Thursday, September 10, 2009

Memanfaatkan Ramadhan

Perkara paling hebat yang kita mampu peroleh di bulan ini adalah peluang mendapat pengampunan daripada Allah

Abu Huraira (r.a.) meriwayatkan, Rasulullah sallalahu ‘alayhi wasallam bersabda,
“Sesiapa yang menunaikan solat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan, dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, maka semua dosa-dosanya akan diampunkan. [Sahih Bukhari, Book 2, Hadith 36]

Abu Huraira (r.a.) meriwayatkan, Rasulullah sallalahu ‘alayhi wasallam bersabda,
“Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan, dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, maka semua dosa-dosanya akan diampunkan.” [Sahih Bukhari, Book 2, Hadith 37]

Allah subha nahu wata’aala berfirman di dalam al Qur’an,

“Lailatul Qadr (super night) itu lebih baik daripada 1000 bulan.” [Al Qadr, (97: 3)]

Begitu luas peluang dan ruang diberikan oleh Allah untuk memohon keampunan daripadaNya. Akhirnya terpulang pada diri kita sendiri adakah kita mahu mengambil peluang ini untuk bertaubat sesungguh-sungguhnya kepada Allah, bermunajat sebanyak-banyaknya, dan beristighfar mengingati Allah setiap masa untuk meraih keampunan daripada Allah. Dapat kita bayangkan kasih sayang Allah? Jika kita masih mahu menolak tawaran hebat ini, seolah olah, seboleh-bolehnya kita mahu mengelak keampunan Allah, yang merupakan tawaran terbesar dan terhebat yang mampu kita peroleh. Tetapi adakah orang yang seperti itu? Adakah orang yang mahu menolak keampunan daripada Allah? Tanya diri sendiri, sekiranya kita masih liat untuk bersolat malam di bulan Ramadan, dan liat berpuasa dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah, mungkin kitalah yang tergolong dalam golongan yang serugi ruginya, malang semalangnya kerana menolak tawaran keampunan daripada Allah.

2. Peluang doa diterima oleh Allah

Abu Huraira (r.a.) meriwayatkan, Rasulullah sallalahu ‘alayhi wasallam bersabda maksudnya,

“Setiap amalan baik anak Adam akan digandakan, amalan baik menerima 10 ke 700 kali ganda. Allah subhanahu wata’ala berfirman, “Kecuali berpuasa, kerana berpuasa dilakukan kerana Aku dan Aku akan memberi ganjaran kepadanya, kerana hambaKu meninggalkan kemahuan dan makanan keranaKu. Ada 2 keadaan mengembirakan orang-orang yang berpuasa, iaitu ketika berbuka puasa, dan ketika dia bertemu Tuhannya, dan bau mulut orang-orang yang berpuasa pada Allah lebih harum daripada haruman yang mewangikan.” [Sahih Muslim, Book 6, Hadith 2567]

Bayangkan para pembaca sekalian, Allah subhanahu wata’ala, Tuhan sekian alam, yang menciptakan langit dan bumi, yang menciptakan sekian makhluk di alam ini, yang menciptakan diri saya dan diri anda semua, mempunyai surprise kepada kita. Allah mempunyai surprise kepada kita. Subhanallah, kita ini hanyalah hamba Allah yang sungguh dhaif, penuh dengan kelemahan dan kekurangan, tetapi Allah telah menjanjikan suatu kejutan ganjaran bagi hamba-hambaNya yang berpuasa. Kalau manusia yang memberi surprise kepada kita, tentulah hati kita pun jadi sangat gembira. Tetapi bayangkan, Allah, yang menguasai segala-galanya di alam ini yang mahu memberi surprise kepada kita. Tidakkah kita berasa super excited dan super teruja? Oleh itu gunakanlah peluang ketika berpuasa di bulan Ramadhan ini untuk sentiasa berdoa kepada Allah sepanjang hari, lebih-lebih lagi ketika mahu berbuka puasa.

3. Peluang mengumpul amalan sebagai pemberat al Mizaan di Hari Pengadilan

Di dalam syurga, terdapat suatu pintu yang dinamakan ar-rayyan, yang bermaksud untuk memuaskan haus dahaga. Pintu di dalam syurga, bukannya di luar syurga, merupakan suatu pintu yang sangat istimewa, khas untuk orang-orang yang berpuasa sahaja. Di dunia ini, ketika kita berpuasa, kita telah meninggalkan kemahuan dan makanan kita semata-mata kerana Allah. Sekiranya, inshaAllah, kita dipilih oleh Allah untuk memasuki pintu ar-rayyan, maka di dalamnya “you name what you want.” Terasa sahaja dahaga maka minumlah dari apa sahaja yang kita mahukan. Apa sahaja yang kita tinggalkan ketika berpuasa ini, Allah subhanahu wata’ala akan mengantikan dengan suatu yang jauh lebih baik di dalam syurga nanti.


Juga di dalam bulan Ramadhan ini, terdapat suatu malam yang super istimewa, lain daripada malam-malam yang lain. Di dalam kitab al Qur’an tercatat 1 surah untuk menggambarkan kehebatan malam ini. Malam yang apabila kita menangis kerana takutkan Allah, ganjaran tangisan itu jauh lebih baik untuk 1000 bulan. Malam yang apabila kita berqiyam layl, ganjarannya jauh lebih baik untuk 83.3 tahun. Malam yang apabila kita bersedekah, ganjarannya jauh lebih baik untuk 83.3 tahun. Laylatul Qadr – berapa banyak extra-credit yang Allah mahu berikan kepada kita? Tetapi mahukah kita menyahutnya?

Kesimpulan

Marilah kita menggunakan sebaik-baiknya peluang ketika berada di bulan Ramadhan ini untuk beramal sebanyak-banyaknya. Serulah isteri dan anak-anak kita untuk turut sama menghayati dan menghidupkan bulan Ramadhan ini dengan amalan solat berjema’ah, membaca al Qur’an, bersedekah, berqiyam layl dan pelbagai perkara lagi.

Akhirnya, berdoalah kepada Allah agar Allah menerima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini. Pohonlah kepada Allah agar mengampunkan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Sesungguhnya Allah itu maha penyayang, maha pemurah dan maha pengampun

Catatan : Khairul Amar Razali

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda