Monday, March 01, 2010

Cinta Layang2

As Salam,


Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.


Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.

Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang


Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya.



Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..

Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu

Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....

Hidup menjadi sepi...
Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluq Nya..
Manusia bagaimana?

Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...
kita manusia.....???

Cinta manusia , manusia akan mati

Cinta benda , benda akan hancur

Cinta pada dunia , dunia akan meningal kita

Cinta pada isteri , anak , duit - akan balik meninggal kita selepa kita ditanam di kubur.

Cinta kepada nabi Muhamad merupakan cinta abadi

Kemanakah arah tuju cinta kita .....?adakah cinta kita macam burung diatas atau cinta kita pada Rasulllullah SAW melebihi semua yang ada.

"Katakanlah , Samakah orang yang berilmu , dan orang yang tiada ilmu "

QS Az zumar (Rombongan) 39:9




No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda