Saturday, November 21, 2009

Kais pagi makan pagi

Posted on Thursday, November 19 @ 18:27:27 PST by tok dalang
Oleh Adnan Ibrahim dan sedikit ubai suai teks asal oleh penulis.

Pada persepsi umum atau minda awam, mereka yang menjadi Menteri Besar atau berkaitan dengan menteri diklaskan sebagai pemimpin, sudah tentu banyak wang.Masyarakat melihat pada zahir menteri tinggal di rumah besar, menaiki kenderaan mewah ketika menemui rakyat maka sinonimnya sudah tentu gaji besar, wang banyak dan harta bertambah.

Mereka yang rapat pada mata rakyat seperti Ahli Parlimen contohnya boleh berubah mendadak daripada miskin kepada kaya selepas terpilih menjadi wakil rakyat maka tidak hairan kepada persepsi tersebut keatas menteri.Rakyat tidak akan kata menteri tidak ada duit. Lepas bersara atau yang paling hebat, baru sahaja naik menjadi menteri, sudah terdengar tanah dan rumah di sana sini. Kereta menjalar daripada buruk kepada baru malah tidak mampu dibilang.

Tambah kata orang, pencen pun tak habis makan.Maka kalau itu persepsi yang sudah menjadi informasi, kenapa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan terus hasratnya menunaikan Haji pada tahun ini apabila isu penajaan mengerjakan Haji beliau menjadi bahan perbincangan umum.Beliau sudah menjadi Menteri Besar selama 19 tahun, maka tidak hairan kalau tajaan menjadi isu, beliau boleh menunai Haji dengan wang sendiri tetapi kenapa ditangguh sehingga tahun depan?

Inilah perkara yang tidak mampu difikir kerana persepsi sudah menjadi informasi maka tidak terlintas kepada minda orang ramai bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak ada wang.

Tidak terlintas langsung pada pemikiran awam bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz bekerja sebagai Menteri Besar selama 19 tahun dengan gaji beribu sebulan tetapi masih tidak ada wang mahu mengerjakan Haji.

Boros sangat Tuan Guru Nik Abdul Aziz sehingga tidak ada langsung wang dalam simpanan!, tak kan tak ada kad kredit macam orang lain ................? Cuba tengok menteri lain cara hidup mereka & keluarga dan berapa banyak wang mereka dalam bank ......pernah tuan / puan terfikir bila pergi ke rumah menteri besar dan adakalanya menteri besar tersebut yang menuangkan air pada para tetamu (org gaji tak ada). Tok guru makan nasi pakai pinggang biasa je.....bukan jenis mahal sampai beratus ringgit & beribu .....kat rumah kita , kita pakai pinggan apa .....?

Namun yang jelas 19 tahun Tuan Guru Nik Abdul Aziz jadi Menteri Besar satu sen harta pun tidak ada pada beliau. Memang masjid beliau membesar tetapi rumah beliau dibelakang masjid kata orang Kedah: "Tang tu juga."Apakah orang seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang tiada harta mahu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)? Kereta masih satu dan kereta kerjaaan masih yang lama tak tukar pada kereta yang lebih mewah, ..tuan / puan dan berapa kali tukar kereta samaada beli baru atau refinance ........?

Nanti SPRM diketawakan rakyat Kelantan. Kata mereka: "Sepatutnya Tok Guru kawe yang patut siasat SPRM."Dilihat dengan mata kasar memang Tuan Guru Nik Abdul Aziz menaiki kereta besar, berpejabat besar dan bergaji besar tetapi apa yang tidak diketahui umum beliau umpama orang miskin kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Ini jiwa besar yang ada pada Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan tidak ada pada menteri lain. Beliau meletakkan feelnya seperti orang kebiasaan. Menjiwai rakyat miskin dengan nilaian perasaan bukan hanya sekadar bercakap: "Kesian orang miskin."Oleh kerana itu, rakyat perlu sayang kepada beliau. Sukar mahu cari pemimpin seperti ini. Seorang pemimpin yang memecah tembok kefahaman kebendaan melalui cara hidup beliau sendiri. Itulah akhlak yang ada kepada seorang pemimpin bukan hanya sekadar dimulut tetapi mengamal apa yang diperkatakan.

Rumah Tuan Guru Nik Aziz di Pulau Melaka tidak sama dengan rumah para menteri yang lain walaupun sudah 19 tahun menjadi MB , masih tetap sama iaitu rumah papan & batu,bukan rumah banglo , kolam renang, taman bunga dengan siap pengawal lagi dan cctv.

Mereka yang menulis sehingga seolah menjebakkan Tuan Guru Nik Abul Aziz dalam kancah rasuah patut berfikir dua kali..........kalau tuan / puan yang menabur fitnah cuba fikirkan selama 19 tahun agak2 berapa harta yang tuan / puan yang telah ambil/sapu/rasuah/kumpul ...agak - nagak berapa banyak tanah & rumah/ kereta yang telah dapat.....tetapi itulah Tok Guru masih dirumah alam dengan kereta lamanya.....suka tak suka , itulah ceritanya.

Sekarang nie Tuan Guru dah tak jadi pergi.....jadi berapa banyak saham fitnah kita yang telah kita tempah/ kumpul dan agak2 berapa lama lagi cerita nie akan padam , maka selagi tak padam dari itu saham fitnah yang terus mengalir......apa jawapan kita di mahkamah Allah Yang Maha Adil ? , semua peguam kita akan ditutup, sila baca terjemahan ayat Yassin, jangan dok baca , tetapi tak faham maksudnya.

Sekurang - kurang nya Tuan Guru pernah pergi Haji .................Soalan kepada kita yang tabur fitnah ini agak2 dah berapa kali kita dah pergi haji, .......apa nak jawab kat Tuhan nanti bila tabur fitnah kepada org yang dah pernah/ nak pergi haji bilamana kita nie belum lagi ? Cuba bandingkan harta tuan / puan serta saya sendiri dengan harta Tuan guru Nik Abdul Aziz ? , siapa lebih banyak ? Lihat pengorbanan beliau kepada rakyat sehingga 19 tahun menjadi pemimpin, apakah tidak ada bahagian wang untuk beliau merasai nikmat kekayaan ?

Sepatutnya orang yang mahu bersedekah, menghulur tangan kanan, tangan kiri tidak tahu. Itu yang dinamakan ikhlas. Kalau mahu bersedekah atau menaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz menunai Haji kenapa perlu mendedahkan kepada umum jika berniat ikhlas.Mereka yang ikhlas, Allah SWT memberi ganjaran besar tetapi bila didedah kepada umum maka hilanglah ikhlas. Orang awam akan lihat ada kepentingan kerana Tuan Guru Nik Abdul Aziz bukan sahaja ulama malah beliau Menteri Besar Kelantan.

Hadiah, sumbangan atau sedekah bagi orang awam lebih baik bisu supaya Allah memberi ganjaran yang besar. Lainlah ulama atau orang politik yang mahu beri sedekah kerana ia boleh jadi contoh akhlak baik kepada orang awam dan mendatangkan nama baik kepada parti.

Nanti ada yang bertanya, apakah sedekah bisu kepada Menteri Besar itu tidak mengundang rasuah? Kalau Menteri Besar itu tidak berakhlak maka berlakulah rasuah. Itu pentingnya pemimpin berakhlak daripada seorang ulama berjiwa kerohanian yang tinggi sehingga bila melakukan dosa nampak azab neraka Allah.

Lainlah orang lain , sudahlah profesional dan jauh pula dengan didikan Islam maka lagi seronok dapat hadiah secara bisu ...... jangan sama diri anda yang TERLALU CINTA DUNIA dengan Tok Guru .....19 tahun dah memerintah, adakah kita pernah dengar atau disabitkan kesalahan rasuah samaada Tok Guru , Isteri dan Anak2 (yang lain no komen), inilah didikan Agama Islam dan Amah kepada Allah & Rasul SAW.........tuan/ puan serta saya boleh buat ke....? Berapa harta anda berbanding dengan Tok Guru...?

Sebelum tabur fitnah atau jadi nasi tambah, email tambah , batu api , pemitik api atau mangkuk sumbing...cermin diri dahulu ..amal kita dah banyak mana , sebulan daripada gaji/rezeki berapa peratus % kita infak ke jalan Allah & Rasul.........? , nanti suara hari atau mata hati tuan / puan nampak Tok Guru nie siapa ? (ketepikan status MB dia?)

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda