Tuesday, May 11, 2010

Dato' Tuan Shaykh Haji Mohd Murtadza bin Haji Ahmad


Dato' Haji Mohd Murtadza bin Haji Ahmad – Beliau dilahirkan pada 23 Safar 1356H bersamaan 5 Mei 1937. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Dato' Shahbandar, Rasah. Kemudian meneruskan pengajiannya di Singapura bersama bapa saudaranya Tuan Haji Abdul Rasyid, dan kemudian di Sekolah Agama al-Atas, Johor Bahru hingga tahun 1956. Pada tahun 1957, beliau melanjutkan pelajaran di al-Mashor, Pulau Pinang. Kemudian tahun 1961 beliau menyambung pengajiannya ke luar negara iaitu di Maahad al-Kaherah dan seterusnya menuntut di Universiti al-Azhar, Cairo pada tahun 1967 hingga 1974.

Pengalaman dalam perkhidmatan :

• Bertugas sebagai guru Agama di Sekolah Agama Menengah Tinggi Bukit Merbah pada tahun 1974

• Menjadi Qadhi di Daerah Kuala Pilah dan Jempol sehingga tahun 1981.

• Menjawat jawatan Ketua Penerangan Agama dan merangkap Imam Besar Negeri Sembilan dari tahun 1981- 1984.

• Menjawat Ketua Penerangan Agama dan memangku Qadhi Besar bermula pada 31 Oktober, 1984 hingga bulan Ogos 1987.

• Bermula 10 Ogos, 1987 bertugas sebagai Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus hingga sekarang.

BIODATA MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN


Pada tahun 1943 Y.B Dato' Mufti memulakan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Sega, Rantau. Selepas itu bapa Y.B Dato' berpindah ke Mukim Nyatoh dan Y.B Dato' bersekolah di Sekolah Kebangsaan Nyatoh. Selepas British kembali memerintah Malaysia Y.B Dato' mula belajar di Sekolah Kebangsaan Dato' Shahbandar Haji Ahmad, Rasah hingga tamat pada kelas 6.

1950 - Belajar di Madrasah Khairiah Singapura disamping belajar dengan bapa saudara Tuan Haji Abd. Rashid.

1951 - Berpindah ke Madrasah Al-Atas Johor Bahru – belajar agama di sebelah pagi di Madrasah Al-Atas dan di sebelah petang belajar di Sekolah Agama Air Molek.

1956 - Lulus Kelas Khas dan mendapat No. 3 daripada 1000 orang penuntut. Dan pada tahun yang sama lulus syahadah al-Iftida‘iyah di Madrasah tersebut.


Pada awal 1957 berpindah ke Madrasah Al-Manshoor, Pulau Pinang hingga 1960. Kemudian lulus ujian dan dilantik menjadi guru sementara di Madrasah Al-Manshoor, Pulau Pinang.

Bulan Ogos 1960 bertolak ke Al-Azhar. Mula-mula belajar di Maahad Al-Bu‘us. Oleh kerana al-Azhar menerima perubahan baru zaman Sheikh Mahmud Shaltud dan Dr. Mohd Bahai, Menteri al-‘Aukuf. Semua pelajar-pelajar diarah menerima sistem baru palajaran sains dan agama di al-Azhar dan saya diantara yang kekal sehingga mendapat shahadah Senawi di Maahad al-Kaherah.


1965 - Mendapat sijil menengah al-Azhar.

1966 hingga 1973 - Mengaji di Universiti al-Azhar dalam kuliah al-Syariah al-Qanun.

1973 - Lulus Sarjana al-Azhar.

Sepanjang di Mesir beliau terlibat dengan Persatuan Melayu Mesir (PMRAB). Menjawat beberapa jawatan terpenting Persatuan tersebut dan berkawan rapat dengan ramai sahabat di Malaysia sekarang diantaranya Dr. Yusof Nor, Dr. Abdul Hamid Othman, Dato' Hashim Yahya, Ust. Azizan Abdul Razak, Sheikh Mohsin, Dr. Ismail Ibrahim, almarhum Tan Sri Sheikh Mohsin, Ust. Fadhil Nor, Dr. Daing Sanusi, Ust. Sulaiman Yasin, Dato' Nik Aziz dan pelajar-pelajar Brunei , Singapura , Indonesia , Filipina dan Muldip dan terlibat bersama-sama rakan Malaysia membentuk Pakatan Mahasiswa Asia Tenggara. Tamat pengajian pada tahun 1973 dan berada di Malaysia pada tahun 1974.

1974 - Bertugas sebagai Guru Sementara di SMKA Sheikh Hj. Mohd Said, Seremban

1976 - Menjadi Qadhi Daerah Kuala Pilah / Jempol dan Hakim Mahkamah Syariah Daerah Kuala Pilah dan Jempol.

10.9.81 - Dilantik menjadi Ketua Pegawai Penerangan merangkap Imam Besar Masjid Negeri.

10.7.84 - Ketua Pegawai Penerangan memangku Qadhi Besar Negeri Sembilan dan Hakim Mahkamah Qadhi Besar seluruh Negeri Sembilan. Dalam tempoh ini beliau telah dihantar menghadiri beberapa kursus yang diadakan samada di Kuala Kubu, JAKIM, 2 minggu menghadiri kursus Imam-Imam di Sabah atas kerjasama Kerajaan Malaysia dan Libya . Kemudian kursus Imam-Imam seluruh dunia di Mesir selama 3 bulan (Mac – Jun 1986) bersama-sama 11 orang Pegawai Agama seluruh Malaysia atas pilihan JAKIM.

Sepanjang menjadi Qadhi telah dihantar menghadiri beberapa kursus Qadhi-Qadhi seluruh Malaysia .

1987 - Dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Sembilan sehingga sekarang.

Sepanjang berkhidmat beliau dikurniakan 3 pingat :

1983 - PJK
1986 - PMC
1988 - DSNS

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda