Tuesday, May 18, 2010

Perempuan makhluk sensitif

PEREMPUAN fitrahnya adalah makhluk yang sangat sensitif berbanding lelaki. Ini mungkin disebabkan sejak kecil lelaki telah diajar agar tidak meluahkan perasaannya.

Itu alasan yang selalu diberikan. Tetapi rupanya ada alasan lain mengapa hal itu berlaku - otak lelaki dan wanita berbeza.
Amygdala, bahagian otak yang mengawal maklum balas emosi manusia kurang berhubung dengan bahagian otak lelaki. Hubungan yang sedikit itu pula hanya di bahagian seperti di visual cortex yang mengawal otot.

Walhal, Amygdala pada perempuan lebih terhubung dengan bahagian otak yang mengawal bahasa. Barangkali itu sebabnya wanita lebih terbuka dan mudah meluahkan perasaannya.

Berikut ialah antara perbezaan ketara antara lelaki dan wanita yang perlu difahami:

• Lelaki tahan sakit
Yang ini memang perempuan lemah. Dalam beberapa kajian mendapati lelaki selalunya mampu menahan sakit dengan lebih lama. Ramai percaya lelaki mampu berbuat demikian kerana persepsi masyarakat bahawa lelaki mesti kuat dan tidak sukar dikalahkan.

• Lelaki tidak tekun mendengar Alasannya, semasa lelaki sedang mendengar, mereka mengaktifkan otak kiri yang berkaitan dengan bahasa. Walhal, wanita mengaktifkan otak kiri dan kanannya serentak. Wanita juga mampu melakukan aktiviti lain sambil mendengar tetapi lelaki perlu lebih fokus. Begitupun ini tidak bermaksud wanita adalah pendengar yang lebih baik berbanding lelaki.

• Lelaki sukar mengingati perincian
Hal ini memang selalu berlaku. Lelaki selalu lupa tarikh perkahwinan, hari jadi malah kadang kala umur anak. Sebabnya, lelaki dan wanita menggunakan bahagian otak yang berbeza untuk membentuk ingatan. Ini membuatkan lelaki sukar untuk mengingati perincian sesuatu perkara tetapi ingatannya lebih berbentuk visual.

• Lelaki lebih menyukai sukan Jika dilihat secara rambang memang lebih ramai lelaki yang mendambakan sukan
berbanding wanita. Puncanya kerana testosteron yang dikaitkan maskulin. Lelaki mengeluarkan testosteron 20 kali lebih banyak berbanding wanita, setiap hari.

Kenyataan diatas dapat memberi gambaran jelas tentang perbezaan ketara diantara lelaki dan wanita. Dimana makhluk lelaki agak kurang sensetif didalam banyak perkara. Ini yang membuatkan lelaki dan wanita boleh hidup bersama. Itu yang dikatakan "Dua Sejoli". Bayangkan lelaki kawin dengan lelaki dan perempuan kawin dengan perempuan yang menjadi penyakit sosial dalam masyarakat kita sekarang.

Teringat kata-kata abah waktu aku kecik dulu "Setiap kejadian di muka bumi pasti ada hikmah. Kita sahaja perlu fikir menggunkan akal-fikiran yang dikurniakan". Allah s.w.t. sahaja yang mampu membuka pandangan mata hati hamba-hambanya

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda