Saturday, May 01, 2010

Nama : Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman
Tarikh Lahir : 11 Februari 1933
Tempat Lahir : Kampung Lubuk Tapah , Pasir Mas , Kelantan

Pendidikan :
Menerima pendidikan awal daripada ayahandanya sendiri iaitu Haji Abdul Rahman Bin Che Wan semenjak dari kecil hingga berumur 20 tahun. Kemudian beliau melanjutkan pengajiannya ke Mekah selama 14 tahun iaitu semenjak tahun 1953 hingga tahun 1966.

Guru- Guru :
Selain daripada berguru dengan ayahanda beliau di Malaysia , antara guru-gurunya di Mekah pula ialah :

Ulama-ulama nusantara terdiri daripada :

Al- Syeikh Ismail Bin Abdul Qadir Al- Fatani(dikenali sebagai Pa Da Ail)
Al- Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Muttalib Al-Mandili.
Al- Syeikh Muhammad Daud Bin Sulaiman Al- Kalantani.
Al- Syeikh Mokhtar Afnan.
Al-Syeikh Soleh Idris Al-Kalantani
Al-Syeikh Haji Abdul Rahman Daud Al-Fatani
Al-syeikh Engku Abdul Jalil Al-Indonisi
Al Syeikh Muhammad Yaasin Al-Padani
Al-Syeikh Soleh Saika
Al-Syeikh Sulaiman Ambon Al-Indonisi
Al-Syeikh Zakaria Al-Indonisi


Ulama-ulama Arab terdiri daripada :



1. Al-Syeikh Hasan Muhammad Al-Massyat

2. Al-Syeikh Sayyid A’lawi Sayyid Abbas

3. Al-Syeikh A’rabi Al-Idris Al-Maghribi

4. Al-Syeikh Muhammad Noor Al-bahraini

5. Al-Syeikh Abdullah Al-Lahhaji

6. Al-Syeikh Muhammad Amin

7. Al-Syeikh Sayyid Al-Yamani



Kesungguhan Tuan Guru Haji Abdullah semasa menuntut ilmu di Mekah dapat diketahui melalui dari cerita-cerita beliau sendiri tentang pengalamannya semasa menuntut ilmu disana.Diantaranya ialah :

i - Selama 14 tahun menuntut ilmu disana,beliau dapat menghadiri kesemua kelas-

kelas pengajian yang beliau ikuti kecuali hanya untuk 3 hari sahaja kerana demam.

ii - Sepanjang ingatan beliau boleh dikatakan beliau tidak pernah tidur siang selama menuntut ilmu di Mekah kerana sibuk dengan penumpuannya kepada menuntut ilmu.

iii - Beliau sering mengambil saf dihadapan berhadap kepada guru-gurunya di dalam kelas-kelas pengajian yang beliau ikuti.



Dengan kesungguhan yang beliau tunjukkan semasa menuntut ilmu membuatkan guru-gurunya kasih kepadanya hingga ada di antara guru beliau yang melewatkan sedikit kuliahnya semata-mata kerana menunggu kedatangan Tuan Guru Haji Abdullah yang terlewat sedikit kerana baru selesai mengikuti kuliah halakah guru yang lain.Beliau juga dapat menadah kitab seorang sama seorang kepada gurunya Syeik Pa Da Ail Al-Fatani yang merupakan tokoh ulama jawi yang masyhur di Mekah pada masa itu selama 5 tahun ( satu hingga satu setengah jam sehari ) hinggalah pada masa sakit yang membawa kepada kematiannya. Beliau sendiri diberikan kepercayaan untuk memandikan jenazah gurunya itu dan menguruskan urusan kenduri kematian gurunya itu.

Setelah 5 tahun menuntut ilmu di Mekah beliau diizinkan oleh guru-gurunya untuk mengajar didalam halakahnya sendiri didalam Masjidil Haram selama 9 tahun. Diantara murid-muridnya yang pernah mengikuti pengajian didalam halakah beliau ialah :

1- Dato Haji Hasbullah Mohd Hassan – Mufti Kelantan sekarang.

2- Ustaz Hussin Ibrahim – Sepupu beliau sendiri dan bekas wakil rakyat

Dun Bukit Tuku.

3- Ustaz Nik Mustofa Nik Abdul Rahman

4- Ustaz Wan Hasan Mentuan

5- Baba (Tuan Guru) Syaa’ri Tong Al-Fatani

6- Baba Abdul Rahman Penarik Al-Fatani

Jawatan :

1. Mudir Pondok Lubuk Tapah

2. Anggota Jemaah Ulamak Majlis Agama Islam Negeri Kelantan semenjak tahun

1969 hingga sekarang.( Sempat dibawah empat orang mufti )

3. Timbalan Pengerusi (1) Pusat Pembangunan Pondok Berhad ( Sebuah badan yang

dianggotai oleh pondok-pondok seluruh Negeri Kelantan )



Keluarga :


-Isteri :

Hajjah Yas@Kamariah Bt. Haji Abdul Ghani ( pengasas pondok Kubang Bemban,Pasir Mas )

-Anak-anak :

1. Hajjah Nafisah

( Guru di Maahad Muhammadi (P) kota Bharu,Kelantan )

2. Haji Luqman

( Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya )

3. Hajjah Nasimah

( Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor )

4. Hajjah Nabilah

( M.A Universiti Malaya dan sedang menyiapkan tesis Phd )

5. Haji Hamdan

( Peringkat akhir pengajian M.A dalam bidang Syariah Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia )



Aktiviti :

Selain daripada dipenuhi dengan aktiviti mengajar,aktiviti harian beliau juga dipenuhi dengan melayan tetamu-tetamu yang datang ke rumah beliau samada dari dalam atau luar negeri Kelantan kerana berhajatkan pertolongannya seperti menjampi air penawar untuk penerang hati, mengubati penyakit dan lainnya.Beliau juga sering dijemput oleh penduduk sekitar jajahan Pasir Mas untuk mengimami sembahyang jenzah,hajat dan menghadiri majlis-majlis kenduri.

Dalam aktiviti kemasyarakatan pula Tuan Guru Haji Abdullah juga turut memainkan peranan didalam kemajuan kampung dan penyediaan kemudahan sosial masyarakat setempat.Antara sumbangan beliau ialah :



1. Mengetuai dan menyumbang kepada pembinaan empat buah jambatan konkrit disekitar kampung yang memudahkan penduduk untuk menyusur keluar ke jalan utama.Dua daripada jambatan itu menghubungkan Kampung Kekabu dengan Kampung Lubuk Tapah satu jambatan menghubungkan Kampung Kekabu dengan Kampung Johol manakala satu jambatan lagi ialah jambatan baru Kampung Lubuk Tapah menggantikan jambatan lama yang dibina oleh ayah beliau pada tahun 1940 yang semakin uzur.

2. Membina sebuah Tadika Islam untuk anak-anak penduduk Kampung Lubuk Tapah.

3. Berusaha kepada mendapatkan kemudahan asas untuk penduduk kampung seperti bekalan air dan elektrik dan jalan raya.

Tuan Guru Haji Abdullah juga menjadi tempat rujukan bagi masyarakat tempatan dan luar didalam mencari jalan penyelesaian terhadap masalah–masalah yang berkaitan dengan agama dan urusan kehidupan seharian.Beliau juga sering menerima kunjungan daripada tokoh-tokoh ulama,,ahli politik,akademik dan lainnya dari dalam dan luar negara.Diantara tokoh- tokoh yang tersebut ialah :



1. AlMarhum Profesor Dr. Sayyid Muhammad Bin Sayyid ‘Alawi

Al-Makki – Ulama besar dari Arab Saudi.

2. Al-Syeikh Habib Omar - Ulama dari Hadralmaut,Yaman.

3. Al-Syeikh Nuruddin Al - Banjari Al-Makki - Ulama dari Indonesia

4. Dato Seri Anwar Ibrahim - Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

5. Profeser Dato Dr Osman Bakar – Bekas Timbalan Naib Canselor

Universiti Malaya.

6. Rombongan lebih kurang 30 orang ulama dari Indonesia,Fatani dan

Malaysia pada 28 Mac 2005.



Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan peringkat negeri apabila Baginda Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Faris Petra pernah membuat kunjungan ke Pondok Lubuk Tapah pada tahun 1992 dan 1995.Sementara keakraban beliau dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dapat dilihat apabila beliau dijadikan tempat rujukan dan sering dijemput untuk mengimamkan beberapa program sembahyang hajat secara besar-besaran yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu.









Tokoh Maal Hijrah :

Diatas pelbagai jasa dan sumbangan yang diberikan oleh tuan guru keatas masyarakat negeri Kelantan khususnya bagi penduduk jajahan Pasir Mas melalui pelbagai aktiviti yang dilakukan terutama sekali didalam bidang keilmuan dan dakwah islamiah maka Baginda Sultan Kelantan,Sultan Ismail Petra berkenan untuk menganugerahi beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Kelantan 1426H sempena dengan Majlis Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1426 H / 2005 M pada 9 Februari 2005 di Dewan Besar Balai Islam Lundang, Kota Bharu.



Karangan :

1- Persediaan Bagi Sekalian Mukallaf – kitab kecil membicarakan tentang ilmu tauhid,ulasan hakikat mustahil dan himpunan beberapa amalan doa-doa.Di karangnya sekembali beliau daripada Mekah pada tahun 1967.



2- Risalah doa-doa – Termuat didalamnya beberapa amalan doa-doa.Ditulis semasa beliau di Mekah pada tahun 1965.

Meninggal Dunia pada 19 Mac 2008

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda