, keselesaan menjdikan mereka lupa Tuhan tempat bergantung segala-galanya. Justeru masyarakat sekeliling tidak mendapat sebarang manafaat daripada kekayaan hartawan itu, kerana harta mereka sedang dilabur dalam mana-mana instituasi kewangan yang menjanjikan keuntungan lumayan.
Bagaimanapun Nabi S.A.W. menegaskan, ada orang yang diselamatkan oleh Allah SWT daripada bala harta, kekayaan tidak menjdikan mereka lupa daratan sebagaimana yang terjadi kepada Tsa’labah dan Qarun.

Orang yang diselamatkan Allah SWT itu, semakin dia hartawan semakin meningkat rasa tanggungjawabnya, bahkan bersyukur kepada Tuhan yang mengurniakan harta melimpah.
Dengan harta yang banyak itu mereka banyak pula mengeluarkan zakat, bermurah hati membantu orang yang memerlukan, kerana dia sedar bahawa harta dan dirinya hanya PINJAMAN dan AMANAH Allah SWT.

Jika kehidupan di dunia manusia memerlukan harta dan wang untuk menyelesaikan pelbagai urusan, di akhirat juga manusia memerlukan sesuatu untuk mencapai kebebasan daripada azab neraka, juga untuk memasuki syurga yang dijanjikan Allah SWT.
Yang dimaksudkan “SESUATU” itu adalah pahala. Pahala adalah tanda keredaan Allah SWT. Harapan seseorang untuk mencapai kebahagian akhirat dalam syurga, hanya jika pahala mengatasi dosa.

Antara cabang pahala di akhirat kelak adalah pahala akan menjadi nor (cahaya). Cahaya menjadi suatu keperluan manusia di alam barzah dan juga akhirat. Jika manusia terpaksa menyediakan lampu untuk menerangi rumah pada malam hari yang gelap gelita, maka mereka juga mesti berusaha untuk menyediakan cahaya untuk dirinya di akhirat.
Solat yang khusyuk dan sempurna adalah antara ibadat yang akan menjadi cahaya bagi menerangi seseorang pada hari akhirat kelak.

Orang lain tidak mungkin dapat menumpang cahaya dari nor ibadat seseorang pada hari akhirat. Kerana cerah cahaya pada hari akhirat itu ibarat cerah penglihatan seseorang, yang manaafatnya hanya untuk individu berkenaan sahaja. “Orang buta tidak mungkin matanya dapat menumpang cerah penglihatan orang lain”..Amin

Hanya dengan Allah SWT kita menyerah diri, agar memperolehi taufik dan hidayah-Nya
Sekian. Wa billahi taufiq wassalamu’alaikum warahmatulllahi wabarakaahtuh untuk kali ini semoga kita akan dipertemuakan dilain bicara
Insya Allah

Lima Kunci

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda"Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu:\
1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah.
2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.
3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.
4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah. (Bukhari)

Huraian :Pemilik ilmu itu adalah Allah SWT. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi di mana manusia dan makhluk lainnya tidak diberi ilmu oleh Allah SWT melainkan hanya sedikit sahaja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air dalam lautan. Firman Allah yang bermaksud "Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan." (al-Kahfi :109)

43 Perkara Ringan Yg Menyekat Rezeki.

Bismillah..

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38.. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Muhasabah diri

Manusia dibekalkan oleh Allah dengan dua sifat, iaitu sifat keji dan sifat terpuji. Sifat-sifat ini tidak dibekalkan kepada binatang, jin dan malaikat. Bahkan malaikat itu sendiri dibekalkan dengan semata-mata taat kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya. Lantaran adanya sifat keji atau mazmumah dalam diri manusia, perlulah manusia itu menghisab atau muhasabah dirinya.
Hadis Rasulullah bermaksud: “Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat”

Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah:
* Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?
* Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?
* Apakah Ilmu Allah yang telah disebari?
* Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan?
* Bagaimanakah rezeki Allah digunakan?
* Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?
* Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam?* Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?
* Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?
* Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri?
* Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah?

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”.

9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Pembaziran yang manusia sering buat. Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran :-
1. Ilmu pengetahuan Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

2. Amalan Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

3. Kewangan Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

4. Hati (Niat) Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

5. Tubuh badan Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

6. Cinta Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Masa Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

8. Akal Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

9. Zikir Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati. Wallahualam;

Thursday, June 17, 2010

Kenali 9 Syuhada Mavi Marmara

June 15, 2010

Pada 31 May 2010 9 sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kepada saudara seagama di Palestin. Mereka dibunuh oleh tentera israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar. Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut :

1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turkey, berkahwin dan mempunyai 6 orang anak.

Ibrahim Bilgen

2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai 4 cahaya mata.

Ali Haydar Bengi

3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai 2 orang putera.

Cevdet Kiliçlar

4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata

Çetin Topçuoglu

5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 3 tahun.

Necdet Yildirim

6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.

Fahri Yaldiz

7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai 7 orang anak.

Cengiz Songür

8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.

Cengiz Akyüz

9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai 2 adik beradik.

Furkan Dogan

Monday, June 14, 2010

Tuan Guru Tuan Hussain Muhammad Nasir al-Mas'udi al-Banjari رحمه الله تعالى


Gambar asy-Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Tuan Guru Tuan Hussin Kedah dan Tuan Guru Haji Ahmad bin Tuan Hussin


Abu Abdullah Hussin bin Muhammad Nasir bin Muhammad Thayyib bin Mas’ud bin Qadhi Abu Su’ud bin Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari dilahirkan pada hari Ahad 20 Jumadil Awwal 1280H bersamaan 2 November 1863 di Titi Gajah, Kedah. Nama timangan sewaktu kecilnya adalah Che Megat. Gelaran Megat diperolehi kerana ayah beliau Haji Muhammad. Nasir, seorang kebanyakan telah berkahwin dengan Tengku Fathimah binti Tengku Mahmud, seorang kerabat Diraja Kubang Pasu, Darul Qiyam. Kemudiannya beliau mashyur dengan nama Tuan Guru Tuan Hussin Kedah.

Keturunan Tuan Hussin Kedah adalah berasal dari Kelompoyan Martapura Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia. Dan beliau adalah dari keturunan seorang ulama yang sangat tersohor di Nusantara iaitu Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, pengarang kitab Sabil al-Muhtadin. Sejarah kedatangan keturunan beliau ke Kedah adalah apabila datuk kepada datuknya yang bernama Qadhi Haji Abu Su'ud diceritakan bahawa beliau pulang dari Makkah untuk meneruskan perjalanannya pulang ke Banjar telah singgah di Kedah. Apabila sultan Kedah mendapat tahu kehadiran ulama Banjar ini maka baginda Sultan Kedah telah meminta kepadanya supaya tinggal di Kedah untuk menjadi guru baginda dan juga rakyat Kedah.

Di Kedah Qadhi Haji Abu Su'ud al-Banjari atas kehendak Sultan Kedah telah kahwin dengan perempuan bernama Rajmah. Dari perkahwinan itu memperoleh anak dinamakan Mas'ud, iaitu moyang kepada Tuan Hussin Kedah.
Moyang kepada Tuan Hussin Kedah ini iaitu Haji Mas’ud bin Qadhi Abu Su’ud selain menjadi ulama di Kedah, beliau juga dilantik oleh Sultan Kedah, menjadi salah seorang panglima perang kerajaan Kedah ketika menentang kerajaan Thai (Siam Budha). Dan beliau gugur sebagai syahid ketika peperangan menentang Thai.

Pendidikan dan Membuka Pondok

Tuan Hussin Kedah mendapat didikan awal dari datuknya Haji Muhammad Thayyib bin Mus’ud al-Khalidi an-Naqsyabandi dipondok Titi Gajah. (Insyaallah, tulisan mengenai tokoh ini akan paparkan keblog ini nanti). Seterusnya beliau menyambung pelajarannya di di Pondok Bendang Daya, Fathani. Beliau sempat belajar dengan Tuan Guru Syaikh Haji Wan Mushthafa bin Muhammad al-Fathani (Tok Bendang Daya I) dan selanjutnya kepada anak beliau, Syaikh Abdul Qadir bin Syaikh Wan Mushthafa (Tok Bendang Daya II). Ketika di Bendang Daya dipercayai beliau bersahabat dengan Wan Ismail bin Mushthafa al-Fathani (Tok Ayah Doi – pengasas pondok Gajah Mati, Kedah) dan Tok Kelaba. Selain di Bendang Daya, Tuan Husein Kedah juga pernah belajar di Pondok Semela, pondok dimana datuknya pernah menuntut ilmu. Tuan Hussain Kedah telah merantau ke Kelantan, Terengganu, Singapura, Johor dan Perak untuk mendalami ilmu agama. Setelah lama di perantauan mencari ilmu, beliau kembali ke Titi Gajah dengan niat untuk membantu datuknya mengajar.

Memang sudah menjadi tradisi pada zaman tersebut, tidak lengkap ilmu seseorang sekiranya tidak melanjutkan pelajaran ke Mekah, yang merupakan pusat ilmu ketika itu. Maka pada tahun 1892, beliau berangkat ke Mekah bersama isterinya iaitu Wan Khadijah binti Wan Yusuf untuk mengerjakan haji dan menambahkan pengetahuan agamanya. Ketika di Mekah beliau sempat berjumpa dan berguru dengan ulama-ulama besar disana seperti Syaikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syaikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Syaikh Nawawi al-Bantani, Syaikh Umar Sumbawa, Syaikh Ahmad Umar Bali, Syaikh Ahmad Lingga, Syaikh Wan Ahmad al-Fathani dan ramai lagi.

Apabila Tuan Hussain pulang dari Mekah pada tahun 1896M, beliau meneruskan pengajarannya di pondok Titi Gajah dan pada waktu yang sama beliau ditawarkan untuk membuka pondok di kampung Alor Ganu, sebuah perkampungan yang berhampiran. Beliau menerima tawaran tersebut dan mengajar di sana selama tiga tahun.

Pada tahun 1900, beliau berpindah Bohor dan membuka pondoknya di sana. pelajar-pelajar lelaki dan perempuan di pondok Bohor berumur antara 15 hingga 60 tahun. Terdapat dua kumpulan pondok iaitu Pondok Dalam di mana disediakan untuk orang yang sudah berkeluarga dan Pondok Luar untuk anak-anak bujang. Tuan Hussin mengendalikan pondoknya di Bohor selama 12 tahun sehingga beliau terkenal dengan panggilan "Tuan Hussain Bohor".


Pada tahun 1912, Tuan Hussin berpindah pula ke Bagan Ulu dan membuka pondok di situ. Tempat ini sekarang dikenali sebagai Pantai Merdeka. Pelajar-pelajarnya berjumlah lebih 400 orang. Antara pelajar-pelajarnya yang terkenal ialah Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Abdullah atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok (gambar sebelah). Tuan Hussin mentadbir pondok Bagan Ulu selama 8 tahun sebelum membuka pondok baru di Selengkoh, Mukim Sungai Limau. Keadaan persekitaran di Selengkoh yang becak mengurangkan penuntut Tuan Hussin. Beliau berkhidmat di sana selama 4 tahun dan kemudiannya berangkat mengerjakan fardhu haji bersama anak dan cucu-cucunya.

Kepulangannya dari Mekah pada tahun 1924M telah memberi ilham kepada Tuan Hussin untuk membuka pondok baru pula di Padang Lumat. Dan seterusnya beliau membuka pondok di Pokok Sena, Seberang Perai pada akhir tahun 1929M. Tuan Hussin Kedah adalah seorang ulama yang wara’ dan rajin beribadah. Sering membawa tongkat ketika berjalan Beliau bertariqat Syattariah. Beliau adalah seorang tuan guru pondok yang tegas. Pelajarnya tidak dibenarkan merokok dan berambut panjang. Tuan Hussin Kedah adalah seorang ulama besar yang sangat gigih dalam perjuangan menggunakan kalam (perkataan) dan qalam (pena/penulisan) demi penyebaran ilmu pengetahuan Islam. Dalam kesibukan mengajar, beliau masih sempat untuk menulis kitab untuk diwariskan kepada generasi seterusnya. Antara kitab-kitab tulisannya adalah:-
  • an-Nurul Mustafid fi Aqaidi Ahlit Tauhid, diselesaikan pada tahun 1305H/1888M. Kandungannya membicarakan tentang tauhid, akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah. Kitab ini adalah kitab pertama yang beliau karang.
  • Tamrinush Shibyan fi Bayani Arkanil Islam wal Iman, diselesaikan pada hari Sabtu, 1 Syaaban 1318H. Menggunakan nama Husein Nashir bin Muhammad Thaiyib al-Mas'udi al-Banjari. Kandungannya membicarakan tauhid, akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah dinyatakan rujukannya ialah Ummul Barahin, Syarah Hudhudi, karya as-Suhaimi, Hasyiyah Syarqawi dan Dhiyaul Murid. Dicetak oleh Mathba'ah Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyah, Mesir, Zulkaedah 1346H, ditashhih oleh Ilyas Ya'qub al-Azhari.
  • Hidayatus Shibyan fi Ma'rifatil Islam wal Iman, menggunakan nama Abi Abdullah Husein Nashir bin Muhammad Thaiyib al-Mas'udi al-Banjari. Diselesaikan pada hari Isnin, 18 Muharam 1330H. Kandungannya membicarakan tentang tauhid dan fekah. Cetakan yang pertama Mathba'ah At-Taraqqil Majidiyah al-'Utsmaniyah 1330H. Dicetak pula oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, 1345H/1927H. Ditashhih oleh Syeikh Idris bin Husein al-Kalantani.
  • Kisarul Aksir lish Shaghir `indal Kabir li Ma'rifatillahil `Alimil Khabir, diselesaikan pada hari Khamis, 25 Rabiulakhir 1336H. Kandungannya membicarakan tentang tasauf dan thariqat. Cetakan yang ketiga, Al-Huda Press, Pulau Pinang, Safar 1356H/April 1937M.
  • Hidayatul Athfal, diselesaikan pada 1336H. Kandungannya pelajaran tauhid untuk kanak-kanak.
  • Hidayatul Mutafakkirin fi Tahqiqi Ma'rifati Rabbil `Alamin, diselesaikan pada 3 Rabiulakhir 1337H. Kandungannya membicarakan tentang tauhid, menurut akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Cetakan yang pertama Mathba'ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, 1345H/1927M. Cetakan yang kelima, Mathba'ah Persama, 83-85, Achen Street, dekat Masjid Melayu, Pulau Pinang, 1377H/1957M.
  • Tafrihus Shibyan fi Maulidin Nabi min Waladi `Adnan, diselesaikan pada hari Selasa 3 Rabiulawal 1341H. Kandungannya mengenai sejarah kelahiran Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم Dicetak oleh Mathba'ah Persama, 83-85, Acheh Street, dekat Masjid Melayu, Pulau Pinang, 1382H/1962M.
  • Tazkiru Qabailil Qadhi, diselesaikan pada 1343H. Kandungannya merupakan Terjemahan Hadits Jawahir al-Bukhari, terdiri daripada dua juzuk, yang telah dijumpai hanya juzuk yang pertama saja. Cetakan yang pertama, Al-Maktabah Zainiyah, Taiping Perak, 1350H Dicatatkan: “Titah membenarkan dicetak dari bawah Duli Yang Maha Mulia as-Sultan Perak atas minit paper Qadhi Kuala Kangsar nombor 149/30”.
  • Bidayatut Thalibin ila Ma'rifati Rabbil `Alamin, diselesaikan 1344H. Kandungannya membicarakan ilmu tauhid. Cetakan yang kedua The United Press, No. 3 Dato' Keramat Road, Pulau Pinang, 1357 Hijrah. Ditashhih oleh Ilyas Ya'qub al-Azhari.
  • ‘Alaqatul Lamiyah wash Sharfiyah, diselesaikan 1345H. Kandungannya membicarakan ilmu sharaf atau perubahan perkataan dalam bahasa Arab.
  • Ushulut Tauhid fi Ma'rifati Thuruqil Iman lir Rabbil Majid, diselesaikan 6 Syawal 1346H. Kandungannya membicarakan falsafah ilmu tauhid dan ilmu fekah. Dicetak oleh Mathba'ah az-Zainiyah, Taiping, Perak, hari Jumaat, 4 Jamadilakhir, 1347H (cetakan kedua). Cetakan ulangan oleh percetakan yang sama tahun 1355H (cetakan ketiga). Dicetak semula dengan kebenaran anak pengarangnya Tuan Guru Haji Ahmad bin Tuan Husein, Qadhi Besar Pulau Pinang dan Seberang Perai kepada The United Press, Pulau Pinang, selesai cetak 11 Jumadilawwal 1393H
  • Hidayatun Nikah, diselesaikan 1347H. Kandungannya membicarakan perkara-perkara mengenai nikah kahwin.
  • Qathrul Ghaitsiyah fi `Ilmish Shufiyah `ala Syari'atil Muhammadiyah, diselesaikan 25 Jumadilawwal 1348H. Kandungannya membicarakan tasawuf. Cetakan yang kedua, Mathba'ah Persama, 93 Acheh Street, Pulau Pinang.
  • Majmu'ul La-ali lin Nisa' wal Athfaliyi, juzuk yang pertama, disele- saikan pada hari Jumaat, 5 Jamadilakhir 1350H. Kandungan mukadimahnya menyatakan bahawa judul ini terdiri daripada sepuluh juzuk. Juzuk yang pertama, membicarakan hukum taharah dalam bentuk soal-jawab. Cetakan yang ketiga The United Press, Pulau Pinang, Jamadilakhir 1360H.
  • Majmu'ul La-ali lin Nisa' wal Athfaliyi, juzuk ke-2, diselesaikan petang Isnin, 20 Rejab 1350H. Kandungannya membicarakan tentang sembahyang dalam bentuk soal-jawab. Tidak terdapat nama percetakan. Dicetak pada 22 Jumadilakhir 1352H (cetakan kedua), dinyatakan bahawa terdapat tambahan daripada cetakan yang pertama. Cetakan yang ketiga The United Press, Pulau Pinang, 3 Jumadilakhir 1360H.
  • Tabshirah li Ulil Albab, diselesaikan tahun 1351H. Kandungannya membicarakan tentang akidah/tauhid.
  • Hidayatul Ghilman, diselesaikan pada tahun 1351H. Kandungannya membicarakan tentang akidah/tauhid yang ditulis dalam bahasa Arab.
  • Nailul Maram fi ma Yujabu Husnul Khitam, diselesaikan pada hari Ahad, 6 Sya’ban 1354H. Kandungannya membicarakan tentang beberapa amalan zikir dan wirid untuk mendapatkan husnul khatimah. Dicetak oleh The United Press, dikeluarkan oleh Haji Ahmad bin Tuan Husein dengan catatan: “Dicap risalah ini untuk mendapat khairat bagi al-Madrasah al-Khairiyah al-Islamiyah, Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai.”
  • Tanbihul Ikhwan fi Tadbiril Ma'isyah wat Taslikil Buldan, diselesaikan pada tahun 1354H. Kandungannya membicarakan tentang penghidupan dan pentadbiran pemerintahan.
  • Bunga Geti, diselesaikan pada tahun 1354H. Kandungannya membicarakan tentang sembahyang qadha atau mengganti sembahyang yang ketinggalan. Kitab ini merupakan kitab terakhir yang beliau tulis

Meninggal Dunia

Menurut catatan dari kelaurganya ketika beliau jatuh sakit, Tengku Abdullah; bekas muridnya meminta beliau pulang ke Kedah. Dan beliau pulang ke Kedah setelah dirayu oleh anaknya. Tengku Abdullah telah mengambil beliau di Pokok Sena dan dibawa ke rumahnya di Batu 16, Padang Lumat, dan pada 18 Zulkaedah 1354H bersamaan 10 Februari 1936M, dengan kehendak Allah Tuan Hussin pulang ke rahmatullah dan jenazahnya telah dikebumikan di perkuburan Titi Gajah. Perjuangannya diteruskan oleh anakandanya iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin, yang juga merupakan Qadhi Besar, Pulau Pinang.

Demikianlah sekelumit kisah ulama seorang ulama tersohor dan berjasa. Peranannya dalam pendidikan, dakwah dan penulisan dalam seharusnya menjadi contoh kepada generasi ulama sekarang. Akhirkata, marilah kita hadiahkan al-Fatihah pada ulama besar ini. al-Fatihah.


Rujukan Abu Zahrah:
  • Tulisan al-Marhum Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir Wan Abdullah didalam kolum Ulama Nusantara, akhbar Utusan Malaysia 29 Jumadilakhir 1425H / 6 Ogos 2004
  • Buku Tokoh-tokoh Ulama Semenajung Tanah Melayu -1
  • Buku Sejarah Ulama Kedah
  • Portal MyKedah.
  • Laman Web Madrasah al-Khairiah al-Islamiah

Sekian dari Abu Zahrah al-Qedahi

Friday, June 11, 2010

Hak” Israel untuk mempertahankan diri

Jumaat, 11/06/2010 – Sejak awal lagi pihak rejim Israel telah menjalankan dasar-penggera palsu. Sejak berkurun –kurun Rejim Israel telah menggunakan taktik yang sama untuk mengaburi mata rakyat bahawa bangsa mereka sendiri adalah korban pencerobohan. Semua berita utama media dan media massa telah mengambil jalur yang sama. “Israel adalah mangsa”, sebagai berita utama mereka. Sejak kebelakangan ini, banyak contoh-contoh yang di perkatakan lebih daripada sebelum ini.

Israel telah membenarkan serangan dan perang bermati-matian terhadap Palestin dan Arab dalam hal hak mereka untuk membela diri. Berikut adalah beberapa mesej yang kita dengar daripada orang-orang Israel berulang-ulang kali :

“Kita dikelilingi oleh orang Arab.”

“Kami dikelilingi oleh pengganas.”

“Kita hidup di daerah yang sukar dari Timur Tengah.”

“Kami sedang berjuang untuk berada di tempat kewujudan kita .”

“Nuklear kami adalah untuk tujuan perlindungan.”

“Pengepungan Gaza merupakan betul dari segi undang-undang bertujuan untuk menghentikan serangan roket.”

“Penempatan adalah cara undang-undang untuk melindungi Identiti Yahudi kita.”

Setiap penonton di seluruh dunia yang hanya mendengar akuan ini mungkin percaya apa yang mereka dengar. Hal yang biasa bagi setiap tubuh dan semua orang untuk mencari keselamatan dan keamanan sebagai keperluan asas.

Orang-orang di seluruh dunia dan khususnya di Amerika, yang merupakan penyokong utama Israel, akan percaya dan yakin. Selama mana rekaan ini diwujudkan oleh media-media dan bergema di institusi terkemuka, bahawa Israel akan terus menentang undang-undang antarabangsa dan piagam kemanusiaan.

Lebih banyak lagi hak asasi manusia yang akan di cerobohi @ di langgar.

sumber : The Palestine Telegraph

Tuesday, June 08, 2010

Rentetan Peristiwa Al Quds
















Demi Sebuah Bahagia

Oleh: Hasrizal Abdul Jamil

Lazimnya, saya tidak suka berkongsi tips. Malah saya sering berkata, untuk menilai satu-satu ceramah itu berasas atau tidak, lihatlah kepada tips. Jika ceramahnya penuh tips, maka ia adalah kosong tidak bermakna. Tips adalah buah. Manusia memang perlu kepada buah. Tetapi kita lebih membantu jika yang diberi adalah pokok yang menghasilkan buah. Tips tidak mungkin dapat dilakukan, jika pokok dan akarnya tiada.PETUA SENYUM UNTUK BAHAGIA
Mahu hidup bahagia, senyum setiap pagi.

Apakah manusia mampu senyum tanpa sebab?Apakah manusia boleh melemparkan senyuman sejati jika tujuan senyumnya tidak dapat dikenal pasti. Maka jika seseorang itu benar-benar mahu membahagiakan kehidupan seseorang, bantulah ia agar tersenyum sendiri. Senyum dari hati, yang bukan dibuat-buat tanpa erti. Tetapi hari ini saya ingin berkongsi petua. Petua yang diajar oleh guru-guru saya di Fitrah Perkasa. Petua ini petua segera, untuk cepat mengecap bahagia.Namanya “Ingat 2 Lupa 2″

INGAT 1
Ingatlah kebaikan orang kepada kita.Setiap kebaikan yang orang lakukan kepada kita, ingat-ingatkan selalu. Ia menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri sering menerima kebaikan itu. Namun dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan, ingatlah kebaikan Pihak yang paling berjasa kepada kita iaitulah ALLAH.Hitunglah betapa baiknya Allah kepada kita.Jika setiap hari kita balik bekerja, ada sejambak bunga di muka pintu, tidak teringinkah kita untuk kenal siapa pengirimnya? Tidak mahukah kita mengucapkan terima kasih kepadanya? Jika kita bertuah memiliki ibu bapa yang penyayang, isteri yang baik hati, suami yang luhur budi, anak-anak penyejuk mata dan hati, tidak teringinkah kita untuk mengetahui siapa Pengirim semua itu kepada kehidupan ini?LUPA 1Di samping mengingati kebaikan orang kepada kita, lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa. Jangan diungkit-ungkit, jangan disebut-sebut. Apatah lagi dengan tujuan mahu menyakiti.“Hmm, kalau tidak kerana aku, tak berkubah masjid ini!” kata si sombong.

“Kan dulu aku pernah tolong engkau. Sekarang tibalah giliran untuk engkau menolong aku”, ungkit si dia.Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. (Al-Baqarah: 264)Dan jangan sekali-kali diungkit ibadah kita kepada-Nya.Segala-galanya terlalu halus, remeh dan kecil, jika dibandingkan dengan mana-mana nikmat yang pernah dikurniakan-Nya kepada diri ini.INGAT 2

Setelah bercakap tentang kebaikan, ada seperkara yang perlu diingat selalu.Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada manusia. Kenang selalu kesilapan kita pada tutur kata dan tingkah laku, jangan mudah dipadam dan dibiarkan pergi tanpa ada pelajaran yang diambil darinya.Kenangkan ia, ingatkan selalu.
Bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.Dalam banyak-banyak keburukan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa, dosa dan kejahatan kita terhadap Allah itulah yang paling melata, setiap detik dan masa.Istighfar selalu… kenang-kenangkan salah kita kepada Dia.Sesungguhnya dosa yang paling merbahaya ialah apabila tiada rasa berdosa. Lupa pada segala jahat kita kepada-Nya, dek satu ujian yang ditimpakan-Nya ke atas kita. Ingat-ingatlah kekurangan diri ini, kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan selama ini, bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.LUPA 2

Manakala keburukan dan kesalahan orang kepada kita, lupa-lupakanlah ia.Manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa. Orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup gembira hati, kita yang gagal memaafkan dia, terus terseksa mengheret dirinya ke dalam diri, ke sudut mana sekali pun kita pergi.Deritanya hidup jika gagal memberi maaf, gagal melupakan salah orang kepada kita.

MENGAPA PERLU MEMBERI MAAF
Mengapa harus kita segera menjadi pemaaf?
Kerana kitalah hamba yang mendambakan maaf dan ampun dari-Nya.Kita hamba yang tak punya apa, sering berlaku dosa dan kurang pula tunduk taatnya. Maafkanlah manusia, agar Dia maafkan kita. "Oh Allah, sebelum kulelapkan mata ini, ku maafkan isteriku atas kesilapan dan kekurangan dirinya. Ku maafkan setiap salah dan silap anak-anakku dan ahli keluargaku. Ku maafkan setiap manusia yang berkata buruk di depan dan di belakangku"Semata-mata kerana aku dambakan ampunan-Mu.Siapa aku untuk berdendam sesama hamba, kerana al-Muntaqim, hanyalah Engkau, Tuhan Yang Esa lagi Perkasa.Maafkan aku, hamba yang berdosa.
Moga ada sinar bahagia, di hari muka.

Sunday, June 06, 2010

KEM REMAJA CEMERLANG - PMKT




Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.”

Riwayat at-Tarmizi dari Mustika Hadis


Pelbagai masalah sosial menimpa masyarakat seperti gejala mencuri, meragut, penagihan dadah, rogol, samseng sekolah, lumba haram, lepak dan pembunuhan. Remaja pada hari nampaknya sudah tidak gerun dengan undang-undang negara malah tidak takut jika dipenjarakan dan memandang remeh terhadap permasalahan ini. Masyarakat kini melahirkan rasa bimbang dengan masalah gejala sosial khususnya membabitkan remaja.


Menurut Laporan Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman pada Konvensyen Disiplin Murid Peringkat Kebangsaan 2004 di Kuala Lumpur mengakui punca utama masalah sosial yang dihadapi remaja ialah kegagalan mereka menguasai kekuatan asas bagi menghadapi kehidupan beradab. Empat kekuatan asas dikenal pasti adalah kekuatan akidah, kekuatan ilmu, kekuatan akhlak serta kekuatan ekonomi. Majallah Pendidik pada tahun 2008 menyatakan :-


“Banyak faktor yang mempengaruhi perlakuan remaja melakukan salah laku moral ini dan beberapa pihak harus sama-sama menangani permasalahan ini. Rata-rata remaja yang bermasalah datang daripada keluarga yang tidak bahagia dan kucar-kacir. Rumah bukan syurga untuk mereka meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman”.


KEM REMAJA CEMERLANG ini memfokuskan kearah “Kecemerlangan Akhirat Melalui Prestasi Hidup Di Dunia” dan bermatlamatkan kearah pembangunan Rohani, Jasmani, Intelektual, Emosional dan Sosial golongan remaja. Modul program akan diperkasakan dengan Modul Sahsiah, Modul Ibadah dan Ikhtiar Hidup agar mengetahui potensi diri dan berinteraksi secara sihat. Panduan pemakaian, penampilan diri, adab juga akan dikongsikan dan diamalkan semasa pengajian di Pondok Padang Temu, Melaka . Slot solat pula akan memberi fokus kepada panduan berwudhu', tertib solat, bacaan dalam solat dan PALING PENTING MAKNA DALAM BACAAN SUPAYA MENDATANGKAN KEFAHAMAN AYAT – AYAT DIBACA(Kusyuk) dan terdapat aktiviti-aktiviti kecergasan serta kepimpinan.


Aktiviti kem dimulai dengan pembentukan kumpulan-kumpulan kecil bagi penyesuaian diri .Aktiviti pengajian berbentuk ilmu fardu ain, fekah,tauhid, nasihat lugmanul hakim dan Sirah Nabi serta pengunaan audio visual bagi memudahkan kefahaman. Pada sebelah malam lebih berkonsepkan persoalan spiritual, ruhiyyah, hafazan , zikir dan selawat, ianya akan menyentuh jiwa dan sanubari agar menginsafi dengan nikmat dan tanggungjawab mereka di bumi Allah ini. Para peserta dibawa meredah kegelapan malam dalam aktiviti “Kembara Rohani” bagi mencari rantaian KENAPA DAN APA PERLU MEREKA DI BUMI INI untuk mencapai keredhaan Allah SWT.


Peserta akan dimestikan untuk menguasai bacaan & berserta makna iftitah, doa qunut, tahiyat akhir ,azan, qamat, menjadi iman sembahyang, selawat, zikir dan doa sembahyang berlatarkan pengajian ala pondok Kerja berpasukan dan menjalini peradaban Islam cara pendekatan Pondok merupakan latar belakang kehidupan mereka selama 2 minggu di sini yang akan mencabar tahap fizikal dan rohani, semoga para remaja dapat mengenali diri sendiri dengan kekuatan dan membina potensi yang sedia ada agar menjadi ”REMAJA CEMERLANG DI DUNIA DAN AKHIRAT


Diharapkan aktiviti ini menjadi impak positif dalam mempamerkan keindahan Islam kepada para remaja , baik dari sudut akhlak, ibadah, amalan, cara hidup dan sebagainya dalam dalam mengislahkan masyarakat ke arah yang terbaik dengan menjadikan Allah SWT sebagai tempat tumpuan kecintaan serta Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai ‘role model’ kehidupan dunia dan Akhirat .


Semoga program ini memberi manfaat ke arah mencari keredhaan Allah.


KETERANGAN SILA LAWAT http://www.pmkt.com.my/ DAN HUBUNGI PIHAK PMKT / PONDOK PDG TEMU di 0176439769 , 017-2451379 , 017-2921132 dan 013-2619765

Sila rujuk keterangan : Saham Ibu Bapa pada amalan anak2nye

kenapa nazi marah sangat dengan bangsa yahudi

ADMIN 1. Tahukah anda bahawa selain dari bangsa yahudi, adalah dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel? 2. Tahukah anda ...