Wednesday, November 18, 2009

Bulan Zulhijjah

Kedatangan Zulhijjah janganlah disia-siakan terutama bagi kita yang tidak berpeluang untuk mengerjakan ibadat haji pada tahun ini.

Dalam hadis Rasulullah S.A.W telah memberitahu kita bagaimana kelebihan bulan Zulhijjah terutama sepuluh hari pertama, hari-hari tasyriq dan lebih utama ialahhari Arafah.
Kita digalakkan untuk berpuasa, berzikir dan melakukan segala amalan soleh yang lain. Zulhijjah juga memberi peringatan kepada kita bahawa akan berlalunya tahun bersama bertambahnya umur kita dansemakin hampir kematian kita. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk beramal dan menambahkan bekalan akhirat kita.

Pesan ulama' bahawa orang yang paling cerdik ialah mereka yang menyediakan bekalan untuk hari-hari selepas matinya dan orang yang paling bodoh ialah mereka yang berseronok mengumpul habuan untuk hariyang pasti akan ditinggalkannya tanpa mempedulikan hari akhiratnya.

Di sini dinukilkan 2 hadis yang memberitahu kita mengenai kelebihan sepuluh hari pertama Zuljjjah dan fadhilat berpuasa pada hari Arafah.

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai kepada Allah daripadahari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya daripada tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa seharidaripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. Hadis isnadnya hasan dikeluarkan oleh imam al-Baihaqi.

Disebut oleh imam Sayuti - Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampundosa) setahun lalu dan setahun akan datang.- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi

Wallahu A`lam bish-Showab.

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda