Friday, October 17, 2008

Tuan Haji Mohd Said Al-Linggi

Tuan Haji Mohd Said Al-Linggi


Makam Almarhum Tuan Hj Mohd Said Jamaludin Al-Linggi

(Khalifah /Pengasas Tarekat Ahmadiah Idrisiyah di Asia Tenggara)


Almarhum Tuan Haji Mohd Said Jamaludin Al-Linggi ialah moyang kepada sifu Mirza (salasilah melalui isteri beliau di Thailand - beliau mempunyai 4 orang isteri, salah seorangnya di Thailand) dan bapa kepada Almarhum Sheikh Hj. Ahmad Mohd Said, Mufti Negeri Sembilan yang pertama (bapa kepada SS Dato' Mufti Sheikh Murtaza Sheikh Ahmad- Mufti Negeri Sembilan kini...)

membawa anak-anak ke makam dan bercerita mengenai salasilah datuk nenek serta moyang mereka bagi saya adalah satu kemestian buat kita, agar mereka tahu asal usul keturunan dan dapat menjadi panduan untuk 'mencarta' objektif kehidupan mereka...

bersyukur kerana di atas rahmatNya, saya berada di dalam talian 'mereka-mereka' yang alim.. namun atas dasar 'iman tidak boleh diwarisi'... saya juga memikul tugas serta amanah yang lebih besar untuk 'mengisi' serta melaksanakan tugasan atas soalan... "what is next?" buat diri saya...

begitu juga nasihat serta guidance saya kepada anak-anak... dan selalu mengingatkan mereka.. tentang.. ya..moyang, datuk, nenek semua keturunan baik-baik belaka... bagaimana pula dengan kita?.... jangan sampai kita menjadi 'fitnah' buat mereka.... sama seperti umat islam yang mengaku Muhammad Rasulullah sebagai Nabi & Rasul serta menjadi petunjuk tetapi tidak mahu mengikuti segala sunnah Baginda...

maka selalulah bertanya pada diri...."what's next?.."

Allah Hu Akhbar...Allah Hu Akhbar....Allah Hu Akhbar...Walillah Hilham...


Posted by Sifu Mirza at 11:53 AM 0 comments
Labels: semasa, tasauf

No comments:

  as salam Mohon , bantuan wakaf dana anda