Sunday, May 31, 2009

Kita Dipanggil Allah Hanya Tiga Kali

Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah.Aku bertanya pada Ibu. "Ibu, ada cerita apa yang menarik dari Umrah...?"
Maklumlah, ini pertama kali aku berumrah. Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya menunaikan untuk Umrah di bulan Julai 2007 yang lalu.Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku mempunyai kesempatan untuk bertanya tentang Umrah. Ibu berkata,"Luqman, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..."
Keningku berkerut."Sedikitnya Allah memanggil kita...?"Ibu tersenyum. "Iya, tahu tidak apa 3 panggilan itu..?" Saya menggelengkan kepala.


"Panggilan pertama adalah Azan", ujar Ibu. "Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih tenang, Dia tidak "cepat marah" akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi hambaNya, baik hambaNya itu menjawab panggilan azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas hambaNya ketika hari Kiamat nanti". Saya terpaku,mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat kerana meetinglah, sibuk berurusan dengan rakan sepejabatlah, dan lain lain. Masya Allah.


Ibu menyambung, "Luqman,panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji.
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya "bergiliran" .Seorang hambaNya mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan "Labaik Allahuma Labbaik", sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang kedua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu". Mata saya semakin berkaca-kaca.Subhanallah.Saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.Alhamdulillah...


"Dan panggilan ke-3", lanjut Ibu, "adalah KEMATIAN.
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebiasaan, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu Luqman, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya.
Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.Insya Allah syurga adalah balasannya..."
Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya.
Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan kain Ihram dan berniat.Aku menjawab panggilan UmrahMu,ya Allah, Tuhan Semesta Alam.

Wednesday, May 27, 2009

Bila wanita menjaga aurat

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.

Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful."

Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Selamat beramal..

PEREMPUAN SATU ANUGERAH...

PEREMPUAN SATU ANUGERAH...

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah).Hendakla­h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Sifat Manusia Menurut al-Quran

Manusia adalah satu-satunya makhluk yang diangkat martabatnya menjadi khalifah. Manusia selalu bertanya pada dirinya sendiri apa sahaja kesalahan-kesalahan yang dia lakukan? Memang setiap manusia cenderung menilai dirinya sebagai orang baik dan mudah mencela serta mengungkap kesalahan-kesalahan orang lain, bahkan ada juga apabila dia dicela akan kesalahan maka dia akan marah, walaupun dia sedar bahawa kesalahan itu memang terdapat pada dirinya.

Dan apabila dipuji tentang kebaikan-kebaikan, dia sangat suka dan gembira walau sebenarnya kebaikan-kebaikan itu tidak ada padanya. Bagi mengetahui apa sahaja kesalahan yang terdapat pada diri kita, maka kita harus mampu menemukan penyakit-penyakit yang melekat dalam hati dan batin kita. Tetapi kita menyembunyikannya kerana khuatir diketahui orang lain, tetapi tidak takut diketahui Allah swt yang maha mengetahui segala perbuatan dan rahsia hambaNya.

Sifat manusia yang terdapat di dalam Al-Quran terdapat beberapa sifat manusia. Antaranya ialah sifat yang menunjukkan manusia cenderung menjadi sombong dan bongkak serta membantah Allah seperti di dalam surah Maryam(67), surah al-Nahl(4), surah al-Nisa(28) dan surah al-Infitar(6-8). Selain itu, Al-Quran juga merakamkan sifat manusia yang melupakan Allah apabila menjadi kaya dan kuat dan ada juga sifat manusia yang ingatkan Allah iaitu merendah diri dan berdoa apabila ditimpa kesusahan contohnya di dalam surah Yunus(12), dan surah al-Isra(67).

Selain itu juga terdapat ayat di dalam al-Quran yang menunjukkan kemampuan manusia berbicara iaitu di dalam surah al-Rahman(1-4). Ayat-ayat ini jelas menunjukkan bahawa terdapat penerangan tentang sifat-sifat manusia didalam al-Quran.

ANALISIS SIFAT LUPAKAN ALLAH
Di sini, antara salah satu sifat manusia yang diterangkan di dalam al-Quran ialah sifat lupakan Allah apabila kaya dan kuat. Tetapi manusia akan mula ingatkan Allah apabila ditimpa kesusahan iaitu dengan merendahkan diri dan berdoa kepada Allah serta mengakui keagungan Allah. Antara ayat al-Quran yang menerangkan tentang sifat ini ialah surah Yunus,ayat 12:
Maksudnya: Dan kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu kami hapuskan tanda malam dan kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. dan segala sesuatu Telah kami terangkan dengan jelas.

Mengikut tafsir pimpinan Al-Rahman, tafsir ini menerangkan bahawa di antara rahmat Allah kepada manusia ialah diberinya kemudian belayar di laut untuk mencari rezeki, apabila mereka ditimpa bahaya, maka pada saat itu mereka hanya teringat kepada Allah dan mengharapkan pertolongan Allah swt. Tetapi setelah mereka tiba di darat dengan selamatnya, maka mereka pun mempersukutukan Allah dengan makhluk-makhluk yang mereka puja dengan sesatnya.
Jadi, ini jelas menunjukkan bahawa al-Quran menerangkan tentang sifat manusia yang lupa diri dan tidak ingat akan Allah apabila manusia itu dalam keadaaan kesenangan. Malah, mereka tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan selama ini. Selain itu, mereka tidak menyembah Allah iaitu tidak melakukan perkara yang disuruh oleh Allah swt. Mereka juga mempersukutukan Allah iaitu dengan menyembah sesuatu yang selain Allah. Antara contoh perkara yang disembah oleh manuasia ialah patung atau berhala. Ini merujuk kepada kaum kafir.

Tetapi apabila berlaku sesuatu musibah atau bencana, maka manusia itu akan mula teringatkan Allah swt. Mereka akan meminta dengan bersungguh-sungguh kepada Allah swt iaitu dengan merendahkan diri kepada Allah dengan serendah-rendahnya. Mereka juga akan berdoa dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati. Apabila doa itu dimakbulkan, maka mereka akan sedikit demi sedikit akan melupakan Allah swt. Sifat ini merujuk kepada orang-orang Islam.

Dr. Aisyah Al-Buti menjelaskan bahawa manusia mempunyai kebiasaan iaitu sewaktu kaya dan kuat, ia akan melupakan Allah. Dan apabila ia ditimpa kesulitan, barulah ia teringat kepada tuhannya, merendahkan diri dan berdoa kepada penciptanya iaitu Allah s.w.t. Ini menunjukkan bahawa manusia itu memang wujud sifat bongkak dan takbur serta senang lupa diri apabila berada dalam suasana atau keadaan yang selesa. Hanya segelintir sahaja yang benar-benar mensyukuri dengan nikmat yang Allah yang berikan dan menggunakannya sebaik mungkin nikmat yang diberikan.

ANALISIS SIFAT SOMBONG DAN BONGKAK
Ayat yang menerangkan tentang sifat manusia menjadi sombong dan bongkak serta membantah Allah ialah surah Al-nahl, ayat 4:

Maksudnya:ia menciptakan manusia dari air(benih),kemudian(setelah sempurnakejadiannya) tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelasbantahannya.”Ayat ini menjelaskan bahawa Allah mencipta manusia, tetapi manusia itu sombong kepada tuhannya sendiri. Mengikut tafsir pimpinan Al-Rahman, diterangkan bahawa manusia yang membantah serta sombong itu merujuk kepada keingkaran manusia itu kepada tuhannya. Keingkaran di sini merujuk kepada sifat manusia itu yang tidak mahu menyembah Allah swt malah mempersukutukanNya.Selain itu, keingkaran yang ditunjukkan oleh manusia ialah dengan tidak mensyukuri nikmat Allah swt. Mereka sombong dengan apa yang ada pada mereka tetapi semua itu adalah dari Allah swt. Allah swt mencipta manusia dan memberi Al-Quran sebagai petunjuk untuk menerangkan tentang kehinaan dan kelemahan manusia agar manusia tidak melupakan asal-usul penciptaannya.Asal-usul penciptaan manusia adalah dari setitis air mani atau tanah atau dari segumpal darah,lalu segumpal daging,atau dari air memancar keluar dari antara tulang sulbi laki-laki dan tulang dada perempuan. manusia sama sekali tidak memerlukan belajar secara ilmiah atau memahami kesedaran itu guna menahan dan mengendali kebongkakkannya, agar tidak melampaui batas-batas takdirnya sehingga menjadi keterlaluan dan pembantah.

Manusia juga cenderung kepada sifat keterlaluan dan bongkak. Selain itu, manusia juga tidak menunjukkan sikap yang menyatakan rasa terima kasih kepada Allah swt. Dan manusia di sisi tuhan menjadi pembantah yang nyata malah tidak pula menyesali perbuatannya.Oleh kerana sifat manusia yang membantah ini, maka manusia itu tidak memikirkan tentang sebab dia diciptakan iaitu untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Firman Allah swt di dalam surah al Zariyat ayat 56 :

Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Sedangkan manusia itu juga adalah makhluk yang lemah, iaitu hanya hamba kepada penciptanya. Tidak ada sebab dia perlu membantah malah apatah lagi berpaling tadah dari tuhannya iaitu Allah s.w.t dengan menyukutukanNya. Jadi, salah satu sifat manusia yang disebut dalam Al-Quran ialah sifat manusia yang cenderung menjadi seorang yang sombong dan serta membantah kepada Allah.

HUBUNGAN ANTARA SIFAT MANUSIA YANG LUPA DAN BONGKAK
Daripada analisis ayat yang menerangkan sifat manusia yang lupa dan bongkak, dapat disimpulkan bahawa kedua-dua sifat ini terdapat pada semua manusia, samada yang muslim atau kafir, akan tetapi sifat dapat dikawal apabila seseorang mukmin itu benar-benar bertakwa. Sifat bongkak dan lupa ini ialah sifat negatif yang terdapat pada diri manusia. Sifat bongkak ini hanya mendorong manusia untuk melakukan kejahatan terhadap makhluk Allah s.w.t yang lain bahkan boleh merosakkan manusia itu sendiri.Sementara sifat manusia yang lupa juga akan membinasakan manusia itu sendiri. Dari sifat lupa itulah mewujudkan sifat bongkak seperti yang di atas tadi. Sifat lupa ini juga membawa keburukan kepada makhluk Allah yang lain. Keburukan yang dibawa oleh sifat lupa dengan sifat bongkak ini tidak banyak membezakan antara kedua-duanya. Ini adalah kerana kedua-duanya membawa kepada kebinasaaan.

Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah Al-Quran menerangkan sifat-sifat manusia sesuai bahawa Al-quran itu ialah wahyu dari Allah untuk manusia. Selain itu juga, hasil daripada penerangan dalam Al-Quran juga membolehkan kita memahami bahawa manusia itu mempunyai pelbagai sifat samada yang baik atau buruk.

Ia juga dapat mengingatkan manusia bahawa manusia itu tidak sempurna dan banyak kekurangannya. Oleh itu, manusia tidak perlu berlagak sombong dan bongkak kepada penciptanya. Hal ini adalah kerana sifat tersebut akan menyebabkan manusia mendapat azab siksaan pedih api neraka dan ini menunjukkan Allah s.w.t itu maha agung lagi maha sempurna.

catatan Mohd Badrul Hisyam

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul

Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;
a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuatb. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakanc. Kehendak yang kuatd. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuate. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaanf. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;
Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meterb. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meterc. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebald. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.
Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.
Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!
S
ultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.

Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.
Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.

Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;
a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.
Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.
Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.

Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.
Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.
Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.

Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.

Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.
Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?
Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.
Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.
Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!
Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.

Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.
Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.

Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.
Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.

Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: ?Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!?.

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, ?Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!?.

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, ?Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!?.

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.
Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:
Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.
Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.
Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.
Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.
Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih. -

Catatan Husam Musa

Batu dari syurga ?

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, di berkata : "Planet

Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.

"Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada asalan tersembunyi di balik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.

Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'Bah di planet Bumi dengan Ka'bah di alam akhirat.Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama 'Zero Magnetism Area', artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka'Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka'Bah) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda,

"Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam. Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877)

Sebab mengapa Allah menciptakan makhluk-makhluk halus

Allah berfirman: " Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah Ku. Aku tidak mahu daripada mereka sedikit rezeki dan Aku tidak mahu daripada mereka memberi makanmakan ".

Surrah Adh-Dhariyyat ayat 56-57

1. Untuk memperkuatkan iman seseorang kepada Allah S.W.T. dan yakin tentang kebesaran Nya.

2. Disamping manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah berkuasa mencipta makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia.

3. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh yang nampak dan tidak nampak yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.

4. Untuk menguji iman manusia atas kebolehan menggunakan akal fikiran serta anggota tubuh dengan bijaksana dan tidak terpesona dengan tipu daya dan helah pujukan syaitan.

5. Iman manusia hanya akan diketahui kekuatannya dengan adanya dugaan yang kuat.

6. Manusia harus sentiasa berwaspada akan janji iblis dan syaitan (hantu? ) yang bersumpah di hadapan Allah yang akan menghalang manusia daripada beriman dan melakukan perintah Allah.

7. Supaya manusia sentiasa berwaspada kerana iblis dan syaitan tidak akan berhenti dan tidak akan mati dari terus menggoda manusia melakukan kejahatan dari segenap penjuru kiri, kanan, depan dan belakang kecuali dari bahagian atas ( kepala ) dan bawah ( kaki ).

" Dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui ".

Surah Al-Baqarah; ayat 168-169

Tuesday, May 26, 2009

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya.

Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Friday, May 22, 2009

Amal Jariyah bagaimana caranya...

Rasulullah SAW bersabda, "Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal: [1] Shadaqah jariah , [2] Ilmu yang bermanfaat dan [3] Anak shalih yang mendoakannya. (HR. Muslim, Abu Dawud , At-Tirmidzi , Nasa'i dan Ahmad )

SADAQAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR
AL SADAQAT AL JARIYAH - THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU!

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan
hasanah .
Give a copy of Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat

2. Sumbangkan kursi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya,
anda dapat hasanah .
Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat

3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang
Share constructive reading material with someone

4. Bantu Pendidikan seorang anak
Help in educating a child

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a.
Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah
Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasanaat

6. Berbahagi CD Quran atau Do'a
Share a dua or Quran CD

7. Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta
Participate in the building of a mosque thru wealth or strength

8. Letakkan pendingin air di tempat umum
Place a water cooler in a public place

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung
dibawahnya, anda dapat hasanah
Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu
dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.
Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment

Rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu......

1. Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu'
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam
Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain..

OTAK KUNING.....

SALAM,

Kita selalunya bila dipanculkan ayat, selalu dapat membayang perkara yang tidak senonoh, tetapi bila melakukan ibadat kenapa kita gagal merasai kehadiran Allah s.w.t atau dapat membayangkan.....sila lihat contoh cerita di bawah:-

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah
seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :
"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak
saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya
berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara
Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada
pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan
jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan
baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada
Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2
UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua
memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada
di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada
soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu
bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya
berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar
lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus
menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara
duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat
hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah
saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk
saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak
teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas
Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan
meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak
hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh
Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan
masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of
heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get
it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men
than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife
after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of
veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang
diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti
Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan
pengetua yang mempunyai pemikiran kuning. hehehe.

SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan ?
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong..

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan ? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?
'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"
Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan ? Lagi besar penyakitnya kan ? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan **** itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan ****?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat.

Thursday, May 21, 2009

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH.

Bacalah sehingga habis.

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk
membaca terus hingga ke penghujung.

ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk
ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya,
menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat......

Mungkin malam JUMAAT?

Dan sewaktu solat MAGHRIB SAJA?

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit....

Dan sudah pasti waktu ada kematian...

Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja
atau bermain?

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus
sendiri tanpa bergantung padaNYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka......

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang
paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan
kepada kita.

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.
RENUNGKANLAH

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!

Ya aku CINTA ALLAH .

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku

IA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah
HAMPASyang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah.

Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan
yang telah diberi ALLAH kepada mu...

Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.

Susah vs. Senang

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?

Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar
kembali?

Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem "forward"
kan email yang tak senonoh?

Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.

Solat adalah yang terbaik....

Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.

Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA
ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.

Tidakkah melucukan bila seseorang berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI
SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).

Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang
akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar
email mengenai ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?

Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak
akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan
mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?.

Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada
saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.

Aku berDOA , untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan
mereka di rahmati ALLAH.

DRINKING WATER ON EMPTY STOMACH

DRINKING WATER ON EMPTY STOMACH

DRINK WATER ON EMPTY STOMACH
It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven its value. We publish below a description of use of water for our readers. For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the following diseases: Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throat diseases.
إشرب الماء على معدة خالية
أصبح من المعتاد اليوم في اليابان شرب الماء مباشرة بعد الاستيقاظ صباحا. وفوق ذلك فقد أثبتت الاختبارات العلمية قيمتها. وننشر أدناه وصفة استخدام الماء لقرائنا الأعزاء. وقد اكتشفت جمعية طبية يابانية نجاح العلاج بالماء لأمراض مزمنة وخطيرة وكذلك للأمراض المتوسطة كعلاج ناجح 100% للأمراض التالية:
الصداع ، آلام الجسم ، أمراض القلب ، التهاب المفاصل ، ضربات القلب السريعة ، الصرع ، السمنة أو البدانة المفرطة ، التهاب القصبات ، الربو ، السل ، التهاب السحايا (السحائي) ، أمراض الكلية والجهاز البولي ، التقيؤ ، التهاب المعدة ، الاسهال ، الخوازيق (البواسير) ، مرض السكري ، الإمساك ، جميع أمراض العيون ، الرحم ، السرطان ، الإضطرابات الحيضية ، أمراض الأذن والأنف والحنجرة.

METHOD OF TREATMENT1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160ml glasses of water2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minute3. After 45 minutes you may eat and drink as normal. 4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day. 6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life.

أسلوب المعالجة:
1. فور استيقاظك في الصباح وقبل تفريش أسنانك ، إشرب 4 أقداح من الماء (سعة 160 مللتر)
2. فرش أسنانك ونظف فمك ولكن لا تأكل أو تشرب أي شيء قبل مرور 45 دقيقة.
3. بعد مرور ال_45 دقيقة بإمكانك أن تأكل وتشرب كالمعتاد.
4. بعد 15 دقيقة من الإفطار ، وكذلك الغداء ، والعشاء ( لا تأكل أو تشرب أي شيء لمدة ساعتين).
5. بالنسبة لكبار السن أو المرضى والذين لا يستطيعون شرب 4 أقداح من الماء في البداية يمكنهم شرب القليل من الماء وتدريجيا يزيدون الكمية إلى أن تصل إلى 4 أقداح كل يوم.
6. إن أسلوب العلاج المبين أعلاه يشفي أمراض أولئك الذين يعانون منها بإذن الله أما الناس الاعتياديين فسيتمتعون بحياة صحية سليمة وجيدة إن شاء الله .

The following list gives the number of days of treatment required to cure/control/reduce main diseases:
1. High Blood Pressure (30 days)
2. Gastric (10 days)
3. Diabetes (30 days)
4. Constipation (10 days)
5. Cancer (180 days)
6. TB (90 days)
7. Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days in the 1st week, and from 2nd week onwards – daily.

This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times.

وتبين القائمة أدناه عدد الأيام اللازمة للعلاج المطلوب للتداوي أو السيطرة على الأمراض أو تقليل أثرها:
1. ضغط الدم العالي (30 يوما)
2. أمراض المعدة والحموضة (10 أيام)
3. مرض السكري (30 يوما)
4. الإمساك (10 أيام)
5. السرطان (180 يوما)
6. السل (90 يوما)
7. المرضى المصابين بالتهاب المفاصل يجب أن يتبعوا العلاج أعلاه فقط لمدة 3 أيام في الأسبوع الأول ، ثم يومياً من الأسبوع الثاني فصاعداً.
إن أسلوب العلاج أعلاه لا يشكل أي أضرار جانبية ، ومع ذلك ففي بداية العلاج قد تضطر إلى التبول عدة مرات .

It is better if we continue this and make this procedure as a routine work in our life. Drink Water and Stay healthy and Active.

من الأفضل الاستمرار بهذا الأسلوب في العلاج وجعل هذا الإجراء واجب روتيني في حياتنا ..
تعود على شرب الماء بانتظام وتمتع بصحة ولياقة ونشاط .

This makes sense .. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals ..not cold water. Maybe it is time we adopt their drinking habit while eating!!! Nothing to lose, everything to gain...

هذا الأمر يبدو معقولا تماما .. إن الصينيين واليابانيين يشربون الشاي الساخن مع تناول وجباتهم الغذائية. ربما أصبح اليوم الوقت المناسب إتباع طريقة أسلوبهم وعادتهم في تناول الطعام !!! لن تخسروا شيئا ، فقط الكسب .

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you.It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion.

بالنسبة لأولئك الذين يحبون شرب الماء البارد ، ينطبق عليكم هذا الموضوع فانتبهوا لطفاً . قد يكون لذيذاً أن تتناول قدحاً من المشروب البارد بعد الوجبة الغذائية . وعلى أية حال ، فالماء البارد سوف يصلِّب المادة الزيتية التي استهلكتها تواً ، وسوف تبطئ عملية الهضم .

Once this "sludge" reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

وحالما يتفاعل هذا الراسب مع الحامض ، فسوف يتكسر وتمتصه الأمعاء أسرع من الطعام الصلب ..... وسوف يبطِّن الأمعاء .
وبعد مدة وجيزة سوف يتحول إلى دهون وتقود إلى السرطان . من الأفضل شرب شوربة ساخنة أو ماء دافئ بعد وجبة الطعام

A serious note about heart attacks:
· Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting,
· Be aware of intense pain in the jaw line.
· You may never have the first chest pain during the course of a heart attack.
· Nausea and intense sweating are also common symptoms.
· 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up.
· Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive...

ملاحظة مهمة وجدية حول الهجمة القلبية أوالأزمة القلبية:
· على النساء أن يعلموا أنه ليس كل أعراض الأزمة القلبية تكون ألم الذراع الأيسر .
· انتبهوا إلى الألم الشديد في خط الفك السفلي
· قد لا تشعر بألم الصدر أولا خلال فترة الهجمة القلبية .
· الغثيان والتعرق الشديد أيضاً من الأعراض الاعتيادية .
· 60% من الأشخاص الذين يصابون بالأزمة القلبية بينما هم نائمون لا يستيقظون ..
· قد يوقظك الألم في الفك من نومٍ عميق .. يجب أن نكون حريصين ومدركين . كلما تعلمنا وعرفنا أكثر ، كلما كانت فرصة النجاة أفضل بإذن الله.

A cardiologist says if everyone who gets this mail sends it to everyone they know, you can be sure that we'll save at least one life.

يقول الطبيب الأخصائي بأمراض القلب لو أن كل من استلم هذه الرسالة وأعاد إرسالها إلى كل شخص يعرفه ، من المؤكد بإذن الله أننا قد نستطيع إنقاذ حياة إنسان واحد على الأقل ..

Please be a true friend and send this article to all your friends you care about

نتمنى أن تكون صديقا وفيا وتخبر جميع أصدقائك ومعارفك بمحتوى هذه الرسالة .

Monday, May 18, 2009

Konspirasi Wabak Selsema Babi (3)

Kita telah pun meneliti akan teori-teori dan fakta yang boleh membawa kita memahami siapakah dalang-dalang di sebalik penyebaran wabak selsema babi. Kita juga mungkin boleh meramalkan adakah wabak ini merebak dengan sendirinya atau ianya direbakkan oleh pihak tertentu?

Namun demikian, ada satu pihak lain yang lebih mencurigakan secara tidak sengaja telah membongkar dalang di sebalik merebaknya wabak selsema babi.
Kemungkinan Israel dalang sebenar wabak Selsema
Pada 26 April 2009, kenyataan bekas Pengarah Strategik Israel National Security Council (INSC) iaitu Giora Eiland telah mengejutkan banyak pihak khususnya penyiasat-penyiasat konspirasi. Beliau berkata dengan penuh yakin;

“I will say that Israel has the best solution to this threat in the world,”
Menurut akhbar Jerusalem Post lagi, Eiland juga memberi isyarat bahawa Israel amat serius dalam program Bio-defense atau Senjata Biologi. Eiland menambah dengan mengatakan;
“I can say with certainty that Israel has prepared a series of steps designed to deal with biological warfare.”
Kenyataan Eiland itu boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan teori kerana ia dibuat dalam suasana masyarakat dunia baru sahaja berhadapan dengan kes Selsema Babi. Sedangkan kenyataan yang Eiland keluarkan seolah-olah mereka sudah pun mengetahui bahawa wabak selsema itu akan merebak. (atas ) Giora Eiland (Bawah) Uzi Arad
Bukan sahaja kenyataan Eiland yang menimbulkan tanda tanya, tetapi statusnyanya sekarang sebagai bekas pengarah amat diragui. Sepatutnya kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pengarah sekarang iaitu Prof. Uzi Arad yang juga bekas perisik Mossad.
Giora Eiland merupakan pengarah pada tahun 2005-2006, sekiranya kenyataan Eiland mendahului kenyataan Arad, maka tidak syak lagi pembinaan vaksin untuk wabak ini telah pun berlangsung pada zaman beliau menjadi pengarah INSC.
Siapa sebenarnya Giora Eiland?
Jeneral Mejar Giora Eiland merupakan warganegara Israel yang telah berkhidmat dengan Israel Defense Forces (IDF) lebih 34 tahun. Pada 1999, beliau secara rasminya telah dinaikkan pangkat ke status Jeneral Mejar dan diamanahkan sebagai Pengarah Operasi IDF.
Giora Eiland adalah antara individu yang amat berpengaruh di dalam setiap perencanaan dasar peperangan Israel dan Palestin selain Ehud Barak. Beliau juga merupakan antara orang yang bertanggungjawab dalam program pembinaan Senjata Biologi di Israel.
Pada 4 Mei 2009 (Isnin) baru-baru ini, akhbar Los Angeles Times melaporkan hakim mahkamah tinggi Sepanyol iaitu Fernando Andreu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mahkamah tinggi Sepanyol akan meneruskan siasatan terhadap jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh 7 orang pegawai tentera Israel berkenaan pengeboman orang awam di Gaza.
Program Pembinaan Senjata Biologi Israel
Program senjata biologi Israel bukan satu program baru dan ianya langsung tidak berpaksikan alasan kejadian 11 September 2001 di New York. Tarikh itu adalah kepunyaan Amerika sebagai modal menjaja akta-akta keselamatan negara khususnya dalam mendapatkan peruntukan membina senjata biologi.
Dalam permulaan pembinaan senjata biologi, Israel menggunakan alasan berbeza daripada Amerika. Alasan yang digembar-gemburkan di media-media antarabangsa ialah peristiwa
Holocaust.
Istilah “holocaust” bukan sahaja dibina untuk memalsukan sejarah Israel tetapi ia berfungsi untuk menjadi modal kertas-kertas kerja kementerian pertahan Israel dalam meyakinkan masyarakat Israel sendiri terhadap sebarang persediaan perang.
Pada 1948, Perdana Menteri pertama Israel, David Ben Gurion telah melancarkan satu program pertahanan jangka panjang iaitu program pembinaan senjatan biologi.
Program itu dibina atas dasar memastikan peristiwa Holocaust tidak berlaku lagi kepada masyarakat Yahudi dan ia juga dijadikan alasan sebagai melindungi Israel dari ancaman pengganas.
(Gambar) David Ben Gurion
Langsungan dari propaganda itu, Ben Gurion telah menubuhkan Israel Institute for Biological Research (IIBR) pada 1952. Individu pertama yang diberi tanggungjawab mengendalikan penyelidikan-penyelidikan di IIBR ialah Prof. Ernest Bregmann.
(Kiri) Logo IIBR (Kanan) Bangunan IIBR di Ness Ziona, Israel.
Keunikan IIBR ialah, institut ini diletakkan terus bidang kuasanya di bawah Perdana Menteri Israel disamping menerima sokongan daripada Kementerian Pertahanan. Kini, IIBR mempunyai lebih dari 150 saintis yang berkerja di dalamnya.
Kerapuhan Sistem Keselamatan Israel
Walaupun Israel maju dalam pembinaan sistem pertahanan dan teknologi yang cangih, namun ia masih tetap rapuh dan merisaukan banyak pihak di Israel.
Pada 1983, bekas Pengarah IIBR iaitu Marcus Klingberg telah ditangkap kerana disyaki menjadi perisik kepada Soviet Union. Namun begitu, penangkapannya dirahsiakan oleh pihak Israel sehinggalah ianya didedahkan pada 1998.

Kerapuhan ini menimbulkan satu tanda tanya, bagaimanakah pihak Israel tidak sedar mereka telah melantik perisik di dalam organisasi sulit mereka iaitu IIBR.?
Persoalan kedua, sekiranya kerajaan Soviet Union mengarahkan perisiknya menyamar sebagai pegawai atasan IIBR, maka sudah pastilah IIBR adalah satu unit kecil yang menjadi ancaman besar kepada dunia. Jika tidak masakan Soviet Union mengambil berat tentang IIBR.
Kes terbaru yang berlaku di Israel baru-baru ini pula amat meyakinkan kita bahawa IIBR adalah punca penyebaran pelbagai wabak selsema selain dari Amerika. Pada 20 April 2009, seorang lagi bekas saintis IIBR ditangkap iaitu Dr. Yehoshua Gozas oleh unit keselamatan kementerian pertahanan Israel.
Gozas disyaki telah membocorkan beberapa maklumat rahsia dari IIBR dan kini ia masih ditahan di Tel Aviv. Sehingga sekarang kerajaan Israel tidak mendedahkan dengan siapakah Gozas bekerja.
Kesimpulan
Penyebaran wabak selsema burung, antrax dan selsema babi sekarang ini telah mentakrifkan tujuan tindakan Soviet Union mengintip IIBR sejak 26 tahun dahulu. Pengintipan Soviet Union terhadap IIBR, kes penangkapan Gozas dan kenyataan Giora Eiland dilihat relevan dengan teori bahawa;
“Israel adalah dalang pelbagai wabak dunia.”
Kami amat pasti bahawa ada sesuatu yang dilakukan oleh IIBR yang menjadikan negara lain berebut-rebut menyelongkar rahsia-rahsia di dalamnya dalam apa jua cara sekali pun.
Dan sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa ke atas sesuatu kejadian dan perancangan Allah itu sentiasa benar dalam membatalkan segala niat jahat makhluk-makhlukNya.
Wallahu’alam …

Catatan : Ibnuyaacob

Konspirasi Wabak Selsema Babi ( 2)

Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia. Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung.

Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai “agenda tersembunyi” oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke. Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan.

Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema.

Pembinaan Senjata Biologi

Jika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut. Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin.

Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini.

Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan. Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York.

Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt.

David Icke, Penyiasat Konspirasi.

Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai.

Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam.

Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak.
Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai. Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya.

Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan. Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapak peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger.

Pembukaan Semula Program Senjata Biologi

Semenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah “terrorism”. Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon.

Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila.

Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka.

Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi. Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar.

Kesimpulan

Walaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia.

Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini. Amerika juga adalah antara negara pelik. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan.

Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ;

Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003
Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk.
600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi.
Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut;

“Bioterrorism is a real threat to our country. It’s a threat to every nation that loves freedom. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them…. It’s important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies.”

Wallahu’alam …

Catatan : Ibnuyaacob

Sunday, May 17, 2009

Konspirasi Wabak Selsema Babi (1)


Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu.
Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Sejak kes di Mexico, laporan berita TV khususnya di Malaysia masih melaporkan kegilaan penyakit ini. Malaysia antara negara yang bernasib baik kerana pantas mengambil langkah kawalan di lapangan-lapangan terbang, stesen keretapi dan pelabuhan.

Namun, penyebaran penyakit Swine Flu selepas tamatnya konflik Gaza perlu diambil perhatian dari beberapa aspek. Ia mungkin dilihat seperti “kejadian alam” tetapi ia sebenarnya juga boleh dirancang.

Permulaan Konspirasi Selsema Babi

Tidak ramai mahu melihat isu Swine Flu dari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik fakta konspirasi. Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia.

Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalah tepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Cuma ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian.

Perkara itu ialah …

Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine. Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000.

(Gambar) Dr. Ralph Steinman - University of Rockefeller

Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular.

Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahan penyakit) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejala swine flu.
Mengapa Perlu Mencurigai Dr. Ralph Steinman?

Kita perlu mencurigainya kerana beliau merupakan tenaga atasan di Universiti Rockefeller, New York sedangkan kita sendiri sedia mengetahui David Rockefeller adalah antara penaja utama Perang Dunia Kedua.

Tambahan pula, Rockefeller adalah antara individu yang dijangka akan hadir pada mesyuarat Kelab Bilderberg yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2009 di Athens.

Selain bertugas di Universiti Rockefeller, Steinman juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Trudeau. Institut ini merupakan institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika.

Pada 1 Oktober 2008, Presiden Bush telah mengeluarkan suatu dana yang amat besar iaitu USD1.6 juta, khusus untuk menampung kos penyelidikan pemvaksinan.

Dengan wang sebanyak itu, Institut Trudeau dan saintis-saintis US Navy telah diarahkan bekerjasama oleh kerajaan Amerika untuk membangunkan satu vaksin jenis Pandemic Influenza. Vaksin ini khusus dalam pencegahan kepada sebarang bentuk selsema yang dibawa oleh binatang.

Usahasama antara Institut Trudeau dan US Navy ini dilaporkan sendiri di dalam buletin Institut Trudeau pada Oktober 2008.

Amerika Dalang Wabak Selsema Babi

Seperkara yang perlu kita teliti, sekiranya suatu vaksin yang berkaitan selsema telah dibangunkan pada 1 Oktober 2008, apakah ada kemungkinan kerajaan Amerika telah pun mengetahui bahawa Selsema Babi akan berlaku? atau mereka sendiri yang meranang sebaran wabak itu?

Kerajaan Amerika amat disyaki sebagai dalang bagi penyebaran wabak ini. Jika tidak masakan Presiden Institute Trudaeu, Dr. David Woodland boleh mengeluarkan kenyataan di bawah pada suatu sidang akhbar sempena Hari Anugerah Perubatan pada 1 Oktober 2008;

“Clearly we have a consensus that there is significant concern regarding the possibility of another pandemic occurring,”

Jika sekiranya ada di antara rakyat Amerika sendiri yang telah mati kerana Selsema Babi, apakah pula faedahnya bagi kerajaan Amerika menyebarkan Selsema Babi ini?

Catatan : Ibnuyaacob

Friday, May 15, 2009

SABAR MENGHADAPI UJIAN

Assalammu’alaikum warmatuhllahi wabarakahtuh…

MENGUNGKAP perkataan sabar, tenang, jangan marah, jangan ikut hati, jangan gopoh dan reda kepada orang lain memang mudah. Itulah kata-kata azimat sebagai tanda simpati dan nasihat kepada individu berdepan MUSIBAH atau KEADAAN memerlukan kesabaran untuk menghadapinya.

Namun, ternyata amat payah untuk diri sendiri mengamalkan sikap sabar. Ketika menghadapi MUSIBAH atau KEADAAN yang mengatasi daya ketabahan fizikal dan mental, memang amat sukar BERSABAR. Sebab itu, individu dalam keadaan sedemikian memerlukan sokongan emosi daripada orang lain.

Sabar bererti menahan diri ketika mengalami PENDERITAAN, MUSIBAH, keadaan TIDAK DIINGINI dan KEGAGGALAN. Sifat sabar juga diperlukan agar tidak mengikut kehendak hati atau perasaan mendorong melakukan perbuataan mendatangkan kemudaratan maupun keburukan.

Tanda sabar juga ialah apabila sanggup melakukan perkara yang sukar demi untuk mendapat kebaikan. ISTIQAMAH..dan KESUNGGUHAN yang TINGGI, serta sanggup melakukan sesuatu TUGAS juga termasuk dalam erti SABAR.

Dari sudut agama, sabar dikategorikan kepada Tiga(3) perkara:-

1) Menahan diri daripada perkara yang disukai, tetapi dilarang oleh agama.
2) Menahan diri daripada keadaan tidak disukai atau kesusahan yang dihadapi
3) Melakukan perintah Allah S.W.T.

Sifat sabar amat dituntut dalam islam. Banyak kebaikan diperolehi oleh mereka yang BERSABAR. Sesungguguhnya Allah S.W.T., tidak mensia-siakan amalam hamba-Nya yang bersabar dengan diganjar kebaikan di dunia dan akhirat.

Banyak perbuatan disukai manausia tetapi ditegah oleh agama. Perbuatan itu tentunya mendatangkan keburukan jika dilakukan. Islam menetapkan peraturan hidup agar menjauhkan perbuataan keburukan maupun memudaratkan.

Nafsu manusia mudah tertarik kepada perbuatan mendatangkan kepuasaan sementara. Bisikan syaitan menyebabkan nafsu cenderung melakukan perbuatan yang ditegah. Individu yang tidak melakukan perbuatan itu akan terasa rugi…kononnya…sedangkan orang lain menikmatinya dengan rasa puas.

Justeru, sifat sabar penting untuk menghalang diri turut terbabit perbuatan mendatangkan keburukan itu. Kesabaran dalam katogeri ini ada manifestasi kepada tanda bertaqwaa, yakni takut melakukan perbuatan yang ditegah.

Bersabar dalam katogeri kuat menghadapi MUSIBAH banyak situasinya. Perkara yang menyusahkan keadaan fizikal dan rohani kerap dihadapi silih berganti. Kematian, penyakit berbahaya, kerugian harta benda dan kejadian tidak menyenangkan mseti dihadapi dengan sabar.

Kesabaran menghadapi ujian dapat memberi ketenangan menerima ujian daripada Allah S.W.T.,. Banyak kebaikan terselindung disebalik sesuatu kejadian. Terimalah itu sebagai Qada dan Qadar yang ditentukan oleh Allah S.W.T.

Namun, kita wajib berusaha mengelak daripada ditimpa perkara buruk. Melakukan tindakan pencegahan adalah sebahagian daripada usaha yang mendapat balasan kebaikan. Kita tidak boleh berserah pada TAKDIR semata-mata. Dikatakan TAKDIR hanya selepas usaha dilakukan.

MUSIBAH antara cara Allah S.W.T menguji kesabaran hamba-Nya…Firman Allah S.W.T….yang bermaksud…”Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit KETAKUTAN, KELAPARAN, KEKURANGAN HARTA, JIWA, dan BUAH-BUAHAN. Dan berikan berita GEMBIRA kepada orang yang SABAR” ( Surah al-Baqarah..ayat 155).

Individu memliki IMAN yang teguh, nescaya tidak rasa keluh kesah menerima ujian dari Allah S.W.T., Mereka tenang dan bersabar atas apa yang menimpa. Pada masa yang sama usaha untuk mendapat kebaikan diteruskan tanpa JEMU.

Dari situ, Allah S.W.T., memberi balasan yang lebih baik. Bahkan, banyak individu yang bersyukur menyatakan kebaikan diperolehi hasil usaha selepas pernah menerima MUSIBAH sebelumnya.

Firman Allah S.W.T. , bermaksud:… “ Dan sesungguhnya Kami akan membalas orang yang sabar dengan memberikan pahala lebih baik daripada apa yang dikerjakan oleh mereka”. ( Surah an-nahl, ayat 96)

Orang sabar sentiasa mendekatkan dirinya di sisi Allah S.W.T.. Iman dan Taqwaanya semakin teguh. Hatinya tabah berserah kepada Allah S.W.T., Dalam hatinya tetap BERIKTIKAD dan YAKIN bahawa apapun yang dialaminya tidak sekali-kali menyebabkan dia menyekutukan Allah S.W.T.




Individu bersabar tetap memohon pertolongan dan doa kepada Allah S.W.T., tanpa sedikit berpaling mencari pertolongan kepada lain. Hal demikian tidak sia-sai kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan senantiasa bersamap-sama dengan orang SABAR.

SEGALA apa yang terjadi ketentuan daripada Allah S.W.T., Hamba bertaqwaa senantiasa melakukan perkara yang disuruh dan menjauhkan apa yang dilarang oleh-Nya

Katogeri sabar dan tekun melakuikan sesuatu tugas juga penting dijadikan amalan. Kebanyakan usaha memerlukan masa yang lama, baru mencapai apa yang diingini maupun diimpikan. Kesabaran amat perlu ketika berdepan dengan kegagalan. Ia mengelakkan diri daripada berputus asa dan tidak mahu meneruskan perjuangan.

Individu yang bersabar menerima setiap kegagalan sebagai satu cabaran untuk berusaha lebih gigih. Sikap itu membuka peluang untuk berjaya dengan cemerlang. Usaha untuk berjaya dilakukan dengan fikiran lapang dan lebih berhemah.

Mengapa mesti MARAH dengan KEGAGALAN????, Sepatutnya kegagalan dijadikan sandaran perangsang untuk berusaha lebih gigih secara KONSISTEN. Kejayaan hasil usaha lama dan menghadapi kesukaran lebih bermakna dan dihargai.

Kejayaan tokoh ternama dalam bidang masing-masing dicapai hasil daripada sikap sabar dan tekun dalam usaha yang dilakukan. Mereka terpaksa menghabiskan masa dan tenaga untuk mencapai apa yg dihajati.

Individu yang tidak BERSABAR sesungguhnya menjadi RAKAN SYAITAN yang sering mencetuskan KEROSAKKAN dengan API KEMARAHAN. Syaitan menggalakkan sikap TIDAK SABAR untuk merosakkan KEHIDUPAN MANUSIA.

HARTA DAN DIRI HANYA PINJAMAN

Bismilahirohmanirohim

TERDAPAT empat golongan manusia yang tidak akan merasa runsing atau gelisah, ketika seluruh manusia menempuh kegawatab pada hari kebangkitan di Mashsyar kelak. Malah golongan berkenaan akan ditempatkan oleh Allah SWT di suatu bukit
“ KASTURI” yang sangat harum dan nyaman. Betapa mewah dan selesanya keadaan mereka sebelum memasuki syurga lagi.

Golongan bertuah itu seperti dijelaskan oleh Sabda Rasulullah S.A.W.sebelum yang bermaksud:

1) “Seorang yang membaca al-Quran semata-mata untuk mendapat keredaan Allah SWT.
2) Orang yang menjadi iman(imam solat atau pemimpin masyarakat) dalam situasi disenangi(diredai) orang ramai.
3) Seseorang yang melaungkan azan di masjid dan berdoa kepada Allah Azza wa Jalla semata-mata untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT.
4) Seseorang yang dibala dengan harta(sama ada kemisikinan atau kekayaan) di dunia, tetapi ujian harta tersebut tidak menjejaskan amalan akhirnya”.

Golongan pertama, ialah mereka yang penuh keyakinan bahawa membaca al-Quran adalah ibadat yang disukai Allah SWT. Mereka senantiasa membacanya, bukan untuk berlagu dan menarik perhatian orang ramai, sebaliknya hanya untuk mendapatkan reda dari Allah SWT.

Disamping membaca, mereka berusaha memahami maksud dan mengambil hidayah, hukum hakam, iktibar serta peringatan daripada wahyu Allah SWT yang dibacanya itu.

Golongan Kedua, ialah orang yang jadi imam kepada sesuatu kaum, sama ada imam solat atau imam sebagai pemimpin masyarakat. Dalam keadaan orang ramai reda dan menyukainya, disebabkan akhlaknya yang mulia, nasihatnya yang baik dan menepati kehendak Allah SWT serta kepimpinannya yang adil.

Golongan Ketiga, ialah seorang lelaki yang azan di masjid, musalla atau di mana jua kerana Allah Taala, semata-mata azan untuk mendapat pahala kerana sebutan pertama dalam azan adalah menyebut nama Allah SWT dan Rasul-Nya.

Mereka melaungkan azan kerana terdapat didalam azan perkataan dan seruan yang baik, mengajak manusia mendirikan solat ( hayya alas solah) dan mengajak manusia mencapai kejayaan ( hayya alas falah ). Nasihat yang baik termasuk seruan “As Solatu Khairun Minan Naum” ( sembahyang lebih baik daripada tidur).

Golongan Keempat, ialah seorang yang ditimpakan bala(ujian) harta oleh Allah SWT di dunia ini, tetapi bala itu tidak menjejaskan amalan akhiratnya. Diuji dengan rezeki sama ada miskin ataupun kaya. Kemiskinan sememangnya menyusahkan seseorang . Tetapi kekayaan juga boleh jadi ujian yang berat kepada manusia.

Kekadang-kadang orang yang kaya sangat berat untuk menderma, kerana walaupun hartawan kadangkala hatinya miskin (bakhil). Berat untuk mengeluarkan harta bagi kebajikan orang lain.

Namun golongan keEMPAT yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW, itu, bala rezeki sama ada miskin atau kaya tidak menjejaskan kerja amalannya untuk akhirat.


Dalam susah kerana dibalakan dengan kemiskinan, mereka masih mampu menyenarai dan memperuntukkan sebahagian hartanya untuk menderma bagi kepentingan agama walau sedikit tetapi ikhlas untuk pahala akhirat, di samping untuk keperluan diri dan rumah tangganya.

Kekayaan juga kadangkala menjadi malapetaka kepada seseorang, mereka terlalu sibuk untuk mengurusnya hingga lupa kebajikan jiran tetangga dan ahli masyarakat yang miskin serta memerlukan.

Sebahagian hartawan pada umumnya merasa kehidupannya amat selesa, keselesaan menjdikan mereka lupa Tuhan tempat bergantung segala-galanya. Justeru masyarakat sekeliling tidak mendapat sebarang manafaat daripada kekayaan hartawan itu, kerana harta mereka sedang dilabur dalam mana-mana instituasi kewangan yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Bagaimanapun Nabi S.A.W. menegaskan, ada orang yang diselamatkan oleh Allah SWT daripada bala harta, kekayaan tidak menjdikan mereka lupa daratan sebagaimana yang terjadi kepada Tsa’labah dan Qarun.

Orang yang diselamatkan Allah SWT itu, semakin dia hartawan semakin meningkat rasa tanggungjawabnya, bahkan bersyukur kepada Tuhan yang mengurniakan harta melimpah.

Dengan harta yang banyak itu mereka banyak pula mengeluarkan zakat, bermurah hati membantu orang yang memerlukan, kerana dia sedar bahawa harta dan dirinya hanya PINJAMAN dan AMANAH Allah SWT.

Jika kehidupan di dunia manusia memerlukan harta dan wang untuk menyelesaikan pelbagai urusan, di akhirat juga manusia memerlukan sesuatu untuk mencapai kebebasan daripada azab neraka, juga untuk memasuki syurga yang dijanjikan Allah SWT.

Yang dimaksudkan “SESUATU” itu adalah pahala. Pahala adalah tanda keredaan Allah SWT. Harapan seseorang untuk mencapai kebahagian akhirat dalam syurga, hanya jika pahala mengatasi dosa.

Antara cabang pahala di akhirat kelak adalah pahala akan menjadi nor (cahaya). Cahaya menjadi suatu keperluan manusia di alam barzah dan juga akhirat. Jika manusia terpaksa menyediakan lampu untuk menerangi rumah pada malam hari yang gelap gelita, maka mereka juga mesti berusaha untuk menyediakan cahaya untuk dirinya di akhirat.

Solat yang khusyuk dan sempurna adalah antara ibadat yang akan menjadi cahaya bagi menerangi seseorang pada hari akhirat kelak.

Orang lain tidak mungkin dapat menumpang cahaya dari nor ibadat seseorang pada hari akhirat. Kerana cerah cahaya pada hari akhirat itu ibarat cerah penglihatan seseorang, yang manaafatnya hanya untuk individu berkenaan sahaja. “Orang buta tidak mungkin matanya dapat menumpang cerah penglihatan orang lain”..Amin

Hanya dengan Allah SWT kita menyerah diri, agar memperolehi taufik dan hidayah-Nya

Sekian. Wa billahi taufiq wassalamu’alaikum warahmatulllahi wabarakaahtuh untuk kali ini semoga kita akan dipertemuakan dilain bicara

Insya Allah

Jangan terlalu cepat menghukum jika kita sendiri

Jangan terlalu cepat menghukum jika kita sendiri tidak pernah menghulurkan sumbangan pada mana mana Pusat Tahfiz Semoga kita ambil ikti...