Monday, August 31, 2009

Ikhlasnya sebuah Selipar

Salam , Ramadhan Kareem

Saya ada kawan.

Nama samaran dia Ustaz, nama sebenar dia tak perlu tahulah. Nanti dia segan. Ustaz ni kawan saya masa di UTM dahulu, kami satu kelas, satu kursus dan satu asrama. Di UTM kami tak panggil asrama tapi kami panggil Kolej Kediaman. Kolej Kediaman kami terletak atas bukit dan namanya Kolej Perdana. Saya dan Ustaz mula mengenal sejak tahun dua, kami sama-sama ambil kursus kejuruteraan elektronik dan dia adalah anak jati Johor Bahru. Dia ni terkenal di Kolej kami sebagai pengasas gerakan Tabligh dan juga merupakan salah satu jemaah yang setia berkunjung ke surau.

Orang ramai mengingati dia sebagai seorang yang rajin menziarah ke bilik orang untuk bercakap mengenai iman. Namun kemudian dia akan menjadi terkenal kerana penerbitan risalahnya yang tidak bersetuju dengan banyak kegiatan dalam gerakan tabligh. Tak payahlah kita cerita panjang lebar mengenai perkara itu.

Apa-apa pun umum diketahui Ustaz ni seorang pelajar yang baik dan rajin, tak pandai sangat tapi rajin belajar. Tapi bagi saya Ustaz bukan sekadar lebih dari seorang yang baik dan rajin beribadah. Ustaz dalam ingatan saya adalah seorang kawan yang tidak berat membantu kawannya yang susah, orang yang sangat menghormati gurunya, seorang yang tak sudah-sudah repair komputernya yang tak habis-habis beri masalah. Ustaz selain fasih dalam kitab-kitab lama (termasuk kitab Permata Yang Hilang) dia juga mahir membaiki Cakera Keras (Hard Disk lah tu), peminat fanatik game Final Fantasy dan suka menonton babak mengharukan cerita anime cinta kompleks.

Walaupun beliau kelihatan tegas dalam kegiatan harian beliau (termasuk menjadi pelajar silat cekak) namun jauh di sudut biliknya yang sepi ditemani rakan sebiliknya yang ala-ala “vampire” bernama Ecam itu, dapat kita lihat yang sesungguhnya hati Ustaz bukan kristal. Saya teringat apabila Ustaz menjadi gundah gulana apabila seorang anak gadis menghantar pesanan melalui Friendster untuk berkenalan; beliau tertarik dengan tulisan Ustaz mengenai hukum hakam.

Apatah lagi melihat dia segan silu apabila kami menanya mana dia dapat dan untuk siapakah “keychain” kristal ukiran bunga ros yang terletak di atas mejanya. Itu belum lagi wajah terharu dan pilu beliau apabila menonton adengan School Rumble (nama anime) ketika Tsukamoto Yakumo membaca kata hati adik Harima Kenji yang mengeluarkan kata-kata ikhlas mengenai perasaan beliau ketika memandang wajah Kak Yakumo.

Siap buat adengan klip pendek tuh lepas tu kongsi dengan kawan-kawan “otaku”. Tak lupa juga Ustaz pernah menonton seluruh siri Tabib Hor Jun, kisah seorang tabib dari Korea atau Taiwan (tak pasti) sekali gus 16 jam tanpa henti. Ye dia memang seorang nerd! Memang banyak kisah dan pengalaman yang saya ingat dengan Ustaz, namun ada satu kisah yang saya tidak akan lupa, tak boleh lupa dan tidak mahu lupa.

Ustaz telah mengajar saya suatu perkara yang sangat-sangat berharga dan saya pasti beliau langsung tak sedar mengenai perkara ini.Kadang-kadang sesuatu yang kita kata mungkin biasa bagi kita namun sebuah permata yang bernilai bagi orang lain (Bukan Permata yang Hilang ahh). Satu hari saya Ustaz dan rakan-rakan pergi ke Jaya Jusco Tebrau. Sedang kami seronok berjalan-jalan masuklah waktu solat Asar jadi kami pun singgahlah ke surau. Ketika itu kalau berjalan ke mana-mana saya memang suka memakai selipar jenama Osaki ataupun Asadi. Ini adalah kerana selipar bagi saya mudah dipakai, selesa dan ianya sering padan dengan warna kulit dan pakaian saya. Mudah saya untuk ambil air sembahyang ketika berada di surau.

Namun ketahuilah bila di surau dalam pusat membeli belah, semua orang datang memakai kasut jadi mereka suka meminjam selipar untuk dibuat ambil air sembahyang. Mungkin mereka ingat yang selipar tu surau punya. Ketika saya sudah habis sembahyang Asar saya pun pulang dan berasa marah ketika saya mendapati selipar Jepun saya hilang. Jadi saya yang berasa marah pun tunggulah gerangan manusia yang mengambil selipar orang sesuka hati. Saya memang tak suka orang main ambil selipar saya, saya tak suka pakai selipar saya yang dah basah, ada bekas kaki orang lain.

Nanti jalan tak selesa, rasa macam nak marah je si polan yang main sedap hati je “Pau” selipar aku! Pakai lah selipar surau ke tak pun kaki ayam je lah! Inilah dia mentality rakyat Malaysia, ambik sesuka hati je. Tengah saya pandang orang yang pau selipar saya tu dengan tak puas hati serta pakai kembali selipar saya yang sudah basah dengan air kaki siapa ntah. Ustaz menegur saya. “Wahh untung lah kau.” “Kenapa lah?” Saya tanya kembali. “Ye lah ko dapat banyak pahala hari ni. Selipar ko banyak berjasa bantu orang ambil sembahyang hari ni, besar jasa tu. Tak sangka kan.” Saya terdiam sebentar. Kelu Seribu Bahasa. “Ye tak ye…”

Saya jawab dengan nada yang perlahan. Kemudian kami pun bergerak kembali untuk merayau-rayau... Ustaz pada hari itu telah mengajar saya bahawa, ada sudut lain yang boleh kita pandang dari sesuatu kejadian itu dan janganlah saya hanya asyik memandang dari sudut diri sendiri sahaja. Jangan lokek untuk berkorban demi kebaikan, jangan sibuk mementingkan diri sendiri dan bukalah hati yang sempit ini. Ustaz mengajar saya tanpa sengaja dan disedari beliau bahawa Sembahyang, Berzikir dan berbuat ibadah tidak cukup untuk menjadi seorang Muslim yang baik.

Ustaz mengingatkan saya tentang keikhlasan dalam ibadah, Niat dalam suatu perlakuan, dan perasaan dari hati yang bersih dan tenteram. Hinanya saya rasa pada ketika itu. Sungguh busuk dan kotor jiwa nurani saya ini. Rupanya jauh lagi perjalanan saya ini......... Doa-doakanlah agar suatu hari nanti, hati saya akan menjadi lebih bersih dan suci dan setiap perlakuan saya adalah ikhlas.

Moga kalau saya tersasar dari pangkal jalan, akan muncul orang-orang seperti kawan saya ini yang akan mengingatkan saya tentang apa erti sebenar menjadi seorang Islam.

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan Tunjuklah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Al Fatihah - Ayat 5-7

Thursday, August 27, 2009

INFAQ RAMADHAN

INFAQ RAMADHAN

Ramadhan Mubarak

Ramadan menjelma lagi. Bulan penuh barakah datang kembali. Allah masih memberi kesempatan kepada kita menumpang di bumiNya. Semoga kita bersedia untuk mengambil sepenuh menfaat dari bulan yang mulia ini. Lakukanlah apa sahaja untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadat buat bekal untuk dibawa bertemu Allah.

Tahun ini JIM sekali lagi menganjurkan projek Rayuan Ramadan. Semoga ia memberi peluang untuk kita bersedekah, satu amalan yang amat digalakkan dalam bulan ini. Saban tahun sumbangan kita telah meninggalkan tanda ingatan yang mengikat kasih sesama umat seagama. Kita memberi mereka merasa. Alangkah nikmatnya mendapat santapan pada waktu kita kesusahan, dan dari saudara jauh yang tidak pernah ditemui?

Marilah kita mensyukuri rahmat dan pemberian Allah kepada kita dengan menyumbang kepada saudara-saudara kita yang diuji Allah dengan berbagai kesempitan. Agar usaha kita yang kecil ini membibitkan harapan dan dapat jua meringankan bebanan mereka.

Kita juga mendapat habuan. Bahagianya dapat membantu. Harta yang kita beri itu akan kita temui di sisi Allah. Selamat berlumba-lumba mengejar ganjaran Allah yang berlipat ganda sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

Zaid Kamaruddin

Presiden JIM

Alhamdulillah, setakat 20 Ogos 2009 / 29 Syaaban 1430H;
JUMLAH KUTIPAN TERKINI;
SASARAN: RM 300,000.00
JUMLAH KUTIPAN IFTAR: RM 4,600.00
JUMLAH KUTIPAN SEDEKAH: RM 100.00
JUMLAH KUTIPAN ZAKAT: RM 500.00
JUMLAH KUTIPAN FIDYAH: RM 150.00
JUMLAH KESELURUHAN: RM 5,350.00

% YANG TELAH DICAPAI: 1.78%
% YANG BELUM DICAPAI: 98.38%

TARIKH TAMAT: 19 RAMADHAN 1430H / 09 SEPTEMBER 2009
(Penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup dimasukkan sebagai sedekah)

Terima kasih diucapkan kepada semua penderma budiman yang telah menghulurkan sumbangan kepada yang lebih memerlukan. Mudah-mudahan sumbangan kecil kita ini dapat mengurangkan keperitan, kesusahan dan kesengsaraan umat Islam yang lebih memerlukan ini. Dan semoga Allah meredhai serta memberkati amal soleh anda ini.

JOM INFAQ...

Sumbangan boleh dibuat melalui PO/MO/Cek/Tunai yang dideposit ke akaun:

1. Bank Muamalat Malaysia Berhad 1403-0000391- 713
2. Bank Islam Malaysia Berhad 1211-3010005-797

Semua pembayaran atas nama "Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia".

Pembayaran juga boleh dibuat secara online di JIM e-bazaar

Sila hantarkan atau fakskan bank in slip sumbangan saudara/i kepada:
SEKRETARIAT RAYUAN RAMADHAN 1430H
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA
LOT 300.2, LORONG SELANGOR,
PUSAT BANDAR MELAWATI
53100 KUALA LUMPUR
No Faks: +60341071754 @ +60341086319

"BERSAMA HAYATI MAKNA RAMADHAN YG SEBENAR"

Sekian, wassalam.

Sekretariat Rayuan Ramadhan 1430H
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Lot 300.2, Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati,
53100 Kuala Lumpur.
Website: http://rayuan- ramadhan. jim.org.my/ blog/
Emel: ramadhan-qurban@ jim.org.my
Phone: +60341053159 @ +60341089669

Wednesday, August 26, 2009

perumpamaan kita kadangkala

Seorang pemuda yg sedang berada di tahun akhir pengajiannya menghrpkan sebuah kereta sport drpd ayahnya.. lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kpd ayahnya, seorang hartawan yg ternama.. siayah hanya tersenyum.. si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..
Beberapa bulan berlalu....... ternyata si anak, dgn berkat kesungguhannya telah beroleh kejayaan yg cukup cemerlang.. hatinya berbunga keriangan.. Satu hari, si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..

Si ayah memuji anaknya sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yg cukup cemerlang.. si anak tersenyum puas.. di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yg selama ini menjadi idamannya itu.. Si ayah yg bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yg berbungkus rapi dan cantik.. si anak terkesima.. Sungguh, bukan itu yg kuhajatkan.. dgn hati yg berat kotak itu bertukar tangan.. matanya terarah kpd riak wajah ayahnya yg tidak menunjukkan sebarang perubahan seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yg bersarang dihatinya..

Dlm pada itu, si anak masih membuka pembalut yg membungkus kotak itu.. penutup kotak dibuka, apa makna semua ini?? sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan.. si anak memandang ayahnya.. terasa dirinya dipermainkan.. amarahnya membuak.. nafsu mudanya bergelojak.. ayah sengaja mempermainkan saya.. ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu.. bukannya ayah x mampu utk membelikannya.. sudah ayah, bukan al-Quran ni yg saya nak.. katanya keras..

Al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan.. si anak terus meninggalkan si ayah tanpa memberi walau sesaat utk si ayah bersuara.. pakaiannya disumbatkan kedlm beg.. lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya memulakan kehidupan baru dgn sekeping ijazah yg dimilikinya..
10 tahun berlalu.. si anak kini merupakan seorang yg berharta.. punyai syarikat sendiri dgn isteri yg cantik dan anak2 yg sihat.. cukup membahagiakan.. namun hatinya tersentuh..

Sudah 10 tahun.. sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya sedang dia berkira2 sendiri, telefonnya berdering dari peguam ayahnya.. ayahnya meninggal dunia semalam dgn mewariskan semua hartanya kpd si anak.. si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta..

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa.. si anak pulang ke banglo ayahnya memerhati kan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya.. hatinya sebak, bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya Al-quran yg di hempaskannya masih lagi setia berada di situ bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini.. perlahan2 langkahnya menuju ke situ mengambil al-quran itu, membelek2- nya dgn penuh keharuan.. Tiba2 jatuh sesuatu dari Al-quran itu.. segugus kunci di muka belakang Al-quran itu sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu..

Kunci itu segera dipungut.. hatinya tertanya2.. nyata sekali di dlm sampul surat itu terdapat resit pembelian kereta idamannya.. dibeli pada hari konvokesyennya.. Dgn bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah.. sepucuk warkah tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini.. hadiah teristimewa utk putera kesayanganku.. air mata si anak menitis deras.. hatinya bagai ditusuk sembilu.. penyesalan mula bertandang..
Namun semuanya sudah terlambat…

Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata2 kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan

Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati dan dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah beliau..

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut...hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh).

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung
dengar...kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb...buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar...rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala...Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2...sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca n i, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul
ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja..
pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri...Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..J adi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah...ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin", "Hamdaz-zakirin" dan " Hamdasy-syakirin". (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.

Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby
siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2
sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan..contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah,
tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar..walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa..... Renung-renungkanlah...

Istilah Tasauf tentang Alam

Alam Ajsam: Alam jisim. Alam benda-benda.

Alam al-Mulk: Alam nyata, alam yang mengandungi dunia di dalamnya.

Alam Arwah: Alam roh-roh di mana sekalian roh-roh yang Tuhan jadikan ditempatkan sebelum roh-roh tersebut bercantum dengan jasad atau badan.

alam asbab: Suasana yang pada zahirnya sangat ketara dikuasai oleh perjalanan hukum sebab dan akibat.

alam baqa: Lihat baqa.

Alam Barzakh: Tingkat alam selepas bumbung langit rendah iaitu langit dunia. Ia merupakan sebahagian daripada peringkat alam yang dinamakan Alam Malakut Bawah. Roh orang yang jasadnya mengalami kematian dibawa keluar meninggalkan bumbung langit dunia dan ditempatkan di Alam Barzakh.

alam fana: Lihat fana.

Alam Insan: Manusia yang bercantum rohani dan jasad.

Alam Jin: Satu ruang di bawah bumbung langit dunia di mana ditempatkan makhluk halus seperti jin dan lain-lain.

Alam Kabir: Alam besar, iaitu alam makhluk sekaliannya.

Alam Langit: Alam selepas bumbung langit dunia.

Alam Malakut: Alam tempat kediaman malaikat.

Alam Malakut Atas: Bahagian alam yang tinggi, didiami oleh malaikat-malikat dan lain-lain unsur nur yang seni yang bertugas memelihara alam dan menjalankan perintah Tuhan. Alam arwah merupakan sebahagian daripada Alam Malakut Atas. Kursi dan Arasy juga termasuk di dalam bahagiannya.

Alam Malakut Bawah: Bahagian alam selepas alam dunia didiami oleh malaikat-malaikat yang menerima tugas yang berhubung dengan alam bawah. Alam Barzakh termasuk di dalam ruang Alam Malakut Bawah.

Alam Misal: Alam di mana unsur rohani belum bercantum dengan badan kebendaan. Alam Misal jenis ini berada di dalam Alam Malakut. Ia merupakan peralihan daripada Alam Arwah menuju kepada peringkat Alam Nasut, di mana unsur rohani yang dari Alam Arwah itu mendapat badan masing-masing. Alam Misal merupakan perincian kepada Alam Arwah. Pada tahap Alam Misal roh-roh individu mendapat bakat-bakat dan keupayaan masing-masing, hanya menunggu giliran masing-masing mendapatkan tubuh bagi mempamerkan bakat dan keupayaan roh tersebut. Alam Misal jenis kedua berada di bawah bumbung langit dunia, sebagaimana yang dilihat oleh Rasulullah s.a.w sewaktu baginda s.a.w melakukan Israk. Dalam Alam Misal jenis kedua ini perkara-perkara ghaib dan abstrak diberikan bentuk atau gambaran bagi melahirkan pengenalan terhadap benda dan perkara tersebut. Dalam Alam Misal inilah Rasulullah s.a.w menemui iman Masitah dalam misal sebagai bau-bauan yang sangat harum.

Alam Nasut: Alam kebendaan di mana unsur rohani mempunyai badan masing-masing.

Alam Saghir: Alam kecil, iaitu manusia atau Alam Insan.

Alam Syahadah: Alam nyata, iaitu bahagian alam yang unsur rohani menerima badan masing-masing.

Thursday, August 20, 2009

Let’s Have A Happy & Blessed Ramadhan!

If you get a chance to make some money or meet an important person or to go to a great place, you will organize yourself for days beforehand so that you don’t miss your chance. The same applies for anything in life that we consider important or we really want. The month of Ramadhan is the month of great gains and profits. It is a month whose beginning is MERCY, whose middle is FORGIVENESS and whose end is REDEMPTION from the hellfire. The smart trader is the one who makes the most special occasions to increase his profits.

Well, days pass so quickly. We welcomed last Ramadan, then we bade it farewell,and only a short period of time passed and we are welcoming Ramadan again. So we should hasten to do good deeds in this month and strive to fill it with what Allah is pleased with and with what will help us on the Day when we meet Him

1. Intention

Welcome Ramadan with great fervour and spirit and expect to come out of it fully transformed in body, mind, and soul.

“Whosoever fasts in Ramadan with faith and seeking Allah’s reward, all his past sins are forgiven. (Al-Bukhari)

2. Sunnah

Observe the Sunnah in fasting. Take the

sahur

meal a little before dawn and end your fast at sunset. Perform all of the acts of worship while being fully awake to their inner dimensions and meanings.

3. Wara’

Clean your heart and soul from envy, jealousy, hypocrisy, arrogance, and all heart diseases.

“Whosoever does not leave bad words and bad actions, Allah does not care if he leaves his food and drink.” (Al-Tirmidhi 641)

4. Qur’an

Grab this opportunity to familiarize ourselves with the Quran, the true source of guidance, illumination, healing & mercy, Allah’s perfect gift to humanity.

5. Prayer, Du’a, Dhikr

Pray on time and observe all the prayers. This is the best time for devotion and seeking Allah’s forgiveness.

6. Good Conduct

Be very good to Muslims and to all human beings. Be good to your friends and neighbours. Let your non-Muslim neighbours and co-workers know that this is your blessed and sacred time.

7. Zakah, Sadaqah & Generosity

Ramadan generates the spirit of giving and sacrifice. When we deprive ourselves of food and drink we understand and realize well what it means to be hungry and thirsty. We realize the pain of those who cannot find the basic necessities of life. Be very charitable and generous. Give more to help the poor and needy. Contribute generously to useful social and community projects.

8. Family

Goodness must begin at home. Ramadan should bring you closer to each other. Allah’s special mercy comes on the families that are united, harmonious and peaceful.

9. Tafakkur (Reflection)

Think, reflect and plan to improve the moral and spiritual condition of your own self and your family. Think about any wrong things and sins you might be doing and decide to correct yourself. Think about any deficiencies you have in your Islamic observances. Plan to change yourself. Think what you can do for the Ummah and for humanity to make this world a better place for everyone. Think about the life after death and the Day of Judgment.

10. Be Cheerful & Happy

Give the greetings of Ramadan to each other and enjoy this beautiful time.

“When you fast, anoint yourself. Let not the signs of fast be seen on you.”
(Al-Bukahri, Al-Adab al-Mufrad

Reference:

1. How to prepare oneself for Ramadhan by Dr. Sano Koutoub

Moustapha, Professor of Jurisprudence and its Principles, IIUM.

2. Tips to benefit optimally from Ramadhan

by Sheikh Ahmad Kutty, Islamic Scholar at Islamic Institute of Toronto, Canada

3. Virtue of Ramadhan fasting by Dr. Muzammil H. Siddiqi,

President of the Fiqh Council of North America.

Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:

Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.

Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:
(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.

Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:
(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
(v) Merokok

Fasa-fasa puasa yang berjaya: Fasa pertama (2-3 hari): Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah Fasa kedua (3-14 hari): Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu. Fasa ketiga (14-akhir puasa): Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:
(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan

Manfaat puasa yang berkekalan:
(i) Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik

Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."

Penipuan Jurutera Komputer

Dunia memang penipuan, ada penipuan yang dapat kita jangkakan, ada pula penipuan yang tidak dijangkakan. Berita yang disiarkan oleh five tv UK semalam, menarik saya untuk mencoretkan sedikit nasihat kepada pembaca berkenaan penipuan serius yang dilakukan oleh kedai-kedai baiki komputer. Laporan dan kajian yang dilakukan adalah di beberapa buah kedai di London, tetapi saya yakin ia mungkin sahaja berlaku di tempat lain khususnya Malaysia.
Menurut laporan itu, pihak penyiasatan sengaja merosakkan sedikit komputer mereka dengan melonggarkan internal cip memori (amat muda untuk dibaiki). Kemudian, menyerahkannya ke beberapa buah kedai komputer untuk proses baikpulih.
Apa yang menarik, pada masa yang sama, mereka memasang sejenis alat khusus tersembunyi di komputer masing-masing berupa kamera, yang boleh merakam wajah techichan di hadapan screen komputer dan juga apa sahajapage yang ditekan oleh technician tersebut.
Keputusan yang diperolehi amat mengejutkan iaitu :-

1. Hanya satu kedai yang jujur terus terang memberitahu hanya kerosakan kecil dan ia dibaiki tanpa bayaran.

2. Semua kedai lain (hampir 5 buah), didapati membuka fail peribadi pemilik computer, melihat gambar peribadi pemilik computer, malah lebih dahsyat mereka turut menyalin sebahagian gambar dan maklumat peribadi.

3. Mereka juga cuba berkali-kali untuk akses ke laman internet banking yang digunakan oleh pemilik komputer, tetapi gagal kerana di dalam kes ini komputer yang dihantar adalah dirancang dan pemilik sengaja memasukkan butiran palsu. Ini bermakna jika orang biasa yang kerap memasuki internet banking melalui komputer kita yang rosak ini, maka dengan mudah pihak technician komputer boleh mencuri segala maklumat, malah boleh mengakses akaun bank kita juga.

4. Mereka juga boleh mengakses segala akaun email dan sebagainya kerana password kita yang boleh diperolehi dari komputer kita.

5. Mereka juga didapati menipu pelanggan apabila mengatakan kerosakan serius, ada yang mencadangkan pelanggan agar menukar motherboard computer yang berniali GBP 130 (RM750), sedangkan pihak penyiasat sengaja melonggar satu memori cip sahaja. Bayangkan bagaiamana penipuan sebegini dengan mudah berlaku dalam industry pembaikpulihan computer. Dalam kes ini, dua pihak telah membayar ‘refund' kepada pihak penyiasatan apabila penipuan mereka dibongkarkan sejurus selepas itu. Malangnya, syarikat yang menipu bukan hanya syarikat kecil tetapi termasuk syarikat gergasi seperti PC World!.

Berdasarkan laporan di atas, saya suka menasihatkan orang ramai agar berifkir panjang dan membuat pilihan sebaik-baiknya sebelum menghantar lap top atau desktop anda untuk pemulihan.

Anda mungkin tiada gambar peribadi sexy yang ingin dirisaukan, tetapi bagaimana dengan maklumat perbankan internet, email, facebook dan sebagainya.
Jika ada peniaga, mekanik atau technichan computer yang membaca tulisan ini, sedarlah segala tindakan tersebut adalah haram di sisi Islam, dan segala keuntungan hasil penipuan juga haram.

Seseorang peniaga mungkin dengan mudah boleh memperolehi keuntungan ganda hasil menukar benda yang tidak perlu, tetapi ia merupakan satu penipuan yang hanya melayakkan seseorang untuk berada di neraka Allah swt. Hal yang sama juga mungkin berlaku semasa kita membaiki kereta, ditukarnya benda yang tidak rosak atau sengaja dirosakkan bahagian yang tidak rosak agar boleh mendapat caj yang lebih.
Beringat-ingatlah..

Bagi mereka yang berminat untuk menonton gelagat penipu komputer, SILA BUKA DI LINK BERIKUT . Ia disiarkan di beirta utama channel Five TV, United Kingdom.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Yahudi - bangsa terlaknat, hina dan takut mati

Firman Allah SWT,

“Kamu tidak akan mendapati di kalangan manusia yang paling tamakkan kehidupan dunia melebihi daripada golongan musyrikin (yang menyembah patung sapi). Setiap dari mereka mahu diminta diberikan kehidupan selama seribu tahun (di dunia ini), tetapi kehidupan selama itu tidak akan menyelamatkan diri daripada azab.
Allah melihat apa yang mereka lakukan” [TMQ al-Baqarah (2):96].

Ayat ini ditujukan kepada kaum Yahudi yang mana ayat sebelumnya [TMQ al-Baqarah (2):92-95] mengisahkan kaum Bani Israel yang dipimpin oleh Nabi Musa as. yang telah diselamatkan daripada Firaun oleh Allah setelah menyeberangi Laut Merah dan menetap di semenanjung Sinai, tetapi kemudiannya menyembah patung sapi (lembu) lalu menjadi musyrik. Ini memberitahu kita bahawa kaum Yahudi sangat tamakkan kehidupan dunia, dan mereka akan meminta kehidupan selama seribu tahun dengan sifat tamak mereka. Sekiranya cintakan dan tamakkan dunia, maka ini bererti mereka takutkan mati, dan tidak mahu berperang ke jalan Allah dalam menegakkan kalimah Allah yang dibawa oleh Nabi Musa as., sebab kematian bererti akhirnya kehidupan dunia buat selama lamanya. Tidak pernah kita dengar di dalam tentera Israel terdapat skuad pengebom berani mati.

“Katakanlah: Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu di sisi Allah, iaitu orang-orang yang dikutuk dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan monyet dan babi” [TMQ 5:60].

”Dan tanyakanlah kepada Bani Israel tentang negeri yang terletak dekat laut ketika mereka melanggar peraturan pada hari Sabtu (Sabbath), di waktu datang kepada mereka ikan-ikan mereka terapung di permukaan air, dan di hari-hari yang bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikian Kami mencuba mereka disebabkan mereka berlaku fasik” [TMQ al-A’raf (7):163]

”Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepadanya, Jadilah kamu monyet yang hina”. [TMQ al-A’raf (7):166].

Ayat-ayat di atas adalah mengenai kaum Yahudi yang melanggar peraturan pada hari Sabbath (Sabtu) dan pergi menangkap ikan pada hari tersebut. Mereka ini terkenal dengan kaum yang sentiasa melanggar perintah Allah dan mereka ini dilaknat oleh Allah dan ditukar menjadi monyet dan babi.

Di dalam sejarah Daulah Islam, tidak pernah ada peperangan di mana kaum Yahudi menyerang umat Islam dan kaum Yahudi menang. Di dalam perang Khandaq contohnya, kaum Yahudi Bani Quraizah di Madinah menjadi pembelot dan berserta dengan kaum musyrikin dari Makkah untuk memerangi umat Islam di Madinah pada masa itu. Kesemua kaum Yahudi yang ada dikalahkan oleh tentera Islam dan sebagai hukuman, mereka dihalau keluar dari tempat mereka masing-masing.

Setelah Daulah Khilafah diruntuhkan pada tahun 1924, barulah kaum Yahudi ‘berjaya’ dalam peperangan mengalahkan tentera Arab di Timur Tengah dan mendirikan negara Israel pada tahun 1948. Diikuti dengan perang pada 1956, di mana Mesir mengusir Perancis, Britain dan Israel daripada Terusan Suez, tetapi ini disebabkan oleh tekanan Amerika Syarikat terhadap Britain dan Perancis. Dalam perang ini, Jamal Abdul Nasser dilihat sebagai wira nasionalis Arab, sehinggakan semasa pengebumian Nasser, seramai 4 juta penduduk telah keluar dari bandar Kaherah menghadiri pengebumiannya.

Kemudian berlaku perang 1967 dan 1973 atau dinamakan Perang Yom Kippur, di mana sekali lagi Israel mengalahkan Mesir dan sekali gus menjelmakan imej bahawa Israel tidak dapat dikalahkan. Tetapi perlu diingatkan bahawa perang-perang tahun 1956, 1967 dan 1973 berlaku bukanlah perang jihad untuk membebaskan Palestin daripada penguasaan Yahudi. Dan memang benar perang tersebut bukanlah perang jihad untuk membebaskan bumi umat Islam daripada penguasaan Yahudi, sebab sekiranya tentera negara-negara Arab tersebut berjihad menentang Israel maka mereka akan dilabel sebagai terroris, sebab jihad adalah perkataan yang paling ditakuti oleh golongan kafir harbi.

Mohammed Heikal di dalam buku tulisannya yang bertajuk “The Road to Ramadhan”, mempunyai makna yang mengatakan peperangan tahun 1967 dan 1973 bukanlah jihad untuk membebaskan Palestin tetapi mempunyai objektif nasionalisme Arab. Perang tersebut telah menyaksikan tentera Mesir telah berjaya menjangkaui tembok Bar Lev di Semenanjung Sinai yang dibina oleh Israel setelah dirampas oleh Israel dalam peperangan 1967, yang dikatakan sebagai tembok kebal yang dikawal oleh tentera Israel tidak akan berjaya dijangkaui oleh mana-mana ketenteraan. Kemaraan tentera Mesir yang melakukan serangan kilat pada tahun 1973 dan menjangkaui tembok Bar Lev adalah di luar dugaan sama sekali. Keadaan ini telah menjadikan Israel kucar-kacir dan cemas, sebab mereka memikirkan bahawa tentera Mesir akan mara sampai ke Tel Aviv setelah berjaya melangkah tembok tersebut. Tetapi pengkhianatan beberapa pemimpin Mesir yang mengarahkan tentera mereka berpatah balik telah mengakibatkan tentera Israel berjaya memukul tentera Mesir yang berpatah balik itu dengan kapal terbang pengebom. Hal ini menyebabkan ramai tentera Mesir terbunuh di dalam peperangan berkenaan.

Kini dunia Islam ditakutkan bahawa tentera Israel adalah kuat kerana disokong oleh US yang dikatakan kebal dan tidak boleh dikalahkan, walaupun ada jutaan umat Islam yang mahu mempertaruhkan nyawa mereka untuk berjihad melawan Israel. Di Iran sahaja, dilaporkan bahawa sudah lebih daripada 20,000 orang pelajar telah mendaftarkan diri mereka sebagai pengebom berani mati untuk melawan Israel. Semasa ancaman US terhadap Iran disebabkan oleh program nuklear Iran, lebih daripada satu juta pemuda dan pemudi di Iran telah menawarkan diri untuk menjadi pengebom berani mati untuk melawan US sekiranya US menyerang Iran. Tetapi disebabkan setiap negara tidak mahu dilabel sebagai negara pengganas oleh US dan sekutunya, maka pemerintah yang khianat tidak membenarkan seorang sukarelawan mahupun tentera mereka untuk pergi ke Israel.

Strategi perang US dan Israel ke atas umat Islam adalah sama sahaja. Semasa perang Iraq lepas, setelah sekatan ekonomi selama lebih daripada 10 tahun ke atas Iraq dan juga pemusnahan senjata pemusnah besar-besaran di Iraq oleh United Nations, barulah US berani melancarkan perang untuk menawan Iraq dalam pada bulan Mac 2003. US mengetahui bahawa Iraq telah lama tersepit oleh kekurangan bekalan makanan dan ubatan, dan pemusnahan segala jet-jet pejuang dan senjata pemusnah besar-besaran telah dilakukan oleh badan dunia UN, maka kerana inilah US berani melancarkan perang ke atas Irak.

Juga pada tahun 2001, US melancarkan perang menawan Afghanistan, US telah lama mengetahui bahawa Afghanistan tidak mempunyai apa-apa infrastruktur perang seperti kilang membuat senjata berat, pusat simpanan senjata dan lain-lain. Ini menjadikan US begitu berani menyerang dan menawan dua negara Muslim yang ’lemah’ dan dilemahkan iaitu Iraq dan Afghanistan. Lagipun Pakistan telah membenarkan US menggunakan ruang udaranya untuk melancarkan serangan terhadap Afghanistan pada masa itu.

Kini, Israel pula melancarkan perang ke atas Gaza, setelah Gaza disepit oleh kekurangan makanan dan bekalan ubat-ubatan sejak sekian lama. Sedikit sebanyak strategi ini sama dengan strategi US menawan Afghanistan dan Irak pada tahun-tahun 2001 dan 2003.

Pendudukan tentera Israel di selatan Lebanon selama beberapa tahun telah gagal menghancurkan tentera Hizbullah, dan Israel terpaksa keluar dari selatan Lebanon pada tahun 1999. Pengeboman oleh jet-jet pejuang Israel di Qana’a , Lebanon juga telah gagal menghancurkan tentera Hizbullah. Pada tahun 2006 pula mereka melancarkan pengeboman ke atas Lebanon dan kali ini diikuti serangan darat bagi menceroboh bumi Lebanon untuk menghancurkan Hizbullah sekaligus. Tentera Lebanon tidak membantu Hizbullah dalam peperangan ini, selain daripada mengeluarkan mayat-mayat daripada timbunan runtuhan bangunan dan menghantarkan penduduk yang cedera ke hospital.

Dikatakan juga, di kalangan tentera Hizbullah, terdiri daripada orang awam seperti pembuat roti, pekedai, pekerja restoran, pelajar kolej, pemandu teksi dan lain-lain yang sukarela berjihad melawan tentera Israel ketika itu. Setelah tentera Israel mengalami kehilangan jiwa anggotanya yang ramai, mereka terpaksa berundur dari selatan Lebanon sekali lagi. Selepas perang itu, terdapat suatu pungutan suara di kalangan negara-negara Timur Tengah, yang telah meletakkan Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah sebagai pemimpin yang paling dikagumi di rantau Timur Tengah. Setelah peperangan tersebut berakhir, beberapa pegawai tentera Israel telah meletak jawatan di atas kegagalan tersebut. Setelah menyedari kejayaan tentera Hizbullah yang berjihad mempertahankan Lebanon daripada pencerobohan tentera Israel, maka Hizbullah dilabel sebagai puak terroris sebagai propaganda US di dalam perang menentang keganasan atau “War on Terror”.

Justeru, sekiranya tiada pengkhianatan dari kalangan pemerintah umat Islam sekarang kepada Allah, RasulNya dan kaum Mukminin, telah lama Amerika dan Yahudi ini hancur diperangi oleh tentera-tentera umat Islam. Selain daripada perintah menyediakan keupayaan ketenteraan sekuat-kuatnya di dalam surah al-Anfaal ayat 60, Allah juga berfirman di dalam Al-Quranul Kareem:

“Wahai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin itu untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antaramu, mereka dapat mengalahkan seribu daripada orang-orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti” [TMQ an-Anfaal (8):65].

Namun ternyata, pemerintah yang ada tetap berpegang kepada hukum kufur dan tetap membelakangkan hukum Allah. Sungguh azab Allahlah yang paling layak bagi mereka dan mereka pasti akan mendapatkannya.
Wallahu a’lam.

Sepucuk Surat Dari Kamp Wanita Abu Ghraib

Sepucuk Surat Dari Kamp Wanita Abu Ghraib
"...mereka melarang kami menegakkan sholat, dan mereka juga mempreteli pakaian kami serta melarang kami mengenakannya, " ujar tahanan wanita yang dipenjara AS Hidayatullah.com--Kisah memilukan dari penjara Abu Ghraib seakan tidak pernah berhenti. Belum pudar dalam ingatan kita tentang kekejaman dan kebiadaban di luar batas kemanusiaan yang di lakukan oleh serdadu Amerika dan Inggris dan para sekutunya terhadap para tawanan. Sekarang ini ada lagi berita memilukan yang berasal dari kamp wanita Abu Ghraib.

Tagedi memilukan itu terungkap memalui surat yang di kirimkan oleh salah seorang tawanan yang ada di penjara tersebut. Seperti yang kami nukil dari Al-mukhtasar.com (18/12/2004).

Isi surat yang di mulai dengan bismillah dan di lanjutkan dengan surat Al-Ikhlas itu detailnya sebagai berikut ;

"...Saya memilih surat yang mulia ini ( Surat Al Ikhlas) dari kitab Allah, karena surat ini memberikan pengaruh yang sangat besar pada diriku dan juga anda. Yaitu pengaruh khusus yang sangat menakjubkan terhadap hati orang orang yang beriman.

Saudara saudaraku para mujahidin di jalan Allah?..apa yang mesti ku katakan kepadamu??

Haruskah ku katakan kepada mu; bahwa perut perut kami telah di penuhi oleh anak anak zina yang berasal dari para serdadu keturunan monyet dan babi. ?., ataukah akan ku katakan; mereka telah mengerayangi tubuh kami, juga meludahi muka dan merobek robek lembaran lembaran mushaf yang ada di dada kami?

Allahu Akbar?..!!! Tidakkah terpikirkan oleh anda sama sekali keadaan kami, ataukah anda sama sekali tidak tahu perihal kami?

Kami adalah saudari saudari anda dan Allah pasti akan menanyai dan menghisab anda pada hari esok (di padang mahsyar)

Demi Allah, tidak ada satu malampun yang kami lalui di penjara, kecuali para serdadu keturunan kera dan babi itu pasti ada bersama kami. Mereka menyiksa dan memperkosa kami di sebabkan kami menolak ajakan mereka untuk berbuat zina, karena takut kepada Allah.

Bertaqwalah kepada Allah?? Bunuhlah dan hancurkanlah kami bersama mereka, dan janganlah anda membiarkan kami jadi permainan mereka.

Takutlah anda kepada Allah atas apa yang menimpa kami. Tinggalkanlah tank tank dan pesawat mereka yang ada di luar sana dan arahkanlah senjata anda kepada kami di sini ( Penjara Abu Ghraib ).

Saya (Fatimah) adalah saudara perempuan anda karena Allah. Mereka memperlakukan saya sungguh sangat tidak manusiawi, tidak kurang dari 9 (sembilan ) kali mereka memperkosa saya dalam satu hari. Apakah anda tidak berfikir ?

Coba anda bayangkan seandainya kejadian seperti ini memimpa saudara perempuan kandung anda, apa yang akan anda lakukan??

Saya adalah saudara perempuan anda karena Allah. Bersama saya sekarang ini ada 13 ( tiga belas) orang anak gadis, dan mereka semuanya telah di perkosa dengan cara yang biadab oleh para serdadu di bawah tatapan mata orang ramai.

Mereka melarang kami menegakkan sholat, dan mereka juga mempreteli pakaian kami serta melarang kami mengenakannya.

Saya menulis surat ini kepada anda, tidak lama setelah teman saya meninggal dunia akibat bunuh diri, dengan jalan membenturkan kepalanya ke dinding. Hal itu terjadi, karena ia tidak kuat menanggung derita sehabis di perkosa dan di pukul bagian dada dan pahanya dengan cara yang amat keji dan tidak terkirakan oleh seorang serdadu.

Meskipun Islam mengharamkan bunuh diri akan tetapi wanita tersebut ada udzurnya dan saya memohon kepada Allah agar berkenan mengampunkannya, karena Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Saudara saudaraku, Saya sampaikan kepada anda sekali lagi. Bertaqwalah kepada Allah dan bunuhlah kami bersama mereka agar kami bisa lepas dari segala siksaan ini.

Wa Mu`tasamah??..wa Mu`tasamah????

Demikian isi surat yang di tulis oleh Fatimah. Suratnya berakhir, akan tetapi penderitaan dia dan para muslimat lainnya entah kapan akan berakhir.

Dan perlu juga untuk di ketahui, bahwasanya perempuan ini (Fatimah) adalah adik dari seorang mujahidin yang amat terkenal di wilayah Abu Ghraib dan berasal dari keluarga yang alim.

Pasukan Amerika sudah berkali kali berusaha untuk menangkap mujahidin ini , dan selalu saja berakhir dengan kegagalan, lalu dengan cara yang amat licik pasukan penjajah (serdadu Amerika) menangkap si adik dan mengancam sang kakak agar menyerahkan diri.

Ironis memang... Meskipun berbagai pelangaran dan pemerkosaan yang di lakukan oleh pasukan penjajah dan di bantu oleh polisi beserta pasukan keamanan Iraq kerap dan berulang kali terjadi, bahkan seluruh dunia mengecam apa yang mereka lakukan, masih saja ada orang orang yang mengaku dirinya sebagai orang alim dan da`i memfatwakan agar berhenti berperang, karena saat ini perang itu merupakan fitnah.

Lebih tragis lagi, dia bahkan meminta rakyat Iraq agar sudi menerima usulan dari pemerintah Alawy (boneka Penjajah) untuk kembali membangun Irak, karena apa yang rakyat Iraq saksikan saat ini adalah lebih baik dari pada sebelumnya (ketika masih di perintah oleh Sadam Hussein).

Tentu saja fatwa ini menimbulkan kemarahan yang amat sangat di kalangan pejuang Iraq. Ketika para pejuang sibuk mengerahkan segenap daya dan kekuatan untuk mengusir penjajah dari Iraq, dia malah membuat pernyataan yang bisa menyurutkan semangat.

Apakah dia lupa, agama di luar Islam saja, seperti pemeluk agama Hindu di India dan pemeluk agama Budha di Vietnam, para pemukanya menyeru untuk berjuang dengan segenap kemampuan agar para penjajah bisa di usir dan keluar dari negeri mereka.
(Kiriman: Ibnu Rusli)

Tak sempat solat Subuh...

Tak sempat solat Subuh...
"Maaf dipinta.Sekadar suatu coretan untuk dikongsi bersama.Menjadi iktibar pada diri setiap kita.

"Pukul 3.30 pagi"

Di sebuah rumah banglo yang besar.Puan Sri bangun dari tidurnya yang lena.Sambil duduk seketika mengesat matanya dengan lembut.Gelang emas yang berharga beribu-ribu ringgit jelas kelihatan bersinar indah. Bercahaya.Itulah dia perhiasan dunia.

Tidak sampai 5 minit ,Puan Sri bangun dan berjalan menuju ke kamar mandi untuk membersihkan dirinya. Sekali-sekala kedengaran bunyi "kling-kling" dikakinya.Itulah dia gelang kaki emas pemberian suami tersayang yang terlalu mahal harganya.

Kelihatan Datuk Sri masih tertidur lena diatas katil yang bukan murah nilai harganya.Berjenama pula tu.Maklumlah katil import dari luar negara.Apa yang jelas,semua barang-barang kelengkapan di dalam rumah ini, mahal harganya.Mencecah ratusan ribu ringgit. Maklumlah serba mampu. Itulah perhiasan dunia.

Puan Sri bangun awal pagi ni bukannya apa,biasanya dia agak susah membangunkan dirinya seawal-awalnya. Apa lagi saat-saat begini, paling kurangpun dia akan bangun apabila azan Zohor berkumandang. Mimpi apa agaknya Puan Sri ? Atau sudah timbul kesedaran pada dirinya.Syukurlah jika begitu.

" Ada baiknya aku solat sunat malam,sambil-sambil menunggu waktu bersahur" bisik hati kecilnya.

Datuk Sri kelihatan masih tidur berdengkur.Letih sangat agaknya,atau sudah menjadi kebiasaan bagi semangat dirinya. Maklumlah orang kaya,tiada siapa yang berani menegurnya.

" Pukul 4.45 pagi "

Orang gaji sudah lama menyediakan hidangan bersahur. Anak-anak Datuk dan Puan Sri sudah dikejutkan dari tidur yang lena. Semuanya rasa malas sekali nak bangun. Malah ada juga yang berani memarahi orang gaji sesuka hati. Maklumlah,anak orang kaya.Ikut suka hati merekalah nak bangun.

Puan Sri mengejutkan Datuk Sri.

" Bang,bangunlah.Dah masuk waktu bersahur ni,nanti terlewat pulak".

" Emm...yalah...nanti abang bangun. Letih sangat ni,rasa mengantuk teramat sangat.Awak pergi dululah".keluh Datuk Sri sambil melenakan dirinya dalam segala permainan mimpi-mimpi indah.Itulah lakonan dunia.

Semua anak-anak bangun dengan rasa malas.Puan Sri duduk diam sambil sekali-sekala tersenyum melihat telatah dan raut wajah anak-anak kesayangan.Macam-macam ada.

" Pukul 5.15 pagi"

Semua anak-anak sudah beredar dan tidur semula menyambung mimpi-mimpi dunia.Orang gaji pula sedang sibuk mengemas segala pinggang-mangkuk yang mahal harganya diatas meja import.

Puan Sri sekali lagi cuba membangunkan semula Datuk Sri.

" Abang tak nak bersahur ke ? Dah dekat solat subuh ni.Bangunlah bang."
kata Puan Sri sambil merehatkan dirinya bersebelahan suami tersayang.

" Takpelah.Abang niat saja. Abang mengantuk sangat ni. Letih tadi petang main golf kat padang tu bersama Tan Sri dan Datuk Sri yang lain. Esok pulak ada mesyuarat dengan Menteri." balas Datuk Sri sambil menarik kain selimut mahalnya menutupi seluruh tubuhnya yang kesejukan itu.

" Pukul 5.45 pagi "

Azan Subuh berkumandang di angkasa raya. Puan Sri bergerak masuk menuju kamar mandi untuk mengambil wuduk. Datuk Sri pula masih terlena panjang hinggakan alunan dengkurannya terus bergema kuat memenuhi ruang bilik yang telah diubah suai dengan harga beribu-ribu ringgit. Maklumlah sudah terlebih mampu. Itulah perhiasan dunia.

" Bang.Jum solat Subuh berjemaah.Agaknya sudah lama kita tak menunaikan ibadah wajib ini.Bangunlah bang.Sedar-sedarkanlah diri tu ? Jangan hanya solat semasa depan ramai orang, lepastu apabila bersendirian,langsung tak solat." tegur Puan Sri pada suami tersayang.

" Abang letihlah. Nantilah abang ada masa. Awak solatlah dulu." balas Datuk Sri dengan nada keras sedikit tanpa rasa bersalah.

" Pukul 9.30 pagi "

Puan Sri sudah bangun pagi,memperkemaskan dirinya untuk bersiap-sedia ke Pejabat Barunya.

Datuk Sri masih lagi tidur lena.Kali ini seluruh tubuhnya ditutupi kain selimut.Langsung tiada kedengaran bunyi dengkuran yang kuat lagi. Senyap sepi .Berbeza dari semalam dan malam-malam yang lain.

" Bang.Bangunlah.Dah pagini. Abang tak pergi mesyuarat ke ? soal Puan Sri.

Namun apa yang pasti,Datuk Sri kali ini langsung senyap dan tidak bergerak lagi seperti kebiasaannya.

" Bang.Kenapani bang ?bang....bangunlah...janganlah bersenda-gurau pulak pagi-pagini ? Risau saya dibuatnya." tegur Puan Sri dengan perasaan takut dan risau sangat.

Namun walaupun dikejutkan beberapa kali dengan cara apapun,Datuk Sri tetap tak bergerak langsung.Matanya terpejam rapat.Tiada lagi dengkuran kedengaran. Sepi lagi menyepikan diri.

Sejam berlalu.Datuk Sri disahkan telah meninggal -dunia. Puan Sri jatuh tersungkur dan pengsan. Anak-anak kesayangan memapahnya dengan tangisan dan jeritan rintihan sedih teramat pilu.

Kini segalanya sudah tiada seri lagi. Tinggal semuanya.Harta melata tiada bermakna lagi.Isteri yang cantik menawan tinggal kesepian lara. Anak-anak hilang semangat kasih. Pangkat yang ada sudah tiada berguna lagi. Hanya amalan yang akan dibawa. Beban amanah ini teramat berat untuk dipikul.

Apa yang pasti.Kita semua akan kembali pada Yang Maha Esa.Pulang dengan membawa suatu beban amanah yang akan dipertanggung-jawabkan nanti. Semuanya masing-masing akan berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung. Kita perlu sedarkan diri sebelum ajal kita pula menghampiri.

...moga - moga Allah s.w.t mengampuni saya yang selalu terlanjur / terlambat sembahyang subuh...amin

Penyimpan Mohor2 Besaq -mengisyhtiharkan PUBLIC HOLIDAYS

Penyimpan Mohor2 Besaq...Yang Besaq2 Kepala dgn ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua ... untuk Sebulan ( No Overtime!! and No Replacement!!! ). Maka Dgn ini ingin diberikan sedikit Pesanan kepada MANUSIA :

- Kalau dok beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak -Bukan SATEN
yang suruh!!
-Kalau ada Runner dok tolong beli Bekalan - Dia takdak kena mengena dgn SATEN
!!!
- Kalau tak reti2 nak buat amal ibadat - Bukan SATEN
yang dok bagi hampa MALAS tau!!
- Kalau dok pakai terdedah sana-sini - Bukan SATEN
yang suruh dan bukan SATEN yang suruh tengok..!!
- Kalau dok pi berkepit sana-sini dgn marka siang malam - Bukan SATEN
yang bagi line!!
- Kalau dok Boros sangat shopping Raya - Bukan SATEN
yang suruh!!
- Kalau dok tak habis2 mengata orang - Bukan SATEN
yang bagi idea!!
- Kalau tak habis2 dok berdengki kat orang - Memang bukan SATEN
yang dok cucuk!!

Maka MANUSIA , ambillah peluang ini untuk
UPGRADE kan Diri anda, KENALI lah Diri Anda, BERBUAT BAIK lah dan SUCI kanlah Diri Anda.

Kumpulkanlah Pahala sebanyak mungkin..........Renungkanlah..Adakah masa ini yang paling sesuai untuk
BERUBAH atau Anda masih Menunggu!!!!...Tunggu Sapa lagi....

Jangan lupa Bayar Zakat Fitrah tau!!!.....
Ada juga yg dok merungut Zakat mahal .....Ini pun takdak kena mengena dgn SATEN tau!!..

Tolonglah Manusia ooiii.......Kalau Semua dah Beriman dan ikut Jalan yang Benar...kami punya kerja pun kurangla sikit....Kamipun dah letih Overtime....


Akhir kata -
SELAMAT BERPUASA Dan BERIBADAT .........................
We Will be Back to Office after Ramadhan ....he..he

Fadhilat Ramadhan

Daripada ‘Ubadah B. Somit r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda pada suatu hari ketika BulanRamadhan telah datang kepada kami:

“Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah s.w.t. akan menumpukan perhatianNya kepadamu dalam Ramadhan, lalu dia akan menurunkan rahmat dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa. Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu dalam Ramadhan dan Dia akan membangga-banggakan kamu kepada para malaikatNya. Maka perlihatkanlah kepada Allah daripada kamu akan kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka ialah seseorang yang telah dijauhkan daripada rahmat Allah s.w.t. pada bulan ini.”

Kitab Fadhilat Amal karangan Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi’alaih

Tuesday, August 18, 2009

15 perkara

Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Wallahualam
Catatan : Isu Hangat

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Assalammu alaikum wr. wb,

Ramadhan sudah diambang pintu,
Jika Allah berkehendak InsyaAllah kita akan menemui Ramadhan penuh barokah.
Semoga kata taqwa InsyaAllah akan menjadi milik kita yang
berharga sebagai modal unutk langkah kita selanjutnya
Sementara Salah paham, kesedihan, ego, sakit hati, adalah sebahagian dari proses
kehidupan kita.

Tapi Allah membuatnya dengan sangat sempurna, tidak
ada yang sia - sia dari apa yang sudah Allah kemas
dengan baik dalam bingkai rumah kehidupan kita
Tidak ada yang lebih mulia pada hari dimana semua
malaikat memanjatkan doa, dimana tidak ada kegiatan
baik yang tidak dilipat gandakan ama
lan
nya oleh Allah.

"MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN..."

teringat ayat ini terus berulang di Ar-Rahman...
teringat kelemahan diri
saya ini
akan segala khilaf dan salah...
semoga Ramadhan ini membawa kebaikan, dan kesejukan...
seperti layaknya embun di pagi hari
berkilau tertimpa cahaya mentari
...
semoga di masa mendatang terus dianugerahi keheningan hati...
seperti layaknya telaga Kautsar..



Dengan segala kekurangan dan kerendahan hati serta keikhlasan atas semua kekhilafan dan kelalaian yang pernah saya lakukan selama ini

baik secara langsung menerusi niat, itikad , tindakan, lintasan hati

mahupun melalui dunia maya,

Jauh didalam hati yang senentiasa didalam genggaman Allah,


Saya ingin mengucapkan :

" Marhabban Ya Ramadhan,
Mohon Maaf Zahir dan Bathin. "

Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita

dan memberikan Barkahnya di Bulan penuh Hikmah ini.

Wassamu'alaikum Wr. Wb,.

Ikhlas daripada saya

Tuan Punya Blog

Nukilan Ramadhan

" Tiada dibuka sebaik kitab pada Ramadhan ini melainkan kitab Quran ,
Tiada sebaik kawan untuk kamu pegang pada Ramadhan ini melainkan rapatnya pegangan kawan kayu tasbihmu,
Tiada sebaik sahabat sebaik teman pada Ramadhan ini melainkan sejadah dan kain putih yang setia bersama,

Tiada berlaku 2 perkara pada satu masa dalam diri ini untuk Dia dan Kekasih-Nya,
melainkan
kau tutup hatimu untuk semua , barulah terbuka hatimu untuk Dia dan Kekasih-Nya ,
kau lupa dirimu pada segala, barulah mutlak ingatmu pada Dia dan Kekasih-Nya."

wahai saudara2ku
Selamat bersuluk dan bersalik pada Ramadhan kali ini
Selamat beruzlah dan berkhalwat pada Ramadhan kali ini
Buktikan kecintaanmu pada Diri-Nya dan Kekasih-Nya
Mudah2an tatkala dalam menanggung sakitnya maut
diakhir hayat turun-naik nazak nafasmu nanti
diberikan Rahmatnya sedikit dengan rasa kecintaan
pada diri-Nya dan Kekasih-Nya untuk kau akui kesaksian akhir kalimahmu

KPI Ramadhan Kareem

KPI RAMADHAN KAREEM…

Semoga Ramadhan Kali ini Kita Tidak Rugi Lagi

…Berbanding Tahun Lepas

AMALAN

RAMADHAN 1430H

SYAWAL 1430H

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

Sasaran Lailatul Qadar

1

2

3

4

5

6

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

Bersahur

Puasa

Solat Subuh Berjamaah

Solat Sunat Dhuha

Solat Zohor Berjamaah

Solat Asar Berjamaah

Solat Maghrib Berjamaah

Solat Isya' Berjamaah

Solat Sunat Tarawih

Qiamullail

Solat Sunat Witir

Tadarus Al-Quran

I'tikaf di Masjid

Zakat Fitrah

Infaq (Derma/Sedeqah) untuk Surau / Masjid

Infaq (Derma/Sedeqah) untuk Anak Yatim & Fakir Miskin

Infaq (Derma/Sedeqah) untuk pembangunan / pembelajaran Pondok , Mahad Tahfiz , Sekolah Agama

Infaq (Derma/Sedeqah) untuk Majlis Berbuka Puasa / Moreh

Infaq untuk Palestin

Hadiri Majlis Ilmu / Kuliah zohor / Tazkirah Ramadhan

Puasa 6 di Bulan Syawal

Nota: Sila tandakan ( √ ) di dalam kotak yang berkenaan apabila amalan yang dinyatakan telah berjaya anda laksanakan.

Amalan-amalan lain: Solat-solat sunat terutamanya solat sunat rawatib, berzikir, bertasbih, berselawat, bertahlil, beristighfar, bertaubat, membuat kebaikan dan kebajikan, mengtakhirkan sahur selama sebelum terbit fajar (imsak), menyegerakan berbuka apabila telah nyata masuk waktu berbuka (maghrib), berbuka dengan kurma atau makanan yang manis, menghadiri majlis-majlis ilmu dan pelbagai lagi.

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadhan" (HR Bukhari & Muslim)

Peringatan : Senarai semak ini dilakukan bukan semata-mata untuk tujuan mengejar atau menghitung pahala tetapi sekadar peringatan dan memudahkan kita untuk muhasabah (menghitung diri) sejauh mana amalan-amalan yang kita laksanakan sepanjang Ramadhan 1430H ini. Moga ia menjadi Ramadhan terbaik buat kita.

Lakukanlah amalan-amalan ini dengan penuh keikhlasan dan keinsafan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah swt.

INILAH SAHABAT NABI YANG JENAZAHNYA DIMANDIKAN OLEH MALAIKAT

INILAH SAHABAT NABI YANG JENAZAHNYA DIMANDIKAN OLEH MALAIKAT Hanzhalah bin Abu Amir  adalah anak pemimpin suku Aus yang terbilang kay...