Tuesday, August 04, 2009

Sifir Kerohanian

Salam
Khas buat saudaraku yang ku cintai demi Allah s.w.t

Kisah 1 :
( Ingin ku kongsikan "sifir" kerohanian .)
Kitaran kerohanian yang aku maksudkan

Ini "sifir" Rejab, Syaban dan Ramadhan:
( Jangan ditinggal amalan yang menjadi kelazimanmu )

Cuma memperbanyakkan sahaja dengan tambahan ini


Selain dari puasa2 sunat dan amalan malam . Ada juga jalan kerohanian
yang mengamalkan wiridan Bismillah dan surah al-Ikhlas.
Segalanya perkara2 itu baik2 belaka . Cuma pesan dan nasihat buat saudaraku

AWAS
: menuntut ilmu dan mengamalkan ilmu itu hendaklah berGURU.
Kalau tanpa guru awal-awal lagi syaitan dah TIPU.

4 Amalan ini di dalam kerohanian yang di"sifir"kan sebagai "memecah pasu" .
Apakah maksudnya ? Ia sebagai kiasan sahaja wahai saudaraku :

Lihat kiasan ini :
Apabila kamu berguru dengan guru kerohanian maka kamu ambil
"benih-benih" amalan dan zikir yang agung darinya hingga sampai ke rasulullah akan wasilahnya.
Akan tetapi apa yang kamu ambil itu kamu "tanamkan" benih2 itu kedalam "pasu diri mu " .
MUSTAHIL kamu dapat "buah"nya apatah lagi merasa manisnya.
Inilah yang berlaku bilamana mengaku mengikut jalan kerohanian tetapi tidak tahu baca Quran
lagipula tiada adab pada diri yang malas dalam berzikir dan berselawat serta jauh dia dari kehambaan pada Tuhannya kerana tiada ia beristighfar.
Maka pecahkan bulatan "pasu diri" itu di dalam diri kamu agar benih2 tadi menjadi pokok untuk
kamu merasai buahnya.
Sebab itu sering aku mendengar istilah ini " Aku ini bukan tebang pokok lama tanam pokok baru "
Kalau dalam pasu apakah jadi pokok ?

Carilah guru kerohanian yang dapat membimbing dirimu wahai saudaraku
dan pada masa yang sama perbaiki ilmu al-Quran dengan guru al-Quran mu. Jangan ditinggal.

Kisah 2:

Ini ayat yang dimaksudkan seperti yang ditazkirahkan pada Zohor tadi :
Berkenaan zikir


Maksud Ayat Surah al-Ju'maah ayat 10

"Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah

dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung / beroleh kejayaan. "

Masalahnya : Banyak macam mana ? 7 pun banyak 70 pun banyak 700 pun banyak 7000 pun banyak 70000 lagilah banyak.
Di sinilah saudaraku kamu perlukan guru kerohanian untuk membimbingmu wahai saudaraku.
Seperti yang diperkatakan oleh Guru lagi Mursyid Tareqah Naqsyabandiyah Kholidi as Syeikh Mahmud
" Banyak itu sehingga kamu sampai kepada " MUTMAINAH" selagi belum sampai MUTMAINAH maka kamu masih punah ranah .."

Dan dibahas oleh guru dan mursyid kerohanianku dalam kiasannya Mutmainah itu "tersepit" di antara
Amarah ( nafsu syaitan ) , Lawamah ( nafsu binatang ) dan Mulhimah ( nafsu yang jahat)
Justeru itu jika berzikir , berselawat , beristighfar dan membaca Quran itu tiada kesungguhan maka kamu diketawakan oleh
Amarah , Lawamah dan Mulhimah belum lagi diketawakan oleh Syaitan baru diketawakan oleh nafsu.
Maka bunuhlah Amarah , Lawamah dan Mulhimah itu .
Hendak bunuh dengan apa ? Jawapannya carilah guru kerohanian wahai saudaraku.

Itu sahaja yang dapat aku kongsikan buat saudaraku ..yang ada di dalam "catatan muridinku"..
Perkara di atas bukannya dari kitab , mahupun hadis2 tetapi dari titipan perjalanan kerohanian mereka.
Anggap ia sekadar NASIHAT sahaja.




" Perkara kerohanian tidak boleh difaham dengan aqal, nafsu dan ilmu. Jika boleh dengan ilmu,
sudah tentulah Imam Ghazali tidak mengaji dengan Yusuf Nasaji dan Sheikh Abdul Wahab Sya’rani tidak mengaji dengan Ali Khawas.
Cukuplah mereka ini menjadi contoh. " kata2 Mursyid as-Syeikh Mahmud



No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda