Total Pageviews

Monday, February 27, 2012

Tokoh Mujahdid kurun 14 Al-Alim Al-Alamah Al-Arif Billah Al-Murabbi Al-Mursyid Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy AL Mujahdidi


Al Fadhil Al-Alim Al-Alamah Arib billah Al-Murabbi Al-Mursyid Tuan Guru, Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy , dilahirkan pada tahun 1364H / 1944M di bandar Damsyik Al-Faiha. dalam sebuah keluarga yang merupakan penduduk jati dan asal Damsyik. Keluarga tuan guru merupakan sebuah keluarga yang amat disegani dan terkenal dengan keilmuan, kehakiman dan kefatwaan sejak ratusan tahun.

Menerima didikan ilmu agama secara talaqqi daripada ulamak-ulamak tempatan yang mulia-mulia. Ulamak yang lebih banyak menghulurkan tangan bimbingan ilmu kepadanya ialah bapanya sendiri, iaitu sohibussamahah murabbi agung al-.allaamah Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy, seorang sasterawan dan penyair yang faqeh (alim feqah), usuliyy (alim ilmu usul feqah), mutakallim (alim ilmu tauhid) dan nazzor (alim ilmu munazorah) . moga Allah merahmati dan meredhainya .

Mempunyai beberapa ijazah keilmuan yang boleh dibanggakan daripada guru-gurunya itu. Ijazah yang paling besar ialah Ijazah daripada yang mulia bapanya, Ijazah daripada mantan mufti Syria, yang mulia al-.allaamah Dr. Muhammad Abi al-Yusri .Aabidiin, Ijazah daripada sohibussamahah Mufti Maliki dan Ketua Perikatan Ulamak al-marhum asy-syed asy-syarif Muhammad al-Makkiyy al-Kattaaniyy, . moga Allah merahmatinya ., dan Ijazah daripada seorang ulamak hadith Mekah, Syeikh .Alwi .Abbas Al-Malikiyy . moga Allah melimpahkan rahmat dan redhaNya keatas mereka dan selain mereka.

Mendapat pengajian awal di sekolah rasmi dengan cemerlang sehingga berjaya menyambung ke peringkat universiti dan menamatkan pengajian dalam bidang syari.ah melalui penulisan tesis kajian berbentuk ilmiah di Universiti Syria, Damsyik. Seterusnya, tuan guru melengkapkan pengkayaan ilmunya di Universiti Al-Azhar yang ulung, dan berjaya pada peringkat Sarjana Muda (BA) Undang-undang dengan kepujian, Sarjana (MA) Feqah Perbandingan dengan Undang-undang (1972M)

Melalui satu tesis kajian ilmiah yang dibentang dan dibahasnya dibawah tajuk ¡°Teori Istihsan dalam Perundangan Islam dan Kesannya Terhadap Masolih Mursalah¡± dengan keputusan Kepujian Kelas Pertama. Pada tahun 1978M, tuan guru telah membentangkan satu lagi tesis ilmiahnya di bawah tajuk Ibn .Aabidiin dan Kesannya Terhadap Feqah Islami .

Satu Kajian Perbandingan dengan Undang-undang. Tesisnya ini telah dibahas dan diperdebat secara terbuka oleh barisan panel yang diketuai oleh al-.allaamah agung, al-marhum Syeikh Profesor Dr. Abdul Ghani Muhammad Abdul Khaleq . moga Allah merahmatinya .Panel itu dianggotai oleh beberapa orang ulamak besar universiti yang rata-ratanya merupakan ulamak agung Syari.ah Islam, dan satu barisan tokoh undang-undang. Senat Universiti pada 26hb. Julai 1978 telah menanugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dengan keputusan (Kepujian Kelas Pertama, dan permintaan agar dicetak tesisnya itu dengan tanggungan daripada pihak universiti untuk dijadikan tesis tukaran diantara universiti-universiti dunia) oleh Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Al-Azhar.

Sentiasa mengajar dalam kelas-kelas ilmu dan kelas-kelas umum, dan menyampaikan kuliah ilmu tentang syari.ah, Bahasa Arab dan Usuluddin. Tuan guru telah mengasaskan satu pergerakan ilmu yang telah melahirkan barisan pekerja yang terpilih dan membuahkan hasil yang cukup baik dan  mempunyai kelas-kelas ilmu untuk orang awam di beberapa buah masjid, antaranya Masjid Jami. Al-Saadaat Aqsob, Damsyik dan Masjid Jami. Al-Darwisyiyyah, Damsyik

Kegiatan pengajian / dakwah ,amat banyak, antaranya ialah:-
1. Gerakan ilmu seperti pengasasan Mujamma, Masjid Al-Aqsoob Al-Islami.
2. Majma. Ilmiyy .Aali telah diwujudkan di bawah Mujamma. ini pada tahun 1410H / 1990M, dimana sekitar 80 orang profesor daripada serata dunia Islam dan Arab telah menjadi ahli anggota majlis tertingginya.
3. Pembentukan sebuah akademi ilmu peringkat pengkhususan dengan nama ¡°Akademi Peradaban Pengajian Arab dan Islam¡± telah dilahirkan di bawah Mujamma. ini.
4. Maahad al-Quran dan Pusat Qiraat dengan nama ¡°Pusat Qiraat Al-Quran Al-Allaamah Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy¡±.
5. Akademi Peradaban Pengajian Arab dan Islam mempunyai tiga peringkat pengajian, iaitu Ijazah pertama atau Sarjana Muda (BA), Ijazah Pengkhususan atau Sarjana (MA) dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D).
6. Menulis tesis dan artikel dalam pelbagai bidang dan tajuk, dan tulisan-tulisannya itu kebanyakannya telah diterbitkan oleh beberapa majalah, seperti:- Majalah Majma. Al-Lughah Al-Arabi, Damsyik. Majalah Al-Faisal dan Majalah Al-Arabiyyah, Saudi Arabia. Majalah Nahj Al-Islam, terbitan Kementerian Agama, Republik Arab Syria. Majalah Ath-Thaqafah Ad-Dimasyqiyyah (bulanan). Majalah At-Tamaddun Al-Islami, Damsyik.
7.Majalah Al-Mauqif Al-Adabi, Syria. Majalah Tisyriin (Mingguan). Majalah Tisyriin Timur Tengah.
Memberi ucapan dan membuat pembentangan dalam beberapa Persidangan Antarabangsa yang dihadirinya seperti:-

Persidangan Penubuhan Akademi Feqah Islam Antarabangsa Mekah Al- Mukarramah pada bulan Jun, 1983M. Tuan guru menjadi ketua rombongan (lantikan khas daripada Presiden) yang terdiri daripada beberapa orang menteri dan ketua-ketua kementerian negara menghadiri persidangan ini. Akademi Feqah Islam Antarabangsa (Jedah). Tuan guru merupakan salah seorang anggota pengasas, dan ahli tetap akademi di atas kapasitinya sebagai wakil Republik Arab Syria dan Ketua Bahagian Perancangan Akademi yang disandangnya sejak awal tahun 1404H / 1983M lagi.

Forum Pemikiran Islam Antarabangsa, Algeria sebagai Profesor Pembentang dengan kedudukannya sebagai tetamu rasmi Kerajaan Algeria selama beberapa siri. Pada tahun 1988M pula, tuan guru dijemput sebagai Profesor Pelawat ke Jabatan Pengajian Peringkat Sarjana, Universiti Algeria.

Tuan guru juga . atas jemputan rasmi . telah melawat negara Mesir, Jordan, Palestin, Lubnan, Arab Saudi, Algeria, Brunei, Oman, Kuwait, Turki, Iran, Sudan, Maroco, Bahrain, dan Qatar sebagai Profesor Pelawat ke universiti-universiti mereka dan sebagai anggota kepada beberapa persidangan ilmiah yang pelbagai, dan menyampaikan kuliah di beberapa buah universiti negara Arab.

Tuan guru juga . beberapa kali . telah menghadiri beberapa siri persidangan ulamak sufi peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh beberapa buah negara lain, antaranya negara Malaysia.( iaitu pembentang kertas kerjas di persidang OIC di Malaysia and Persidang Uamak Sufi  Sedunia di Negeri Sembilan (Di anjurkan Oleh Jabatan /Mufti NS)

Bagi melahirkan generasi pelapis yang hebat, maka perlu bagi kita untuk memastikan diri kita ditarbiyah oleh seorang guru yang sangat hebat. Dalam kata lainnya, kita perlukan SEORANG MURABBI.

Dengan kekuatan dan pengalaman yang Allah S.W.T. anugerahkan kepada Al-Fadhil Al-Alim Al-.Arif billah Al-Murabbi Al-Mursyid Tuan Guru, Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy yang diamanahkan membentuk generasi pendakwah rabbani.

Keterangan lanjut mengenai pilihan tokoh mujadid kurun 14, sila rujuk kitab yang di karang oleh KH Maimun , Sarang seperti petikan di bawah:-
.

Siapakah mujaddid kurun ke 14

Tajdid dan Mujaddid Menurut KH Maimun Zubair Sarang


Tajdid atau memperbaharui pemikiran Islam adalah sebuah tema yang selalu dibicarakan dan didiskusikan oleh pemikir-pemikir dan ilmuan Islam pada masa sekarang. Pembahasan ini tidak hanya terbatas kepada tafsiran makna dari tajdid ini atau dari segi siapakah dia yang disebutkan mujaddid?

Bahkan, ketika ada seorang ilmuan yang pemikirannya ternyata sedikit menyeberangi arus perdana berpendapat bahwa pemikirannya tidak lain adalah kerana memang tajdid di dalam Islam adalah dituntut. Ini tidak lain adalah disebabkan ada sebuah hadis Sahih Nabi Muhammad SAW yang berbunyi: "إن الله يبعث لهذه الأمة على رأس كل مائة سنة من يجدد لها دينها"[1]  (Sesungguhnya Allah mengutus bagi umat ini pada setiap awal seratus tahun orang yang akan memperbaharui bagi umat ini akan agamanya).

Disebabkan oleh janji Rasulullah SAW melalui sabdanya tadi, perebutan title sebagai mujaddid menjadi marak. Entah dari mana sahaja golongan, bahkan sampai kepada puak liberal sekalipun berani berkata bahwa merekalah mujaddid @ pembaharu Islam pada masa kini, walaupun banyak pendapat mereka sebenarnya menolak hadis-hadis sahih itu sendiri atau bahkan al-Qur'an sekalipun dengan alasan kebebasan berfikir (liberalism).

Ulama-ulama terdahulu sudah membahas siapakah sebenarnya mujaddid menurut penafsiran mereka. Semisal, Imam al-Suyuthi sendiri mengarang bait-bait bahar rajaz yang diberi nama "تحفة المهتدين بأخبار المجددين"[2]. Di dalam bait-bait tersebut, terdapat nama-nama mengikut urutan siapakah mujaddid menurut persepsi beliau sendiri. Bahkan, Imam Suyuthi sendiri mencantumkan Imam Abu Hasan al-Asy'ari dan Imam Fakhruddin al-Razi sebagai mujaddid. Beliau juga tidak lupa berdoa agar menjadi mujaddid pada zamannya yaitu kurun ke 9 yang lalu.

Penulis sendiri sudah membaca banyak kajian tentang tajdid ini, akan tetapi sesuatu yang penulis ingin berkongsi bersama dengan para pembaca adalah tidak lain mujaddid menurut KH. Maimun Zubair, Pengasuh Pondok Pesantren al-Anwar, Sarang.[3]

KH. Maimun Zubair atau akrab dengan panggilan "Mbah Maimun" telah mengarang sebuah kitab kecil tapi sangat berharga bagi umat Islam. Kitab tersebut berjudul: "العلماء المجددون رحمهم الله تعالى ومجال تجديدهم واجتهادهم". Kyai yang pernah menziarahi Pondok al-Jendrami, Malaysia ini memulai kitabnya dengan menjelaskan siapa sahaja mujaddid tersebut menurut perspektif beliau dan diteruskan dengan masail fiqhiyyah kontemporer yang memerlukan ijtihad baru.

Dalam hal tajdid ini, Mbah Maimun berpendapat bahwa Islam pada awal lahirnya sebagai abad pertama (1) dari hijriyyah itu sendiri maka para sahabat sudah menghafal al-Qur'an dan membawa hadis-hadis Nabi. Maka dari sini penulis memahami bahwa golongan sahabatlah sebagai mujaddid pada abad pertama ini. Selanjutnya ketika Islam mula tersebar dan terjadi beberapa kejadian yang memerlukan ijtihad dalam memahami nas-nas maka munculah mujtahid seperti Imam al-Syafi'I[4], Imam Ahmad bin Hanbal[5], dan selainnya sebagai mujaddid pada abad kedua (2). Tersebarlah diantara mereka bahwa sumber-sumber syariat ada 4 yaitu al-Qur'an, Hadis, Qiyas, dan Ijmak.

Pada abad ketiga (3) pula, muncullah Imam al-Asy'ari[6] dan Imam al-Mathuridi[7] sebagai mujaddid yang membersihkan Islam dari pengaruh-pengaruh falsafah Yunani yang sesat merasuk melalui nadi-nadi Muktazilah, Qadariyyah, Jabariyyah, dan lain-lain. Merekalah yang menjaga akidah Islam dari kebid'ahan lisan, tulisan dan pengajaran. Merekalah yang mengembalikan kepada jalan dan manhaj ulama Salaf al-Salih sebelum mereka.

Ketika zaman berubah pada abad yang ke 4, munculah seorang ulama, qadhi, mutakallim bermazhab Asy'ari dalam akidah dan bermzhab Maliki dalam berfiqh, yaitu Abu Bakar al-Baqilani al-Maliki.[8] Beliau adalah termasuk pembesar ulama Asy'ariyyah. Dengan ini, beliau adalah mujaddid pada abad ke 4 ini.

Pada kurun ke 5, yaitu kurun yang dianggap masuknya fase khalaf menurut satu pendapat.[9] KH Maimun Zubair memilih Hujjat al-Islam al-Imam Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Ghazali[10] sebagai mujddid pada fase ini. Beliau, sebagai pengarang kitab fenomenal Ihya' Ulum al-Din adalah ulama terunggul pada kurun ini kepakaran beliau dalam berbagai bidang dan juga sebagai senjata pemungkas dalam menjatuhkan hujjah-hujjah Muktazilah. Dalam bidang akidah beliau telah mengarang berpuluh kitab termasuk pada bab-bab awal Ihya' Ulum al-Din. Sebagai seorang ulama penerus Imam Abu Hasan al-Asy'ari, beliau juga telah mengarang berbagai kitab yang menjatuhkan hujjah Muktazilah seperti al-Iqtisad fi al-I'tiqad. Beliau juga mengarang kitab yang menghujjat pemikiran-pemikiran filosof Yunani seperti Tahafut al-Falasifah, al-Munqiz mina al-Dholal, dan lain-lain. Oleh itu, adalah sangat sesatlah perkataan-perkataan orang yang membenci al-Asy'ariyyah dengan berpendapat bahwa mazhab akidah al-Asy'ariyyah adalah diresap dari pemikiran-pemikiran falsafah Yunani, kerana pembesar al-Asy'ariyyah sendiri yaitu Imam Ghazali justru adalah senjata yang berhasil menolak pemikiran falsafah Yunani dari masuk ke dalam Islam. Walaubagaimanapun, buruknya dalaman sesuatu bukan berarti kita menolak seluruh bungkusan yang ada. Tentunya ilmu-ilmu yang bermanfaat dan tidak bertentangan dengan Islam itu sendiri bahkan sesuai dengan ruh-ruh wahyu yang diturunkan melalui Nabi Muhammad SAW adalah jawaz diadopsi dalam Islam seperti ilmu mantiq (logic) yang mana digunakan untuk mengharamkan khamr juga.

Pada kurun ke 6 pula, muncullah nama Imam al-Rafi'I[11] yaitu pengarang Syarah Kabir yaitu syarahan terhadap kitab al-Wajiz[12] Imam al-Ghazali. Imam al-Rafi'I sebagai mujtahid fatwa dalam mazhab Sayfi'I pendapatnya dianggap penting sehingga nama kedua sebagai mujaddid menurut KH. Maimun Zubair yaitu Imam al-Nawawi[13]. Alasan kuat memilih Imam Rafi'I ini dan Imam Nawawi kerana kitab mereka sangat penting dalam mazhab Syafi'I dan juga sebagai rujukan tarjih yang didahulukan. Selanjutnya masuk kurun ke 7 muncullah Imam Ibn Daqiq al-'Eid[14] sebagai mujaddid pada kurun ini.

KH. Maimun mengangkat nama Imam Jalal al-Din al-Bulqini[15] sebagai mujaddid bagi kurun ke 8 Hijriyyah. Maka masuklah abad ke 9 yang terlihat mujaddid pada zaman ini adalah Imam Jalal al-Din al-Mahalli dan Jalal al-Din  al-Suyuthi[16]. Dari Imam al-Suyuthi ini, terbukulah banyak sekali fan-fan ilmu yang berbagai. Bahkan beliau juga dikenal sebagai orang yang mahir dalam berbagai ilmu dan fan. Seperti misal, ilmu Kaedah Fiqh belum tersusun secara rapi dalam ruang lingkup yang tersendiri dalam mazhab Syafi'i. Dengan terkarangnya kitab al-Asybah wa al-Nazair oleh Imam Suyuthi ini, maka tersebarlah ilmu Kaedah Fiqh dalam mazhab Syafi'I sebagai fan ilmu yang tersendiri.Belum lagi kitab-kitab beliau yang lain. Beliau jugalah yang mengarang nazam tentang mujaddid ini.

Pada abad ke 10 Hijriyyah, Imam Ali al-Syibramalisi[17] dan Imam Ibn Hajar al-Haitami[18] sebagai mujaddid. Imam Ibn Hajar sebagai pentarjih mazhab Syafi'I terkenal dengan kitab-kitabnya yang memberi hukum dengan hujjah-hujjh yang kuat seperti al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah dan Tuhfah al-Muhtaj. Di bawah asuhan beliau juga lahirlah ulama yang bernama Zain al-Din al-Malibari pengarang Fath al-Mu'in, kitab manual fiqh Syafi'I yang termasyhur di Nusantara.

Pada abad ini juga, keadaan alam berubah. Islam yang semulanya berkuasa penuh di daerah dari Afrika Barat sehingga ke Nusantara, telah dijajah sedikit demi sedikit oleh penjajah-penjajah Salib. Maka dari itu, agar meneguhkan keimanan serta semangat tauladan terhadap tokoh-tokoh zaman kegemilangan umat Islam, lahirlah Imam Ja'far bin Hasan al-Barzanji[19] yang mengarang kitab Maulid Nabi SAW dan juga kitab al-Lujjain al-Dani Manaqib Syaikh Abd al-Qadir al-Jailani. Selain itu muncul juga ulama sufi yang membawa keteguhan hati bagi umat Islam seluruhnya yaitu wali agung Abdullah bin Alawi al-Haddad[20] pengarang kitab al-Nasha'ih al-Dinniyyah, Risalah al-Mu'awanah, dan lain-lain sebagai rujukan seluruh ulama mazhab Syafi'i dan rujukan bagi seluruh umat dalam hal tasawwuf juga. Beliau juga sebagai pengarang zikir bernama Ratib al-Haddad yang diamalkan mayoritas keluarga Nabi dari jalur Husaini maupun sebagian Hasani. Mereka berdualah sebagai mujaddid pada abad ke 11 Hijriyyah.

Kurun ke 12 Hijriyyah pula, Imam al-Murtadha al-Zabidi[21] dipilih menjadi mujaddid. Beliau pengarang kepada kitab Ihya' Ulum al-Din karangan al-Ghazali sebanyak 10 jilid tebalnya yang diberi nama Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin. Dalam kitab ini juga termaktub bahwa "إذا أطلق أهل السنة والجماعة فالمراد بهم الأشاعرة والماتريدية" (ketika dimutlakkan kata Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah maka yang dikehendaki dengannya adalah ulama Asy'ariyyah dan al-Mathuridiyyah). Ulama Jawa pertama yang bertemu dengan ulama ini adalah Kyai Abd al-Mannan ketika bermukim di Makkah dan beliau meriwayatkan kitab ini padanya. Lalu kitab ini diriwayatkan oleh anaknya yaitu Kyai Abdullah lalu oleh anaknya lagi Kyai Mahfudz al-Turmusi, lalu oleh Kyai Faqih al-Maskumbani, lalu oleh muridnya yang merupakan ayah kepada KH Maimun Zubair yaitu KH Zubair Dahlan, dan KH. Maimun pula mengambil riwayat ini dari ayahnya. Ulama lain pula yang dinamakan sebagai mujaddid pada kurun ini adalah Ahmad al-Marzuqi[22], pengarang nazam Aqidah al-'Awam yang terkenal diseluruh negara Islam sama ada Timur ataupun Barat.

Pada kurun ke 13 Hijriyyah pula, telah terutus mujaddid yang merupakan ulama Mekkah yaitu Sayyid Ahmad Zaini Dahlan[23] dan Sayyid Bakri Syatha[24]. Mereka berdua adalah ulama yang berada di Mekkah ketika kemelut revolusi wahabisme yang masih segar. Oleh sebab itu, Syaikh Ahmad Zaini Dahlan sampai mengarang kitab menentang pergerakan Wahabi. Sedangkan Sayyid Bakri juga ada menyinggung dan membela beberapa amalan-amalan furu'iyyah Fiqhiyyah yang dibid'ahkan bahkan disesatkan oleh sekte Wahabi. Dari al-Bakri inilah muncul seorang ulama fenomenal dari Sumatra yaitu Ahmad Khatib al-Minangkabawi yang mana beliau adalah guru kepada dua pelopor dua organisasi Islam terbesar di dunia yaitu KH Hashim Asy'ari pelopor Nahdlatul Ulama dan KH Ahmad Dahlan pelopor Muhammadiyah.

Ketika masuk pada kurun ke 14 Hijriyyah ini, KH Maimun Zubair memberi beberapa nama ulama yang masyhur serta diakui dunia kealimannya sebagai mujaddid. Bagi mereka yang masih hidup adalah Sayyid Habib Zain bin Sumaith, Sayyid Farfur al-Mishri, Syaikh Hassam al-Din al-Dimasqi, Prof. Dr. Abd al-Latif Farfur yang keduanya merupakan anak kepada Syaikh Shalih al-Farfuri al-Hasani RH.

Bagi mereka yang telah kembali ke rahmatullah adalah Musnid al-Dunya al-Syaikh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani[25] dan Syaikh Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki[26]. Kedua-duanya adalah alim dalam riwayah juga dirayah bagi hadis-hadis Nabi Muhammad SAW serta kitab-kitab agama lainnya. Syaikh Yasin al-Fadani telah mengkodifikasi beribu riwayat hadis serta sanad-sanad kitab sehingga beliau dijuluki sebagai musnid al-dunya. Beliau juga ahli dalam bidang fiqh Syafi'I sehingga mengarang syarah bagi nazam al-Faraid al-Bahiyyah tentang Kaedah Fiqh Mazhab Syafi'i. Diriwayatkan juga bahwa beliau pernah mengarang kitab syarah kepada Sunan Abi Daud. Beliau juga ahli dalam ilmu falak. Penulis sendiri adalah murid kepada KH Zamroji Kencong yang pernah menuntut dengan Syaikh Yasin al-Fadani di Mekkah. Begitu juga KH Maimun Zubair yang pernah bertalaqqi bersama beliau di Mekkah. Sebagian dari Murid Syaikh Yasin al-Fadani adalah Mufti Mesir sekarang yaitu Prof. Dr. Ali Jum'ah yang sangat tidak disukai oleh kelompok Salafi.

Sedangkan Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki adalah tokoh fenomenal Ahli Sunnah Wal Jamaah yang tidak asing lagi. Beliau juga dijuluki sebagai tembok Ahli Sunnah kerana mengarang kitab Mafahim Yajib an Tushahhah untuk menolak pemikiran Wahabi yang melampau dan memberikan hujjah-hujjah mempertahankan amalan-amalan Ahli Sunnah. Ajaran beliau adalah sangat berhikmah dan penuh adab. Menghormati ulama terdahulu dan menyanjungnya adalah jalan beliau. Walaupun beliau dihina dan dicerca oleh ulama-ulama Saudi sendiri yang berfahaman Wahabi, tapi beliau tidak pernah mengambil cara penghinaan dalam tulisan-tulisan beliau, apatah lagi pengkafiran. Misalnya, beliau selalu menghujjah aliran Wahabi dengan kata-kata Ibn Taimiyyah sendiri dan juga memakai beberapa fatwa dari Muhammad bin Abd al-Wahhab sendiri sebagai pelopor gerakan Wahabi.

Sekian sahajalah secubit dari pemahaman penulis teerhadap pemikiran KH Maimun Zubair tentang Tajdid dan juga siapa sahaja Mujaddid menurut persepsi beliau. Selanjutnya, beliau menulis beberapa masalah-masalah fiqh yang telah ditajdid oleh ulama dan juga beliau sendiri selaku salah satu ulama fiqh tersohor di Indonesia sekarang ini. Semoga Allah memberkati beliau dan murid-murid beliau serta pesantren Sarang yang akan selalu mencipta ulama dari kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Amin.

Kesimpulan Akhir dari penulis bahwa walaupun semua ulama sekarang yang selalu perjuangan mereka mengatas namakan demi tajdid-lah atau apalah, ia bukan berarti ideologi mereka pasti sahih di sisi Allah SWT. Hanya Allah lah yang tau hakikat siapakah ia mujaddid bagi setiap kurunnya.


[1] Hadis ini diriwayatkan oleh Abi Daud dalam Sunannya no.: 3740. Telah berkata Imam al-Munawi di dalam kitab Faidl al-Qadir: telah mengeluarkan hadis tersebut oleh Abu Daud di dalam al-Malahim, dan al-Hakim di dalam al-Fitan dan beliau mensahihkannya, Imam Baihaqi di dalam kitab al-Ma'rifat; semuanya dari Abu Hurairah. Telah berkata al-Zain al-'Iraqi dan selainnya: Sanadnya adalah Sahih.
[2] Berikut ini adalah bait-bait yang dikarang oleh Imam Suyuthi:
الحمد لله العظيم المنة % المانح الفضل لأهل السنة
ثم الصلاة والسلام نلتمس
% على نبي دينه لا يندرس
لقد أتى في خبر مشتهر
% رواه كل حافظ معتبر
بأنه في رأس كل مائة
% يبعث ربنا لهذى الأمة
منا عليها عالما يجدد
% دين الهدى لأنه مجتهد
فكان عند المائة الأولى عمر
%  خليفة العدل بإجماع وقر
والشافعي كان عند الثانية
% لما له من العلوم السامية
وبن سريج ثالث الأئمة
% والأشعري عدة من أمه
والباقلاني رابع أو سهل
% أو الاسفراني خلف قد حكوا
والخامس الحبر هو الغزالي
% وعده ما فيه من جدال
والسادس الفخر الإمام الرازي
% والرافعي مثله يوازي
والثامن الحبر هو البلقيني
% أو حافظ الأنام زين الدين
والشرط في ذلك أن تمضي المائة
% وهو على حياته بين الفئة
يشار بالعلم إلى مقامه
% وينصر السنة في كلامه
وأن يكون جامعا لكل فن
% وأن يعم علمه أهل الزمن
وأن يكون في حديث قد روى
% من أهل بيت المصطفى وقد قوى
وكونه فردا هو المشهور
% قد نطق الحديث والجمهور
وهذه تاسعة المئين قد أتت
% ولا يخلف ما الهادي وعد
وقد رجوت أنني المجدد
% فيها ففضل الله ليس يجحد
وآخر المئين فيما يأتي
% عيسى نبي الله ذو الآيات
يجدد الدين لهذي الأمة
% وفي الصلاة بعضنا قد أمه
مقررا لشرعنا ويحكم
% بحكمنا إذ في السماء يعلم
وبعده لم يبق من مجدد
% ويرفع القرآن مثل ما بدى
وتكثر الأشرار والإضاعة
% من رفعه إلى قيام الساعة
وأحمد الله على ما علما
% وما جلا من الخفا وأنعما
مصليا على نبي الرحمة
% والآل مع أصحابه المكرمة
[3] Untuk mengetahui biografi beliau sila layari: http://zulfanioey.blogspot.com/2010/06/kh-maimun-zubair-matahari-dari-sarang.html
[4] Muhammad bin Idris (w. 204 H).
[5] Ahmad bin Hanbal (w. 241 H).
[6] Abu al-Hasan al-Asy'ari (w. 324 H).
[7] Abu Mansur al-Maturidi (w. 333 H).
[8] Abu Bakar Muhammad bin al-Tayyib al-Baqilani (w. 403 H).
[9] Sedangkan pendapat lain, khalaf adalah 300 tahun setelah hijriyyah. Lihat: Ibrahim al-Bajuri, Tuhfah al-Murid 'ala Jauhar al-Tauhid, ed. Ali Jum'ah (Cairo: Dar al-Salam, 2002), 156.
[10] Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali (w. 505 H).
[11] Abd al-Karim bin Muhammad al-Rafi'I (w. 623 H).
[12] Kitab al-Wajiz ini adalah kitab ringkasan yang diringkas oleh Imam Ghazali sendiri dari kitab-kitabnya yaitu pertama kitab al-Basit, lalu diringkas oleh beliau juga bernama al-Wasit, lalu beliau meringkas lagi dengan nama al-Wajiz. Beliau juga memberi kesimpulan dari fiqh Syafi'I yang telah ditarjih oleh beliau dengan nama al-Khulashoh yang sudah tercetak oleh Maktabah al-Minhaj.
[13] Yahya bin Syarf al-Nawawi (w. 676 H).
[14] Ibn Daqiq Muhammad (w. 702 H).
[15] Jalal al-Din Abd al-Rahman bin Siraj al-Din al-Bulqini (w. 824 H).
[16] Abd al-Rahman al-Suyuthi (w. 911 H).
[17] Ali bin Ali al-Syibramalisi (w. 1087 H).
[18] Ahmad bin Muhammad Ibn Hajar al-Haitami (w. 974 H).
[19] Ja'far bin Hasan al-Barzanji (w. 1177 H).
[20] Abdullah bin Alawy al-Haddad (w. 1132 H).
[21] Muhammad bin Muhammad Murtadha al-Zabidi (w. 1205 H).
[22] Ahmad bin Muhammad bin Ramadhan al-Marzuqi (w. 1281 H).
[23] Ahmad bin Zaini Dahlan (w. 1304 H).
[24] Utsman bin Muhammad Syatha al-Bakri (w. 1302 H).
[25] Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani al-Makki al-Syafi'i (w. 1410 H).
[26] Muhammad bin Alawy al-Maliki al-Hasani al-Makki (w. 1425 H).

Friday, February 03, 2012

9 peringkat ...anda kat mana

1.. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukumsebagai kufur. Kalau dah kufur... confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka... waliauzubillah.




2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lainembahyang.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!



3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu.Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada''.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh roundseluruh dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main... kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.



4. Golongan yang lalai dalam sembahyangMereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dahtak main qada'' sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah dimasjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, diwaktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hiang dll. Kadang-kadang sungguhhebatnya sampai teresak-esak menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, waliauzubillah.



5.Golongan yang sembahyang tarik tali.Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasatarik tali antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Jadi, golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebabterpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri ''markah''.Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka.



6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang.Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertariktali dalam sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca... dan tak nak pula belajar makna bacaan sembahyangnya. Nak khusyuk macam mana?... memanglah impossible! Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya.

Manusia yang berperangai burung kakak tuadidepan Tuhan, manalah Tuhan suka!



7.Golog selamat.Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang. Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.



8.Golongan muqarrabinMereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat.Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.



9. Golongan siddiqinGolongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kenapaksa diri untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia'' ALLAH. Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.Begitulah 9 kategori golongan manusia dan sembahyangnya... dimana kita agaknya? Bila diperiksa sembahyang kita agaknya belum lulus lagi. Ingatkan rasa lega dah tunaikan sembahyang, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dansangat biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!.Marilah kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan sembahyang ke peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri kita.



(Peringkat 9 memang tak boleh untuk orang macam kita).Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat. Amin ya Rabbal ''aalamin.



Wednesday, February 01, 2012

KULIAH HATI: BAGAIMANA MENJAGA HATI? (Bhg.2)


Tanda-tanda hati yang rosak:



1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.

2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.

3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.

4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.

5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.

6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.

7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.

8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.

9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.

10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.



Kaedah rawatan penyakit hati:



a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.

b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.

c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.

d) Khusyuk dalam solat.

e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.

f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.

h) Beriktikad dengan akidah yang betul.i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.

k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.

l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.

m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.

n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.

o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.

p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.

q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.

r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.

Posted by Kamal Azhari Zuhra at Thursday, April 30, 2009

Labels: Bengkel ESQ

Friday, April 17, 2009

BICARA TENTANG HATI

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.



Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.



Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.



Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)



Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.



Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."

(Q.S. al-Baqarah ayat 74).



Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah Swt.



Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.



Kenapa hati mati?



Hati mati disebabkan perkara berikut:* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.



Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22).



* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.



Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).



Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik."

(Q.S. al-Syura ayat 88-89)



Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.



Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.



Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan, juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Posted by Kamal Azhari Zuhra at Friday, April 17, 2009

Labels: Bengkel ESQ

MEMBINA SIFAT IKHLAS



IKHLAS ialah menyengajakan perbuatan semata-mata mencari keredaan Allah Swt dan memurnikan perbuatan dari segala bentuk kesenangan duniawi.



IKHLAS mesti membebaskan hati dari dikuasai oleh keinginan-keinginan yang bersifat sementara, seperti: kemewahan, kedudukan, popularity, mengharapkan simpati dari orang lain, pemuasan hawa nafsu, dan penyakit hati lainnya.



IKHLAS adalah dampak positif dari Tauhid yang sejati, iaitu tindakan mengesakan Allah Swt. dalam peribadatan dan memohon pertolongan.



Keutamaan IKHLAS

Firman Allah Swt: “Katakanlah, ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam…”. (Q.S. al-An’am: 162).



“Padahal mereka hanya diperintahkan menyembah Allah, dengan ikhlas mentaatiNya semata-mata kerena (menjalankan) agama…” (Q.S. al-Bayyinah:5).



“Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh, dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” (Q.S.al-Kahfi: 110).



Tanda-tanda KeIKHLASan:



1. Takut akan populariti.

Seseorang yang ikhlas sentiasa merasa khawatir dirinya popular di kalangan masyarakat, dan berusaha agar reputasi yang menyangkut diri dan agamanya tidak tersebar luas, apalagi jika ia tergolong manusia yang disegani dan terpandang. Oleh kerana itu, bersikap zuhud terhadap kedudukan, jawatan dan populariti lebih berat daripada bersikap zuhud terhadap harta,makanan dan keperluan seks.



2. Mengakui kekurangan diri.

Hatinya tidak pernah terjangkit penyakit bangga (ujub) terhadap amal perbuatan mahupun status dirinya. Sentiasa khawatir bahawa kejahatan yang pernah dilakukannya tidak diampuni Allah Swt. Ia selalu cemas bahawa semua kebaikan yang dikerjakannya tidak diterima Allah Swt.



3. Cenderung menyembunyikan amal kebajikan.

Ia lebih suka tergabung dalam kelompok akar pokok. Akar itu merupakan tunjang utama pokok, kerana hidup dan matinya sangat bergantung padanya, sedangkan akar pokok itu sendiri tidak terlihat oleh manusia kerana tertanam di perut bumi.



4. Menyamakan tugas seorang Jeneral dengan tugas seorang prajurit.

Sabda Rasulullah Saw.: “Beruntunglah seorang hamba yang memegang tali kendali kudanya di jalan Allah sementara kepala dan tumitnya berdebu. Apabila ia bertugas menjaga benteng pertahanan,ia benar-benar menjaganya. Dan jika ia bertugas sebagai pemberi minum, ia benar-benar melaksanakannya.”



5. Mengutamakan keredaan Allah Swt. daripada keredaan manusia.

Firman Allah Swt: “Katakanlah, ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam…”. (Q.S. al-An’am: 162).



6. Cinta dan marah kerana Allah Swt.



7. Sabar terhadap panjangnya jalan.

Ia akan tetap berdakwah dan berjihad di jalan Allah Swt. Ia tetap tegar meskipun jalan yang hendak ditempuh masih jauh, kemenangan yang akan diperoleh masih belum pasti, kejayaan masih jauh dari harapan, dan meskipun ia harus menghadapi pelbagai kesukaran kerana kecenderungan dan sikap manusia yang berbeza-beza. Semua cabaran itu tidak menyebabkan ia menjadi malas, letih dan putus asa sehingga berhenti ditengah jalan.



8. Merasa gembira jika kawannya memiliki kelebihan.

Seseorang yang ikhlas selalu memberikan kesempatan kepada orang lain yang mempunyai kemampuan. Ia memberi peluang orang itu tampil dan berperanan tanpa merasa iri hati dan mendendam. Ramai penguasa yang berusaha keras mempertahankan kekuasaannya dengan dalih bahawa mereka lebih mampu memimpin kapal yang sedang berlayar, dengan alasan demi kepentingan rakyat dan agama.



Posted by Kamal Azhari Zuhra at Thursday, May 07, 2009

Labels: Bengkel ESQ

Wednesday, January 25, 2012

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI YANG MEMBUATKAN KITA MENGALIRKAN AIRMATA

by Ustaz Nasir on Thursday, January 5, 2012 at 4:01pm


LUAHAN HATI SEORANG SUAMI yang saya terserempak kat Facebook…yang membuatkan saya secara tiba2 mahu menangis..
ISTERI YANG TERBAIK….
SETIAP SUAMI MESTI BACA !!!!!!!!!!!!

*******************************************************************************
Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..

Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke? Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya., dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.

Dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi.., risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan., dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..

Sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.

”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…” Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..

Mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari saya….

Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya.”

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…

Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….

Terima kasih ustaz….doakan saya…….




Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright..



P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada….



Semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi..



AMBIL IKTIBAR, SAYANGI ISTERI2 ANDA..



Friday, January 20, 2012

Azab-Azab Meninggalkan Solat Fardu

Posted by Nur Qaseh


Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.

2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.

3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.

4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.

5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.



6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.

2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.

3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.

4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.

5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.

6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.



3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.

2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.

3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.



3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :

1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.

2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.

3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.



3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :

1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.

2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.

3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.



Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: "Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: "Siapakah ini wahai Jibril"? Jibril menjawab: "Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu". (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)


Sumber : Dari Buku Himpunan Fadhilah Amal - Maulana Muhammad Zakariyya Al Kandhalawi hal 107